What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other
ask-doctor-icon

Tanya Doktor Secara Percuma

Jadi yang terawal untuk berkongsi pandangan anda kepada Hello Doktor

Jangan Tunggu Lagi, Ini 5 Sebab Anak Bawah 12 Tahun Kena Dapatkan Vaksin COVID-19!

    Jangan Tunggu Lagi, Ini 5 Sebab Anak Bawah 12 Tahun Kena Dapatkan Vaksin COVID-19!

    Di Malaysia, pelaksanaan vaksincovid untuk kanak-kanak telah bermula sejak 3 Februari 2022. Apakah kelebihan vaksin covid 19 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun ini?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan COVID-19, anda boleh klik di sini.

    Vaksincovid: Fasa pemberian untuk kanak-kanak telah bermula

    vaksincovid

    Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak atau ringkasnya PICKids ini telah bermula secara rasmi pada 3 Februari 2022 di Lembah Klang.

    Pemberian vaksin pada kali ini memfokuskan kepada kumpulan kanak-kanak yang berumur antara lima hingga 11 tahun.

    Setakat ini, sudah lebih 500,000 kanak-kanak telah mendaftar sebagai penerima vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

    Fasa pemberian vaksin kepada kanak-kanak ini dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) setelah menilai data kajian semasa yang menunjukkan keselamatan dan keberkesanannya dalam mencegah jangkitan.

    Langkah ini bukanlah langkah pertama, kerana beberapa negara lain juga telah mula memberikan suntikan vaksin kepada kanak-kanak seperti Singapura dan Kanada.

    5 kelebihan vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun

    vaksincovid

    Mungkin ada sesetengah ibu bapa atau penjaga yang masih ragu-ragu sama ada ingin membenarkan anak mereka divaksin atau tidak.

    Bagi mereka yang masih tidak begitu pasti berkenaan hal ini, mari kita lihat lima manfaat atau kebaikan sekiranya anak anda divaksin dengan vaksincovid:

    #1. Mencegah kanak-kanak daripada dijangkiti COVID-19

    Walaupun jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak agak ringan berbanding individu dewasa, namun sesetengah kanak-kanak yang dijangkiti boleh mendapat jangkitan paru-paru yang teruk.

    Ini boleh menyebabkan mereka jatuh sakit dan perlu ditahan di wad hospital.

    Tambahan pula, dengan kewujudan varian-varian seperti Delta yang amat mudah merebak, kadar jangkitan akan menjadi lebih mudah dan cepat.

    Formula vaksin yang dikeluarkan pada masa kini masih lagi berkesan untuk mencegah komplikasi yang lebih teruk sekiranya kanak-kanak dijangkiti COVID-19.

    Vaksincovid bukan sahaja mengurangkan keterukan komplikasi jangkitan, tetapi juga boleh menurunkan kadar kematian kanak-kanak akibat virus COVID-19.

    #2. Mengurangkan kadar jangkitan COVID-19

    Sepertimana individu dewasa, kanak-kanak juga boleh menyebarkan virus COVID-19 kepada individu lain sekiranya mereka telah dijangkiti walaupun tidak menunjukkan sebarang gejala.

    Namun, jika anak anda mengambil vaksin COVID-19, ia bukan sahaja boleh melindungi diri mereka, tetapi juga memberi perlindungan kepada individu lain dengan mengurangkan kadar jangkitan virus.

    Ia boleh melindungi individu yang berada di sekitar kanak-kanak tersebut seperti ahli keluarga atau rakan-rakan yang berisiko tinggi.

    #3. Boleh membantu mengembalikan kehidupan normal seperti sebelum ini

    Dengan mendapatkan vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, ia boleh memberikan peluang kepada anak anda untuk kembali kepada kehidupan yang normal.

    Mereka boleh kembali ke sekolah seperti biasa dan menyertai sebarang aktiviti yang mereka gemari.

    Perlu diingat bahawa kanak-kanak yang telah divaksin kurang berisiko untuk dijangkiti virus COVID-19.

    Oleh itu, mereka lebih bebas untuk melakukan pelbagai aktiviti bersama rakan mereka di sekolah.

    #4. Boleh membantu menghentikan kemunculan varian-varian COVID-19 baharu

    Varian Delta menjadi antara varian yang memainkan peranan dalam meningkatkan kadar jangkitan COVID-19 di seluruh dunia.

    Ini termasuklah kadar jangkitan dalam kalangan kanak-kanak.

    Sekiranya anak anda divaksin, ia bukan sahaja membantu mengurangkan kadar jangkitan virus tetapi juga meminimumkan peluang untuk virus tersebut bermutasi dan menghasilkan varian baharu.

    Virus COVID-19 boleh berjangkit dengan mudah antara kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak divaksinasi, dan ini memberikan varian baharu peluang untuk muncul.

    #5. Vaksincovid kanak-kanak membantu melindungi komuniti

    Antara sebab utama mengapa anda perlu mempertimbangkan imunisasi kepada anak anda adalah kerana perlindungan komuniti.

    Pengambilan vaksin ini merupakan antara usaha untuk mendapatkan imuniti secara berkelompok.

    Jadi, pengambilan vaksin sebenarnya boleh melindungi ahli komuniti lain yang tinggal atau berada di sekitar kawasan anda.

    Adakah vaksin covid 19 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun ini selamat?

    Anda tidak perlu risau berkenaan hal ini memandangkan vaksincovid bukan sahaja selamat, malah ia juga amat berkesan.

    Sebelum diluluskan penggunaannya kepada kanak-kanak yang berumur bawah 12 tahun, ia telah melalui pelbagai semakan dan penilaian oleh Pentadbiran Ubat & Makanan (FDA) serta Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.

    Vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun ini juga telah diuji dengan cara yang sama sepertimana vaksin untuk orang dewasa.

    Dalam ujian klinikal, kesan sampingan vaksin yang ditunjukkan oleh kanak-kanak adalah bersifat ringan dan menyamai kesan sampingan individu dewasa.

    Antara kesan sampingan yang biasa berlaku adalah rasa sakit atau sedikit pedih pada lengan, tempat di mana vaksin tersebut disuntik.

    vaksincovid

    Namun anda tidak perlu berasa risau atau cemas kerana kesan sampingan yang ringan seperti ini akan hilang dalam tempoh beberapa hari.

    Malah, ada juga kemungkinan anak anda tidak akan mengalami sebarang kesan sampingan setelah mendapat suntikan vaksin COVID 19 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

    Segera daftarkan anak anda untuk menerima vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan
    1. Myths and Facts about COVID-19 Vaccines for Children. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/children-facts.html. Accessed on February 5, 2022. 
    2. COVID Vaccine: What Parents Need to Know. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/coronavirus/covid19-vaccine-what-parents-need-to-know. Accessed on February 5, 2022.
    3. Benefits of Getting Vaccinated. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/vaccines/vaccine-benefits.html. Accessed on February 5, 2022.
    4. 20 things to know about COVID-19 vaccines for kids under 12. https://healthblog.uofmhealth.org/childrens-health/20-things-to-know-about-covid-19-vaccines-for-kids-under-12. Accessed on February 5, 2022.
    5. COVID-19 vaccines for kids: What you need to know. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/coronavirus/in-depth/covid-19-vaccines-for-kids/art-20513332. Accessed on February 5, 2022.
    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 21/06/2022
    Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
    Next article: