Doktor nak tanya adakah ada kesan kalau kondom tertinggal dalam kemaluan lebih dari seminggu sebab saya baru sedar? Adakah akan effect keputihan at
... Lihat Lebih LagiDoktor Made in China Lelaki Melanggar Privasi Bersalin
Hai doktor, Saya Suami kepada Isteri saya yang menjaga Kehormatanya, Ada Kisah yang saya Rasa Perlu dilaporkan kepada Pihak KKM untuk diambil tindakan. Isteri Saya Baru saja Melahirkan Anak yang ke-4 kami. Sewaktu di Dewan Bersalin Hospital Kuala Lipis, Saya dan Isteri Telah Meminta untuk dapatkan Doktor Perempuan Sebagai Doktor Bertugas untuk Isteri Saya, Ketika itu memang ada Seorang Doktor Perempuan, dan Seorang Doktor Made in China Lelaki. Isteri Saya Telah Selamat Melahirkan anak disambut Oleh Bidan Wanita. Pada Proses Keluarkan Placenta yang Bukan Kecemasan, Doktor Lelaki Made In China Tersebut Meluru Masuk dengan saya di sebelah, Menyeluk Tanpa rasa Teragak agak untuk mengeluarkan Placenta, Bukan Itu Sahaja. Placenta dan Ketulan Darah tak habis dikeluarkan sehingga diperiksa oleh Dr. Wanita yg Bertugas. Saya sangat Tidak Berpuas Hati dengan Doktor Made in China Tersebut yang Seolah olah Pekak Tuli Tanpa Syncronise dengan Nurse yang ada dalam Dewan Bersalin Isteri Saya. Saya telah pun buat Laporan pada KKM kerana Isu ini Melibatkan Privasi dan Nyawa di Laman Web KKM Aduan. Saya Pernah Terbaca tentang Hak kami sebagai Pesakit atau Orang Awam. Boleh Doktor Beritahu Prosedur supaya saya dapat mengambil Tindakan Terhadap Ketidak caknaan Doktor Made In China Terbabit?
1 komen
Terkini
Hi, terima kasih di atas pertanyaan anda.
Saya memahami kebimbangan anda mengenai insiden yang berlaku semasa isteri anda melahirkan di hospital.
Adalah penting untuk melaporkan sebarang ketidakcaknaan atau kejadian yang meragukan kepada pihak berkuasa kesihatan supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil.
Untuk melaporkan isu ini kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), anda telah mengambil langkah yang betul dengan membuat laporan melalui laman web aduan KKM.
Prosedur seterusnya adalah untuk memberikan maklumat yang lengkap dan terperinci mengenai insiden tersebut, termasuk tarikh, masa, lokasi, nama doktor yang terlibat dan butiran lain yang relevan.
KKM akan menyiasat laporan yang anda buat dan mengambil tindakan yang sesuai berdasarkan maklumat yang diberikan.
Anda juga boleh meminta salinan laporan yang anda buat untuk rujukan anda sendiri.
Saya harap tindakan yang diambil oleh KKM dapat membantu menyelesaikan isu ini dan memastikan keselamatan serta privasi pesakit dijamin dalam proses rawatan kesihatan.
Jika anda memerlukan bantuan lanjut atau maklumat tambahan, sila hubungi KKM atau pihak berkuasa kesihatan tempatan.
Related content