Adakah saya mengandung?

Hye doc. Saya wanita 23 tahun dan baru berkahwin 26/11/2024. Kitaran haid saya normal sebelum ni. Saya dan suami merupakan pjj jadi jarang berjumpa.


27/11/2024 sehingga 1/12/2024 saya period. 1/12/2024 saya bersama suami hanya melakukan fingering saja.


18/12/2024 saya dan suami still ada melakukan fingering. Dan sepanjang bulan 12 saya tidak datang haid.


4/1/2025 saya mengalami sedikit mual dan pening. Dan bila cek upt negatif.


8/1/2025 waktu pagi saya ada pergi klinik untuk scan dan test darah hcg tapi tetap negatif. Sedangkan perasaan mual, pening, sakit perut dan sakit pinggang.


8/1/2025 waktu malam saya ada bersama suami dan suami menggunakan kondom.


9/1/2025 haid saya datang dan ianya hanya 3 hari sehingga 11/1/2025. Ianya hanya datang sedikit dan beketul pada 10/1/2025.


17/1/2025 saya ada cek upt sekali lagi atas sebab simptom hamil seperti mual, pening, hilang slera makan, sakit perut, sakit pinggang sejak dari 4/1/2025 dan ianya berlangsung selama 2 minggu simptom tersebut. Tapi ianya negatif.


18/1/2025 saya masih merasa mual, payudara rasa sakit, perut kadang krem, pinggang sakit, tiada selera makan..


Saya nak bertanya adakah saya mengandung tapi dah banyak kali saya test upt negatif tapi simptom2 hamil saya dah rasa selama 2 minggu?


Selain itu saya nak tanya adakah darah yang keluar pada 9/1/2025 sehingga 11/1/2025 merupakan darah period? Sebab darah tersebut sangat sedikit dan warna seakan merah gelap berketul.


Bilakah waktu sesuai untuk saya ke klinik melakukan pemeriksaan scan dan test darah?

Suka
Kongsikan
Simpan
Komen
42
1

1 komen

Hi, terima kasih di atas pertanyaan anda.

Berdasarkan maklumat yang diberikan, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan. Pertama, ujian kehamilan yang negatif selepas melakukan aktiviti seksual dan simptom yang dialami seperti mual dan pening mungkin menunjukkan bahawa kehamilan tidak berlaku. Namun, simptom yang berterusan dan haid yang tidak normal perlu diperhatikan:

Kitaran haid yang normal biasanya menunjukkan bahawa tubuh berfungsi dengan baik. Namun, ketidakhadiran haid sepanjang bulan Disember dan haid yang datang pada 9/1/2025 yang sedikit dan berketul mungkin menunjukkan beberapa isu lain, seperti ketidakseimbangan hormon atau masalah lain yang berkaitan dengan kesihatan reproduktif. Adalah penting untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut di klinik, terutama jika simptom seperti mual dan sakit berterusan. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan penilaian yang lebih mendalam. Pemeriksaan lanjut mungkin termasuk ujian darah untuk memeriksa tahap hormon, serta pemeriksaan ultrasound untuk memastikan tiada masalah lain yang mungkin menyebabkan simptom tersebut. Secara keseluruhan, walaupun ujian kehamilan negatif, simptom yang berterusan dan perubahan dalam kitaran haid perlu ditangani dengan serius. Dapatkan nasihat daripada pakar untuk memastikan kesihatan reproduktif anda terjaga dan untuk mendapatkan rawatan yang sesuai jika diperlukan.

5 bulan yang lepas
Suka
Feedback
warningPenafian: Kandungan ini disediakan berdasarkan sumber maklumat yang disahkan
Topik berkaitan
Cari komuniti anda
Terokai komuniti kami yang berapandukan kepada topik-topik kesihatan semasa