🔥 Diskusi Terhangat

Keliru darah selepas bersalin

Assalamualaikum Dr. Saya nak tanya… saya lepas bersalin hari tu darah keluar cuma 23 hari lepas tu darah tu stop around 13 hari then keluar lagi darah dalam 10 hari. Adakah kesemua pendarahan tu dikira darah nifas sebab darah tu keluar masa berpantang atau pun darah yg pertama kali keluar tu dikira darah nifas. Selepas darah tu berhenti dan berdarah semula dikira istiadah? Sebab saya ada tanya orang berpengalaman… dia kata maybe darah beku sebab tu dia berhenti-berhenti.

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
10
1
1

1 komen

Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Nifas atau dalam istilah perubatan dikenali sebagai puerperium adalah tempoh daripada tahap akhir bersalin sehingga sebahagian besar organ ibu kembali ke keadaan prakehamilan.

Tempoh ini bermula apabila plasenta dikeluarkan daripada rahim dan berlangsung selama 6 minggu (42 hari).

Walau bagaimanapun, beberapa organ mengambil masa lebih dari 6 minggu, bahkan beberapa bulan untuk kembali kepada keadaan prakehamilan, seperti sistem urin (ureter). Pun begitu, ada juga organ yang tidak akan kembali kepada keadaan prakehamilan seperti perineum. Baca selanjutnya di: https://hellodoktor.com/kehamilan/penjagaan-ibu-hamil/selepas-bersalin/tempoh-nifas-puerperium/


Dari sudut agama, darah yang keluar semasa dalam tempoh nifas dikira darah nifas walaupun berhenti untuk seketika (dan tempoh berhenti itu kurang daripada 15 hari. Sumber: Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa