🔥 Diskusi Terhangat

Keluar cairan busuk beserta darah merah dalam tempoh berpantang.

Hi Dr. Sya bru melahirkan anak sulung dan hari ini hari ke 18 sya berpantang. Pada hari 1-4 darah nifas sya keluar warna merah terang (fresh blood) seperti biasa dan kemudianya semakin sedikit dn brwarna merah brcampur coklat dn berlarutan selama beberapa hari. Pada hari ke 8 darah mula kering tp masih ada sedikit seperti calitan brwarna coklat disertai dgn lendir jernih selama 2-3 hari. Kemudian darah berhenti selama 2 hari tetapi masih keluar lendir jernih tetapi lendir trsebut berbau busuk. Keesokan nya darah merah pekat turun lg dlm kuantiti 1 pad dan 1/2 pad (Dlm tmpoh 2x tukar pad) . Malamnya darah berhenti (smasa tukar pad kali ke 3) lg utk 1 hari. Pad kosong hari berikutnya. Kmudian keluar lg darah merah pekat dlm kuantiti yg sama, dan keesokan nya darah berhenti lg. Perkara ini berlarutan dr hari ke 11-12 smpai ke hari ni. Lendiran jernih juga masih keluar dan berbau busuk. Utk pengetahuan Dr saya akan tukar pad sebanyak 3-4 kali sehari dan sya cuci smpai betul2 bersih trmasuk cuci di bahagian dalam guna cotton bud dan akan keringkan betul2 sblm pakai pad yg baru.


Pertanyaan saya adakan ianya normal ataupun tidak darah keluar berselang hari dan warna merah pekat sprti hari 1-3 selepas bersalin sedangkan saya sudah 18 hari dlm pantang. Dan adakah lendiran jernih itu pun normal berbau busuk sehingga menyebabkan saya sndri tak selesa dgn bau tersebut.


Tq dr.

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
189
1
1

1 komen

Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Darah nifas akan keluar dalam tiga fasa. Fasa pertama (lochia rubra) akan berlanjutan sehingga hari ke-4 setelah bersalin dengan darah berwarna merah terang + tisu2 lain. Fasa kedua (lochia serosa) akan berlanjutan sehingga hari ke-12 setelah bersalin dengan darah berwarna pink + tisu2 lain. Fasa ketiga (lochia alba) akan berlanjutan sehingga minggu ke-6 setelah bersalin dengan darah yang sgt sedikit + tisu2 lain +lendir putih/kuning. Anda dinasihatkan untuk terus ke klinik jika anda turut mempunyai gejala lain seperti sakit atau kegatalan atau darah nifas anda melangkaui fasa yang digariskan di atas. Baca selanjutnya di: https://hellodoktor.com/kehamilan/penjagaan-ibu-hamil/selepas-bersalin/faraj-berbau-selepas-bersalin/

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa