Cek upt negatif tapi simptom hamil dah 2 minggu terasa

Hello doktor. Saya telah berkahwin pada 26/11/2024. Saya dan suami merupakan pasangan pjj. Untuk makluman doktor period saya jenis teratur. Period saya telah datang pada 27/11/24 sehingga 1/12/24 dengan keadaan normal. Semasa 1/12/2024 saya dan suami ada buat seperti fingering dan suami saya tak memasukkan penis atas sebab saya baru berhenti haid. Pada 18/12/24 saya bertemu suami dan masih melakukan fingering. Pada 8/1/2025 period tak datang ianya lewat 2 minggu dan saya buat UPT negatif dan pergi buat cek darah dekat klinik pun negatif serta scan di klinik pun negatif. Pada malam 8/1/25 saya dan suami ada bersama dan ni kali pertama suami memasukkn penis kedalam dengan menggunakan kondom. pada 9/1/2025 period sy datang dan berakhir pada 11/1/2025 ianya hanya sedikit berlangsung selama 3 hari. Hari pertama 9/1/2025 keluar hanya sedikit. Hari kedua 10/1/2025 keluar sedikit dan beketul. Dan hari ke3 11/1/2025 sedikit dan tamat period pada hari ke3. Sejak dari 4/1/2025 sehingga sekarang saya ada rasa simptom seperti hamil yaitu mual, pening, sakit belakang, selera hilang, dan sakit bahagian perut on off. Pada 16/1/2025 saya ada rasa nyeri pada payudara sehingga hari ini. Adakah saya mengandung atas tanda-tanda seperti itu sebab saya rasa lama sangat dah mual? Cek upt pada hari ini still dapat keputusan negatif. Adakah saya perlu pergi klinik dan scan serta cek darah semula?

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
70
1

1 komen

Hi, terima kasih di atas pertanyaan anda.

Berdasarkan maklumat yang diberikan, pesakit mengalami simptom kehamilan seperti mual, pening, sakit belakang, dan nyeri pada payudara, walaupun ujian kehamilan menunjukkan keputusan negatif. Ini mungkin menunjukkan beberapa kemungkinan, termasuk kehamilan yang tidak dapat dikesan oleh ujian, atau masalah lain yang berkaitan dengan kesihatan reproduktif:

Adalah penting untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik. Simptom-simptom yang dialami, terutama jika berterusan atau semakin teruk, memerlukan penilaian oleh profesional kesihatan. Ujian darah dan pemeriksaan fizikal mungkin diperlukan untuk menentukan punca simptom ini. Selain itu, pendarahan yang hanya sedikit dan berlangsung selama 3 hari selepas tempoh yang tidak datang juga perlu diperhatikan, kerana ia boleh berkaitan dengan pelbagai keadaan, termasuk gangguan hormon atau masalah lain. Pesakit disarankan untuk membuat temu janji dengan doktor untuk mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut. Ini akan membantu memastikan bahawa sebarang masalah kesihatan dapat dikenalpasti dan dirawat dengan tepat.

5 bulan yang lepas
Suka
Feedback
warningPenafian: Kandungan ini disediakan berdasarkan sumber maklumat yang disahkan
Topik berkaitan
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa