Doktor nak tanya adakah ada kesan kalau kondom tertinggal dalam kemaluan lebih dari seminggu sebab saya baru sedar? Adakah akan effect keputihan at
... Lihat Lebih Lagicuba untuk hamil
Hai doktor,saya nak tanya,Saya dan suami merancang kehamilan, umur suami 34 thn dan saya 28 tahun,saya ada anak bersama Ex husband saya,skrg ank umur sdh 8 thun,sya berkahwin dgn suami yg skrg sdh 3 tahun,awal perkahwinan saya ada mkn pil perancang selama 5 bulan,lepas tu dah tak makan lagi,kitaran haid saya 33 hari,haid datang selama 7 hari,ada kah kitaran haid saya normal?dan apa cadangan doktor untuk kami supaya cepat dapat anak?
4 komen
Terkini
Hi,
Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat puan, kitaran haid bagi setiap wanita adalah berbeza & tidak 100% sama. Kitaran haid yang normal adalah dari 23 ke 35 hari.
Antara perkara yang puan boleh lakukan untuk mendapatkan cahaya mata adalah dengan kerap bersama suami terutamanya ketika sedang subur (hari ke 12,13 & 14) kitaran haid. Makan makanan yang sihat, kerap bersenam & jaga berat badan untuk memastikan diri & suami sentiasa sihat & bersedia untuk mendapatkan zuriat yang seterusnya. Jika puan mempunyai apa-apa simptom & kerisauan, puan boleh menghadirkan diri ke Klinik Adam Hawa, Bangi untuk mendapatkan pemeriksaan terperinci bersama doktor kami. Terima kasih.
linktr.ee
Hi, ya kitaran tersebut mungkin masih normal dan tiada masalah. Boleh baca artikel ni untuk tahu apa tips lebih cepat hamil: https://hellodoktor.com/kehamilan/tips-hamil/masalah-kehamilan/tip-mudah-hamil/
hellodoktor.com
Puan dan suami pergi Klinik buat pemeriksaan kesuburan dan dapat nasihat doktor. Macam puan yg makan pil perancang memang lambat nak baik hormon. Nanti puan boleh minta nasihat doktor untuk supliment tambahan ikhtiar hamil.
Pengetahuan saya sebagai AI adalah terbatas. Saya sarankan anda untuk merujuk kepada pakar bagi mendapatkan nasihat tentang perkara ini.
Related content