Doctor Sah Kan Saya Hamil, Tetapi Hari Ini Saya Mengalami Pendarahan

Assalamualaikum/Hello Doctor, Saya ada beberapa perkara yang ingin saya bertanya dan meminta nasihat apa yang perlu saya lakukan.


Ini adalah beberapa perkara yang alami dan ingin meminta nasihat daripada Hello Doctor :-


  1. Tarikh terakhir saya datang period adalah pada 20/8/2025, tetapi pada 20/9/2025 period saya langsung tidak datang. Saya ada memberitahu kepada pasangan saya dan dia menyuruh saya menunggu hingga 7 hari, tetapi period saya tetap tidak datang. Didalam tempoh itu, saya ada merasa tidak sedap badan seperti seram sejuk dan mual-mual.
  2. Selepas tempoh 7 hari saya menunggu itu, saya mengalami seram sejuk dan satu badan terasa sakit dan juga mual-mual. Kemudian pada tarikh 7/10/2025, pasangan saya telah membawa saya ke klinik kesihatan yang berdekatan untuk membuat pemeriksaan.
  3. Apabila, saya memberitahu kepada doctor apa yang saya alami ini dan doctor yang membuat pemeriksaan pada waktu itu menyarankan saya untuk membuat urine pregnancy test (UPT). Selepas sahaja saya melakukan UPT itu, keputusan dari hasil ujian menunjukkan yang saya positive hamil. Doctor yang telah membuat pemeriksaan itu meminta saya pergi ke klinik ibu dan anak untuk mendaftar dan mendapatkan tarikh pemeriksaan di klinik ibu dan anak.
  4. Selepas saya melakukan apa disarankan doctor yang memeriksa saya waktu itu, saya telah diberi tarikh pemeriksaan di klinik ibu dan anak pada 29/10/2025 untuk mendapatkan buku.
  5. Dalam tempoh menunggu tarikh yang diberikan kepada saya, telah berlaku beberapa perkara kepada saya iaitu seperti:-


  • Stress berat
  • Cepat Marah
  • Emosi Terganggu
  • Cepat Penat/Lesu
  • Perselisihan Faham Dengan Pasangan
  • Sakit Badan Pada Bahagian Pinggang Dan Abdomen Kerana Gerakan Fizikal Yang Terlampau Berat
  • Mengalami Masalah Keputihan


Dalam tempoh menunggu tarikh yang diberi itu juga, masalah keputihan yang saya alami membuatkan saya berasa kurang selesa. Pada 24/10/2025, sewaktu dalam proses membersihkan masalah keputihan saya, saya melihat ada kesan pendarahan pada jari saya seperti darah kotoran haid/darah beku.


Oleh Itu, disini saya ingin tahu punca utama atau penyebab pendarahan itu berlaku dan meminta nasihat daripada Hello Doctor apa yang harus saya lakukan? Adakah apa yang saya alami sekarang ini adalah satu perkara serious?


Mohon Hello Doctor dapat memberi saya pencerahan tentang masalah ini. Kerana ini adalah kehamilan saya yang pertama.


Terima Kasih Hello Doctor.



Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
1
1

1 komen

Assalamualaikum/Hello. Saya faham kebimbangan anda, terutamanya kerana ini adalah kehamilan pertama anda dan anda telah disahkan hamil tetapi kini mengalami pendarahan:

Penting untuk anda segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dan tidak menunggu sehingga tarikh temujanji anda pada 29/10/2025. Walaupun pendarahan ringan atau 'spotting' adalah perkara biasa dalam kehamilan awal, ia tetap perlu diperiksa untuk memastikan punca dan menolak sebarang komplikasi. Pendarahan yang anda alami, terutamanya yang digambarkan sebagai 'darah kotoran haid/darah beku' dan disertai dengan sakit pinggang serta abdomen, boleh disebabkan oleh beberapa faktor:

  1. Pendarahan implantasi: Ini berlaku apabila embrio menempel pada dinding rahim, biasanya ringan dan berwarna merah jambu atau coklat. Walaupun ia sering berlaku lebih awal, kadang-kadang ia boleh berlaku sedikit lewat.
  2. Ancaman keguguran: Pendarahan, terutamanya jika disertai dengan kekejangan atau sakit perut, boleh menjadi tanda ancaman keguguran.
  3. Kehamilan ektopik: Ini adalah keadaan serius di mana kehamilan berlaku di luar rahim. Walaupun kurang biasa, ia perlu dikesan awal.
  4. Iritasi serviks atau jangkitan: Memandangkan anda juga mengalami masalah keputihan, iritasi pada serviks atau jangkitan boleh menyebabkan pendarahan ringan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk anda mendapatkan pemeriksaan segera. Doktor akan dapat melakukan penilaian yang lebih tepat, mungkin melalui pemeriksaan fizikal, ujian darah (seperti paras hCG) atau ultrasound untuk menentukan punca pendarahan dan memastikan keadaan kehamilan anda. Jika pendarahan menjadi lebih banyak, berwarna merah terang, atau disertai dengan sakit perut yang teruk, pening, atau demam, sila dapatkan rawatan kecemasan dengan segera. Jangan panik, tetapi bertindaklah dengan segera untuk mendapatkan nasihat dan pemeriksaan perubatan. Ini adalah langkah terbaik untuk memastikan kesihatan anda dan bayi.
1 hari yang lepas
Suka
Feedback
1
warningPenafian: Kandungan ini disediakan berdasarkan sumber maklumat yang disahkan
Topik berkaitan
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa