Kelahiran pramatang
Assalamualaikum doktor. Saya bersalin pramatang 30 minggu 6 hari. Hari ini hari ketiga anak saya, doktor pakar scan detect jantung berlubang dan akan jalankan ubat, ujian darah ada jangkitan kuman tetapi dah turun sedikit. Saya nak tanya, ada peluang lagi tak untuk anak saya sihat seperti sedia kala?
Apakah lubang tersebut akan tertutup sendiri? Dan doktor pakar kata Insha Allah tertutup melalui ubat.
Apakah masalah ini normal dalam kalangan kandungan atau kelahiran pramatang?
selain itu berat anak semasa dilahirkan 1.52kg namun hari ini turun kepada 1.41kg. Susu badan saya baru sahaja keluar itu pun belum cukup menampung sepenuhnya.
saya sangat sedih dan down. Tolong bantu saya. 😭😭😭😭