backup og meta

Virus Ebola

Definisi

Apa itu Virus Ebola?

Ebola, juga dikenali sebagai demam Ebola berdarah, ialah satu penyakit maut disebabkan oleh virus. Terdapat 5 jenis dan 4 daripadanya dikenal pasti mengesani manusia. Apabila virus Ebola memasuki badan, ia boleh mencederakan sistem imun dan organ lain. Sel pembeku darah akan berkurangan menyebabkan pendarahan yang teruk dan tidak terkawal.

Ebola adalah penyakit berjangkit dan boleh mengancam nyawa. Sekitar 90% pesakit Ebola tidak selamat. Adalah sangat penting untuk mendapatkan rawatan perubatan serta merta apabila anda mengesyaki menghidapi Ebola.

Apakah kebarangkalian Virus Ebola?

Ebola ialah penyakit yang jarang tetapi sangat serius. Ia banyak ditemui di Afrika tetapi terdapat juga kes-kes yang ditemui di kawasan lain. Baru-baru ini, terdapat beberapa wabak di Afrika. Jika anda merancang untuk melancong ke kawasan ini, pastikan anda mengambil langkah untuk melindungi diri anda. Ebola boleh mengesani lelaki dan perempuan di semua peringkat umur. Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom Virus Ebola?

Tanda-tanda dan simptom-simptom yang kerap kebiasaannya bermula secara tiba-tiba dalam tempoh 5 ke 10 hari jangkitan virus Ebola atau Marburg. Tanda-tanda dan simptom-simptom awal ialah:

  • Demam;
  • Sakit kepala yang teruk;
  • Sakit sendi dan otot;
  • Menggigil;
  • Lemah.

Dari masa ke semasa, simptom akan menjadi semakin teruk seperti:

  • Mual dan muntah;
  • Cirit-birit (mungkin berdarah);
  • Mata merah;
  • Ruam yang menaik;
  • Sakit dada dan batuk;
  • Sakit perut;
  • Hilang berat badan yang banyak;
  • Pendarahan dalaman;
  • Pendarahan, kebiasaannya dari mata dan lebam (pesakit yang hampir mati mungkin berdarah dari rongga lain seperti telinga, hidung dan rektum).

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bila saya harus berjumpa doktor?

Sekiranya anda mempunyai mana-mana tanda atau simptom penyakit ini, jangan pergi ke hospital sebelum membuat panggilan. Ia membantu pasukan kesihatan mengambil langkah penjagaan yang lebih baik ke atas anda dan melindungi orang lain dari penyakit tersebut.

Sila hubungi doktor jika:

  • Anda mengalami simptom seperti demam dan anda mungkin telah terdedah kepada virus tersebut.
  • Anda pernah mendekati orang yang dijangkiti dengan virus ini. Anda mungkin perlu memerhati simptom dan elakkan mendedahkannya kepada orang lain.

Punca

Apakah punca Virus Ebola?

Virus Ebola ditemui pada monyet Afrika dan primata selain manusia yang lain. Jenis Ebola yang lebih ringan ditemui pada monyet dan khinzir di Filipina.

Jangkitan dari haiwan ke manusia

Pakar mengesyaki bahawa kedua-dua virus berjangkit ke manusia melalui cecair badan haiwan yang terjangkit. Contohnya:

  • Darah. Memotong atau makan haiwan yang dijangkiti boleh menyebarkan virus tersebut. Saintis yang pernah membedah haiwan yang terjangkit sebagai bahagian dari kajian mereka juga dijangkiti virus tersebut.
  • Bahan buangan. Pelancong di sebahagian gua Afrika dan sebahagian pekerja lombong bawah tanah telah dijangkiti virus Marburg berkemungkinan melalui sentuhan terhadap najis atau air kencing kelawar yang dijangkiti.

Jangkitan dari manusia ke manusia

Manusia yang dijangkiti kebiasaannya tidak berjangkit sehingga mereka mengalami simptom. Ahli keluarga kebiasaannya dijangkiti kerana mereka menjaga ahli keluarga yang sakit atau menguruskan pengebumiannya.

Pekerja kesihatan boleh dijangkiti jika mereka tidak menggunakan perkakas pelindung seperti penutup mulut dan sarung tangan pembedahan. Pusat-pusat perubatan di Afrika kebiasaannya sangat miskin dan mereka terpaksa menggunakan jarum dan picagari terpakai. Sebahagian epidemik Ebola yang paling teruk berlaku disebabkan penggunaan alat suntikan yang telah tercemar sebelum disterilkan.

Tiada bukti menunjukkan jangkitan virus Ebola melalui gigitan serangga.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Virus Ebola?

Bagi kebanyakan manusia, risiko jangkitan Ebola (demam berdarah) adalah rendah. Risikonya akan meningkat jika anda:

  • Melancong ke Afrika. Anda pada risiko yang tinggi jika anda melawat atau bekerja in kawasan dimana wabak virus Ebola atau Marburg pernah berlaku.
  • Melakukan kajian haiwan. Risikonya lebih tinggi jika kajian dijalankan ke atas monyet yang diimport dari Afrika atau Filipina.
  • Menyediakan penjagaan perubatan atau peribadi. Ahli keluarga kebiasaannya dijangkiti jika mereka menjaga ahli keluarga yang sakit. Pekerja kesihatan juga boleh dijangkiti jika mereka tidak menggunakan perkakas pelindung seperti penutup mulut dan sarung tangan pembedahan.
  • Membuat persediaan untuk pengebumian. Badan orang yang mati dari demam Ebola atau Marburg berdarah masih berjangkit. Menguruskannya boleh meningkatkan risiko jangkitan.

Diagnosis dan Rawatan

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimana pesakit Virus Ebola didiagnosis?

Diagnosis Ebola susah untuk dibuat kerana tanda dan simptom awal menyerupai penyakit lain seperti typhoid dan malaria. Jika doktor mengesyaki anda mengandungi virus Ebola, mereka menggunakan ujian darah untuk mengesan virus dengan cepat termasuk:

  • Enzyme-linked immunosorbent assay (ELISA)
  • Reverse transcriptase polymerase chain reaction (PCR)

Bagaimana pesakit Virus Ebola dirawat?

Tiada penawar bagi Ebola meskipun para pengkaji sedang mengusahakannya. Rawatan termasuk serum eksperimen yang menghancurkan sel-sel yang dijangkiti.

Doktor menguruskan simptom-simptom Ebola menggunakan:

  • Air dan elektrolit;
  • Oksigen;
  • Ubat tekanan darah;
  • Pemindahan darah;
  • Rawatan jangkitan lain.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Virus Ebola?

Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin membantu anda mengatasi :

Satu-satunya cara untuk selamat dari penyakit Ebola ialah dengan mendapatkan penjagaan perubatan yang segera sejurus selepas anda terdedah kepada virus tersebut atay sekurang-kurangnya apabila simptom dapat dilihat. Dapatkan pertolongan perubatan dalam situasi berikut:

  • Jika anda melancong ke tempat yang diketahui terdapat penyakit virus Ebola seperti negara-negara Afrika.
  • Jika anda terdedah kepada orang yang mengandungi jangkitan virus Ebola.
  • Jika anda terdedah kepada orang yang disyaki mengandugi virus Ebola.
  • Jika anda mengalami simptom penyakit virus Ebola atau yang serupa dengannya, dapatkan penjagaan perubatan dengan serta merta.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

13/09/2019

Ditulis oleh Firdaus Rahim

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Bukan Hanya Kerana COVID-19, Tapi Ini Sebab Lain Anda MESTI Sanitasi Rumah Setiap Minggu!

Penyakit Cacar Monyet Kembali! Kenal Pasti Awal Simptomnya Sebelum Terlambat!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Firdaus Rahim · Disemak pada 13/09/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan