Hamil Atau Tak

Hi doktor saya nak tnya, semalam saya ada buat hs dengan partner tapi dia cuma letak kan zakar di faraj saya namun tak masuk ke dalam, adakah boleh hamil?

Dan saya juga baru hbis period 3 hari yg lepas. Boleh mengandung ke doktor ?

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
5380
17
5

5 komen

ouh faham, tapi lagi satu kalau zakar tk keluarkan air pun dan tak masuk ke dlm faraj ada kemungkinan hamil?

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
1

Ya

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
2
@Admin Natasha

pil apa ya doc? kalau masuk harini dh 3 hari after hs so boleh lagi ke nak amik pil?

1 tahun yang lepas
Suka
Balas
1

Hi, kemungkinan adalah sangat kecil tetapi tidak mustahil.


Sebaiknya, gunakan langkah kontraseptif yang lebih berkesan seperti penggunaan kondom, pengambilan pil dan lain-lain.

1 tahun yang lepas
Suka
Balas

Hi, terima kasih di atas pertanyaan anda.


Dalam situasi yang anda gambarkan, walaupun zakar tidak masuk ke dalam faraj, terdapat kemungkinan kecil untuk hamil.


Namun, tidak mustahil kerana terdapat peluang sperma boleh masuk ke dalam faraj dan menyebabkan kehamilan.


Adalah penting untuk diingat bahawa sperma boleh hidup dalam tubuh wanita selama beberapa hari.


Jika anda baru sahaja habis haid 3 hari yang lalu, kemungkinan ovulasi belum berlaku.


Ovulasi biasanya berlaku kira-kira 14 hari sebelum haid seterusnya bermula.


Oleh itu, kemungkinan untuk hamil dalam keadaan ini adalah rendah.


Bagaimanapun, jika anda risau tentang kemungkinan kehamilan, anda boleh mengambil langkah-langkah berjaga-jaga seperti mengambil ujian kehamilan atau berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih tepat.

1 tahun yang lepas
Suka
Feedback
2
warningPenafian: Kandungan ini disediakan berdasarkan sumber maklumat yang disahkan
Topik berkaitan
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa