Doktor nak tanya adakah ada kesan kalau kondom tertinggal dalam kemaluan lebih dari seminggu sebab saya baru sedar? Adakah akan effect keputihan at
... Lihat Lebih LagiAdakah saya hamil?
Hello Doktor/Puan,
Saya inginkan kepastian. Usia saya 39 tahun. Berkahwin pada 2019. Hari pertama untuk haid saya yang terakhir adalah 17/9/2022. Sepatutnya haid yang seterusnya tiba pada 15 atau 16 Oktober 2022. Akan tetapi sehingga hari ini (21 Oktober 2022) haid saya masih belum kunjung tiba. Untuk makluman period saya normal. Jadi ia bermaksud saya telah mengalami lewat haid selama 5 hari. Pagi ini (hari ke-5 lewat haid) saya mendapati ada keluar sedikit darah bersama lendiran (seakan putih telur). Atau adakah itu yang dinamakan flek/bercak darah? Hari terakhir 'bersama' suami adalah 30/9/2022. Saya mula mengalami pelbagai simptom seperti tanda hamil bermula 11/10/2022 selama 3-4 hari. Kemudian simptom mula menunjuk kekerapan 15/9/2022 hingga sekarang. Antaranya muntah, suhu badan naik secara mendadak terutama pagi hari, payudara sensitif/bengkak/lembut, sensitif bau, kekejangan abdomen, sakit belakang, ukur lilit aerola seakan besar & pening kepala (sehari), loya (kadang2). Saya bercadang untuk membuat ujian kehamilan sekiranya lewat haid 7 hari. Oleh kerana pagi tadi keluarnya sedikit darah bersama lendiran putih diiringi sakit perut yang tidak terlalu menyakitkan, saya beranggapan kemungkinan itu adalah darah haid saya bermula. (maksudnya kitaran haid saya mungkin bertukar/lambat). Pertanyaan saya, adakah itu boleh dikatakan haid saya yang seterusnya telah bermula atau adakah ia flek/spotting atau adakah saya hamil? Saya memang sangat merancang untuk hamil dan telah (kerap) melakukan ujian OPK (hingga dapat detect hari ovulasi) setelah habisnya haid September untuk 'bersama' suami. Mohon pencerahan daripada Doktor/Puan2 yang mempunyai pengalaman hamil sebelum ini.
Terima kasih.
0 komen
Terkini