Apakah punca demam denggi ya?
Penyakit denggi ialah penyakit berjangkit yang dibawa oleh nyamuk dan disebabkan oleh mana-mana daripada 4 virus denggi yang berkaitan antara satu sama lain.
Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang Penyakit Berjangkit, sila klik di sini.
Definisi
Apa itu denggi?
Penyakit denggi ini dahulunya digelar demam ‘patah tulang’ kerana ia kadangkala menyebabkan sakit sendi dan otot yang teruk seperti rasa tulang patah.
Sakit denggi ringan menyebabkan demam yang tinggi, ruam dan sakit pada otot dan sendi.
Demam denggi yang teruk pula, juga digelar demam denggi berdarah, boleh menyebabkan pendarahan yang teruk, penurunan mendadak pada tekanan darah dan boleh juga membawa maut.
Apakah kebarangkalian alami punca demam denggi?
Berjuta kes jangkitan denggi berlaku di seluruh dunia setiap tahun. Ia boleh berlaku pada mana-mana umur.
Sakit denggi kebanyakannya berlaku ketika dan tidak lama selepas musim hujan di kawasan tropika dan subtropika di:
- Afrika
- Asia Tenggara dan China
- India
- Timur Tengah
- Caribbean dan Amerika Tengah dan Selatan
- Australia dan Pasifik Selatan dan Tengah
Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor untuk maklumat lanjut.
Simptom
Punca demam denggi: Kenali simptomnya
Terdapat 3 jenis penyakit denggi: denggi klasik, demam denggi berdarah dan sindrom kejutan denggi.
Denggi klasik
Simptom-simptom denggi biasa lazimnya bermula dengan demam dalam 4 ke 7 hari selepas anda digigit nyamuk. Simptomnya termasuk:
- Demam tinggi sehingga 105°F
- Sakit kepala yang teruk
- Sakit di belakang mata
- Sakit sendi yang otot yang teruk
- Mual dan muntah
Ruam mungkin berlaku pada hampir keseluruhan badan 3 ke 4 hari selepas demam bermula dan hilang selepas 1 ke 2 hari. Anda mungkin mengalami ruam kedua beberapa hari selepas itu.
Demam denggi berdarah
Simptom-simptom bagi punca demam denggi berdarah merangkumi semua simptom denggi klasik ditambah dengan:
- Kecederaan yang teruk pada saluran darah dan limfa
- Pendarahan hidung, gusi atau bawah kulit menyebabkan bengkak keunguan
Denggi jenis ini boleh membawa maut.
Sindrom kejutan denggi
Gejala kejutan denggi dianggap sebagai simptom demam denggi yang teruk kerana merangkumi semua simptom denggi klasik dan penyakit denggi berdarah ditambah dengan:
- Cecair keluar daripada saluran darah
- Pendarahan yang banyak
- Kejutan (tekanan darah yang sangat rendah)
Penyakit jenis ini kebiasaannya berlaku pada kanak-kanak (kadangkala dewasa) yang mengalami jangkitan denggi kali kedua. Ia kadangkala membawa maut terutamanya bagi kanak-kanak dan dewasa muda.
Baca juga:
Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas.
Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom-simptom tersebut, sila berjumpa dengan doktor.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Sekiranya anda mempunyai mana-mana tanda atau simptom yang disebut di atas atau sebarang persoalan, sila berhubung dengan doktor anda.
Jika anda baru berkunjung ke kawasan sakit denggi selalu berlaku dan anda mengalami demam, sila berjumpa dengan doktor.
Setiap tubuh manusia bertindak dengan cara yang berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor adalah jalan yang terbaik untuk mendapatkan nasihat yang paling sesuai dengan situasi anda.
Punca
Apakah punca demam denggi?
Apa itu denggi adalah disebabkan oleh virus yang boleh merebak melalui gigitan nyamuk. Terdapat 4 jenis virus denggi yang dikenali sebagai DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4.
Nyamuk yang berasal dari keluarga spesifik yang dikenali sebagai Aedes aegypti atau Aedes albopictus boleh mambawa virus ini untuk menjangkiti darah seseorang melalui gigitan dan memindahkan darah yang terjangkit kepada orang lain.
Selepas anda sudah pulih, anda boleh membina imuniti melawan demam denggi tetapi hanya terhad kepada jenis yang terbabit.
Terdapat 4 jenis yang berbeza di mana anda mungkin boleh dijangkiti semula. Jadi, sangat penting untuk mengesan tanda-tandanya dan mendapatkan rawatan.
Faktor risiko
Apakah yang meningkatkan saya kepada risiko punca demam denggi?
Terdapat banyak faktor risiko seperti:
Faktor-faktor yang meletakkan anda pada risiko yang tinggi untuk mendapat demam denggi atau jenis yang lebih teruk termasuk:
- Tinggal atau berkunjung ke kawasan tropika. Berada di kawasan tropika dan subtropika meningkatkan risiko terdedah kepada virus ini yang boleh menyebabkan sakit denggi. Kawasan yang khususnya berisiko tinggi ialah Asia Tenggara, Pulau Pasifik barat, Amerika Latin dan Caribbean
- Pernah dijangkiti demam denggi. Jangkitan yang lalu meningkatkan risiko mendapat simptom yang teruk jika anda dijangkiti semula
Diagnosis dan rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit didiagnosis?
Diagnosisnya boleh jadi susah kerana tanda dan simptomnya mudah terkeliru dengan penyakit lain – seperti malaria, leptospirosis dan demam typhoid.
Doktor akan bertanya tentang sejarah perubatan dan perjalanan anda.
Pastikan anda menjelaskan perjalanan antarabangsa anda dengan teliti termasuk negara-negara yang anda lawati bersama tarikh serta jika anda pernah terdedah dengan gigitan nyamuk.
Sebahagian ujian makmal boleh mengesan bukti virus denggi tetapi keputusan ujian kebiasaannya terlalu lambat untuk membantu membuat keputusan rawatan secara langsung.
Bagaimana pesakit dirawat?
Tiada rawatan khusus untuk punca demam denggi dan kebanyakannya kembali pulih dalam tempoh 2 minggu. Jadi, adalah sangat penting untuk merawat simptomnya bagi mengelakkan komplikasi.
Kebanyakan doktor mengesyorkan pilihan rawatan berikut:
- Mendapatkan rehat yang banyak
- Minum air yang banyak
- Mengambil ubat untuk mengurangkan demam. Paracetamol (Tylenola, Panadola) boleh menghilangkan sakit dan mengurangkan demam
- Elakkan ubat tahan sakit yang boleh meningkatkan komplikasi pendarahan – seperti aspirin, ibuprofen (Advila, Motrina) dan naproxen sodium (Alevea)
Untuk kes lebih teruk, demam denggi boleh menyebabkan kejutan atau demam berdarah yang memerlukan perhatian perubatan segera.
Pencegahan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani punca demam denggi?
Anda boleh menguruskan demam denggi melalui penjagaan di rumah.
Pastikan anda kekal hidrat. Penting untuk anda tahu beberapa perkara sebelum melawat kawasan demam denggi kerap berlaku.
Petua-petua ini boleh membantu anda:
- Kekal dalam rumah yang mempunyai pendingin hawa atau ditutup rapi. Pada waktu malam, khususnya, amat penting untuk mengelakkan nyamuk
- Menyusun semula aktiviti luar. Elakkan berada di luar pada waktu subuh, senja dan awal petang di mana nyamuk sedang banyak di luar
- Gunakan pakaian pelindung seperti lengan panjang, seluar panjang, stoking dan kasut
- Gunakan penolak nyamuk. Permethrin boleh digunakan pada pakaian, kasut, perkakas perkhemahan dan kelambu. Anda juga boleh membeli pakaian yang sudah diletakkan permethrin di dalamnya. Untuk kulit anda, gunakan sapuan penghalau nyamuk yang mengandungi sekurang-kurangnya 10% kepekatan DEET
- Pastikan rumah anda sentiasa bersih tanpa ada tempat takungan nyamuk
Untuk pertanyaan berkaitan punca demam denggi dan rawatan, sila berunding dengan doktor lepas kepastian.