🔥 Diskusi Terhangat

delay period

hello doc nak tanya, sy sepatutnya period 3 hari lepas dan smpai skrang masih belom period. sy sudah mengalami semua simptom period seperti sebelum ini tetapi masih tidak period dan semua simptom itu telah hilang . sy tidak pernah delay period sblum ni sebab sy memang ada apps period calendar dan memang tepat. btw sy ada bersama dengan bf sy bberapa hari sblum tarikh period tapi dia hanya gesek sahaja di faraj sy dan kami tidak melakukan seks. dia ada keluarkan air mani tetapi di atas badan sy sahaja dan hari itu bukan tarikh subur sy . Adakah sy akan pregnant or kenapa sy masih tidak period???

1
3 komen

3 komen

saya disarankan untuk membuat ujian kehamilan setelah berapa hari selepas sepatutnya tarikh period?

2 minggu yang lepas
Suka
Balas
1

Hi, boleh baca artikel ni untuk jawapan kepada soalan tu ya: https://hellodoktor.com/kehamilan/rancang-kehamilan/lain-lain/ujian-kehamilan-positif/

2 minggu yang lepas
Suka
Balas

Hi, terima kasih di atas pertanyaan anda.


Jika anda tidak melakukan hubungan seks yang melibatkan penetrasi dan ejakulasi di dalam faraj, kemungkinan kehamilan adalah sangat rendah.


Namun, walaupun ejakulasi berlaku di luar faraj, masih ada kemungkinan kecil untuk kehamilan jika sperma berada di sekitar kawasan faraj.


Ketidaksempurnaan kitar haid adalah perkara biasa dan boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk tekanan, perubahan gaya hidup atau masalah kesihatan.


Jika anda mengalami simptom-simptom yang biasa sebelum haid tetapi haid masih belum tiba, disarankan untuk mengambil ujian kehamilan untuk memastikan keadaan anda.


Jika ujian kehamilan menunjukkan negatif dan haid masih belum tiba, disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.


Doktor boleh membantu menilai situasi kesihatan anda dan memberikan nasihat serta rawatan yang sesuai.

2 minggu yang lepas
Suka
Feedback
1
warningDisclaimer: The content is furnished relying on authenticated information sources.
Related content
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa