🔥 Diskusi Terhangat

Ingin hamil

Helo doktor...saya kawin umur 32 tahun. Sekarang umur 36 tahun. Saya benar² ingin hamil dan ada anak seperti orang lain. Saya punya period tiada masalah. Saya pernah jumpa doktor. Mereka ada buat pemeriksaan pep smear terhadap saya. Pernah 2 kali pep smear saya ada masalah banyak keputihan. Ketiga buat pep smear kira dah kurang keputihan. Saya malu bila ramai yang tanya dah 3 tahun kawin masih tiada anak. Pada mulanya saya tidak kisah dengan kata² orang. Sebab faktor usia dah masuk 30 lebih sukar hamil. Bila orang lain berkata saya mandul saya rasa marah dan sakit hati.

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
3
1
1

1 komen

Terima kasih kerana bertanyakan soalan. Kami bersimpati atas kesukaran yang sedang puan lalui. Kami cadangkan puan untuk mendapatkan konsultasi lanjut dengan pakar O&G. Puan dan pasangan boleh berbincang lanjut dan di malaysia terdapat beberapa pusat perubatan reproduktif yang boleh membantu pasangan untuk hamil. Unit seperti ini terdapat di beberapa hospital di Malaysia termasuk HKL dan PPUM. Kini, terdapat pelbagai cara dan teknologi yang boleh membantu menangani masalah seperti ini. Kami doakan yang terbaik untuk puan dan pasangan.

2 tahun yang lepas
Suka
Balas
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa