🔥 Diskusi Terhangat

Cramp di perut

Hello doktor, Saya Ain. Berumur 22 tahun Sebelum ini saya telah menanyakan soalan tentang pendarahan selepas berhubungan intim semasa kandungan 29 minggu. Namun pendarahan tersebut telah berhenti.


Selepas pendarahan tersebut berhenti, terdapat cecair keputihan dan air mani yang keluar dari faraj dan agak sedikit berbau kerana campuran tersebut.


Sekarang saya kurang pasti sama ada air mani atau bukan, kerana ia keluar cair dan sedikit berbau dan berwarna sedikit flek coklat pada pad. Bau nya sama seperti lebihan air mani dan keputihan yang keluar pada hari itu. Tidak sakit dan tidak selalu keluar hanya kadang sahaja.


Namun begitu, saya selalu sakit pinggang dan cramp di perut jika keputihan keluar banyak arau tidak banyak, terkadang ia secara tiba tiba datang sakit atau ngilu. Dan sekarang saya sedang mengalami cramp seperti senggugut di perut, pandai kejang dan mengeras serta sakit di pinggang. Ia bermula sejak petang tadi dan cecair keputihan yang saya beritahu itu keluar menyebabkan saya tidak selesa dan cramp di perut.


Apakah ini berbahaya? Sekarang saya sudah berada pada kandungan 30 minggu. Mohon pencerahan dan bantuan selanjutnya. Sekian terima kasih.


Saya lampirkan gambar sebagai rujukan.


Cramp di perutCramp di perut
Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
14

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa