Boleh hamil atau tidak?

Hi, saya sudah berkahwin selama 9 bulan, pada awal perkahwinan saya dan suami selalu bersama. 3 bulan selepas berkahwin saya mendapati saya hidapi penyakit darah tinggi dan diabetes, dapat tahu dari keputusan ujian HIV sebelum berkahwin. Sebelum berkahwin period saya memang sudah tidak teratur. Pernah satu kali period saya keluar dengan sangat banyak pada tahun 2022, sehingga 9 kali saya menukar pad disebabkan terlalu penuh. Saya pernah berjumpa doktor tentang ini dan doktor hanya cek darah sahaja. Selepas berkahwin, saya mendapati period saya hanya keluar sedikit sahaja.. untuk 3 hari sahaja. Dan terus tidak keluar.. beberapa minggu. Saya lebih kerap keluar keputihan yang banyak dan berbau. Banyak kali saya cuba buat ujian hamil tetapi masih tidak mengandung. Jadi saya mula berfikir adakah saya mengalami PCOS? Atau adakah saya mengalami menopause pramatang? Atau adakah disebabkan penyakit kencing manis saya punca saya tidak dapat mengandung? Atau adakah saya mandul? Apakah perlu saya buat untuk mengetahui apa sebenarnya yang jadi pada diri saya? Mohon bantuan para doktor disini.

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
11

0 komen

Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa