home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Ada Haiwan Ternakan? AWAS, Ada Risiko Penyakit Disebabkan Gigitan Kutu!

Ketahui asasnya|Ketahui simptom-simptomnya|Ketahui puncanya|Ketahui faktor risiko|Memahami diagnosis dan rawatannya|Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan
Ada Haiwan Ternakan? AWAS, Ada Risiko Penyakit Disebabkan Gigitan Kutu!

Pernah dengar penyakit anaplasmosis? Ia keadaan yang disebabkan oleh jenis kutu yang berada pada anjing, binatang ternakan, biri-biri, kambing dan kuda. Jom ketahui lebih lanjut mengenainya.

Dapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, dapatkan di sini.

Ketahui asasnya

Apakah itu anaplasmosis?

Anaplasmosis, juga dikenali dengan penyakit Ehrlichiosis, iaitu satu penyakit daripada anjing, binatang ternakan, biri-biri, kambing, dan kuda.

Anaplasmosis dipindahkan ke manusia melalui gigitan kutu, HE sekarang dikenali anaplasmosis, yang pertama kalinya dijumpai pada 1994.

Terdapat dua (2) jenis penyakit yang penting iaitu:

  • Human monocytic ehrliciosis (HME)
  • Human granulocytic ehrliciosis (HGE)

Bakteria Ehrlichia chaffeensis mengakibatkan HME manakala HGE disebabkan oleh bakteria anaplasma phagocytophilum.

Apakah kebarangkalian untuk mengalami penyakit gigitan jenis kutu ini?

Anaplasmosis biasanya berlaku kepada golongan tua.

Purata umur penghidap anaplasmosis ialah 67 tahun. Ia boleh menjangkiti pesakit tidak mengira usia dan jantina.

Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Ketahui simptom-simptomnya

Apakah simptom-simptom anaplasmosis daripada gigitan jenis kutu ini?

jenis kutu

Selepas digigit, selepas satu ke dua minggu akan berlalu tanpa sebarang simptom kelihatan.

Kemudian, pesakit akan mempunyai demam yang tiba-tiba dengan sakit kepala, sakit otot, kedinginan, dan lemah tubuh badan.

Loya, muntah, batuk, cirit-birit, dan hilang selera juga berlaku. Simptom tersebut boleh menjadi dikelirukan dengan simptom selesema.

Mungkin terdapat simptom atau tanda yang tidak dinyatakan.

Jika anda mempunyai sebarang persoalan tentang tanda tersebut, sila berhubung dengan doktor anda.

Bilakah saya harus berjumpa doktor saya?

Simptom pertama anaplasmosis biasanya bermula dalam satu hingga dua minggu selepas gigitan kutu yang dijangkiti.

Gigitan kutu biasanya tidak sakit, dan sesetengah pesakit yang mempunyai anaplasmosis tidak mengingati sebarang gigitan.

Jika anda mempunyai sebarang tanda dan simptom yang dinyatakan atau mempunyai sebarang soalan, sila berhubung dengan doktor anda.

Ketahui puncanya

jenis kutu

Apakah punca berlakunya anaplasmosis?

Anaplasmosis dipindahkan kepada manusia melalui gigitan kutu.

Kutu memindahkan A.Phagocytophilum kepada manusia melalui gigitan. Jenis kutu ini adalah kutu yang mempunyai kaki berwarna hitam bernama Ixodes scapularis dan Ixodes pacifus.

Ketahui faktor risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap anaplasmosis?

Terdapat banyak faktor risiko terhadap anaplasmosis, seperti berada di luar ketika musim panas sekiranya anda tinggal atau melawat kawasan yang mempunyai jumlah kutu yang banyak.

Populasi kutu paling banyak adalah ketika musim bunga dan panas.

Baca juga:

Memahami diagnosis dan rawatannya

Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah anaplasmosis didiagnosis?

Selepas mendapatkan sejarah kesihatan yang sempurna dan pemeriksaan fizikal, untuk mendapatkan diagnosis, doktor akan menjalankan ujian darah.

Ini termasuklah kiraan sel darah penuh, ujian fungsi buah pinggang dan hati, dan ujian khas seperti reaksi rantai polimerase (PCR).

Ujian lain yang membantu mengecualikan penyakit yang menyerupai anaplasmosis mungkin diperlukan.

Penyakit tersebut adalah penyakit Lyme, mononucleosis, kanser darah, hepatitis viral, keradangan pada duktus hempedu, dan community-acquired pneumonia.

Sekiranya terdapat tanda atau simptom neurologi, doktor mungkin akan menjalankan punktur lumbar untuk memastikan tiada meningitis (keradangan pada lapisan luar otak).

Semasa punktur lumbar, doktor akan memasukkan jarum ke dalam koluma spinal melalui kawasan bawah belakang untuk mendapatkan cecair spinal.

jenis kutu

Bagaimanakah merawat penyakit daripada gigitan jenis kutu ini

Antibiotik akan diberikan dengan segera sekiranya penyakit tersebut ialah anaplasmosis.

Anaplasmosis boleh menjadi penyakit yang berbahaya yang menyebabkan kematian sekiranya tidak dirawat dengan betul, walaupun sebelum ini pesakit itu sihat.

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan boleh membantu saya menangani anaplasmosis?

Langkah di bawah ini membantu anda menangani anaplasmosis:

  • Berjumpa doktor jika anda digigit kutu dan selepas itu demam, atau mempunyai sakit kepala dengan demam, loya, dan muntah
  • Beringat bahawa simptom boleh terjadi sehingga dua bulan tanpa rawatan
  • Beringat untuk memakai pakaian yang berwarna cerah semasa berada di kawasan yang dipenuhi kutu. Anda boleh melihat jenis kutu pada pakaian anda

Jika anda mempunyai sebarang persoalan, sila berhubung doktor anda untuk memahami penyelesaian terbaik bagi anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.cdc.gov/anaplasmosis/index.html

https://www.cdc.gov/ticks/tickbornediseases/anaplasmosis.html

https://www.cedars-sinai.org/health-library/diseases-and-conditions/a/anaplasmosis.html

https://bphc.org/whatwedo/infectious-diseases/Infectious-Diseases-A-to-Z/Pages/Anaplasmosis.aspx

https://www.columbia-lyme.org/anaplasmosis

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/ehrlichiosis/symptoms-causes/syc-20372142

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 29/07/2021
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel