Jangan ketinggalan untuk mendapatkan perkembangan mengenai COVID-19 di sini.

home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Cegah Penularan COVID-19 Di Pangsapuri, Kondo- Ini Tindakan Pihak Pengurusan Perlu Buat

Cegah Penularan COVID-19 Di Pangsapuri, Kondo- Ini Tindakan Pihak Pengurusan Perlu Buat

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Duduk di rumah adalah 1 langkah yang baik dalam mencegah penularan wabak COVID-19.

Namun bagaimana dengan tanggungjawab pihak pengurusan kediaman anda dalam menangani situasi ini?

Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

Pihak pengurusan kediaman pangsapuri atau kondominium

Jika kediaman anda jenis teres, banglo mahupun persendirian yang tidak melibatkan perkongsian penggunaan harta benda awam, mungkin waktu pandemik ini tidak begitu membimbangkan.

Ini kerana anda cuma perlu menjaga aspek kebersihan dalam rumah untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan mencegah penularan wabak COVID-19.

Tapi, bagaimana pula keadaan bagi mereka yang tinggal di pangsapuri atau kondominium (kondo)?

Penghuni di kediaman jenis tersebut perlu berkongsi penggunaan kemudahan awam seperti lif dan tangga dengan individu lain.

Sudah tentu ia sedikit sebanyak mendatangkan kebimbangan terutamanya dalam hal berkaitan amalan jarak sosial dan kebersihan diri.

Jadi apakah yang perlu dilakukan oleh pihak pengurusan kediaman anda dalam menangani situasi seperti ini?

Baca juga:

Tanggungjawab pihak pengurusan kediaman

Berikut adalah antara perkara yang perlu dilakukan pihak pengurusan kediaman pangsapuri atau kondominium dalam mencegah penularan wabak COVID-19 ketika ini:

#1 Komunikasi terbuka antara pihak pengurusan kediaman dan penghuni

Komunikasi terbuka antara pihak pengurusan dengan anda sebagai penghuni kediaman adalah sangat penting.

Ini kerana situasi pandemik dan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, bukanlah masa untuk merahsiakan maklumat penting.

Perkongsian maklumat mengenai apa yang akan atau mungkin dilakukan oleh pihak pengurusan seperti menutup kawasan tertentu adalah penting.

Bersikap terbuka dalam setiap tindakan dan keputusan adalah perlu bagi menghindari salah faham atau kebimbangan yang tidak berasas.

1 pasukan khas perlu ditetapkan agar setiap komunikasi atau persoalan yang timbul dapat disalurkan dengan tepat serta konsisten dan mengelakkan kekeliruan maklumat.

Ia bukan sekadar penyampaian maklumat mengenai apa yang akan dilakukan pihak pengurusan dalam mencegah penularan COVID-19, tetapi turut melibatkan tindakan yang harus dilakukan penghuni.

Baca juga:

  • Duduk Rumah Semasa PKP Tidak Lagi Bosan Jika Lakukan 5 Aktiviti Ini!
  • Kekal Produktif Waktu WFH? Ini 19 Tip Lengkap Kerja Dari Rumah, Ada Panduan Untuk Ibu Juga!

#2 Pihak pengurusan kediaman kongsi maklumat sahih

Memastikan setiap maklumat yang diterima tepat dan sahih sangat berkait rapat dengan melaksanakan komunikasi terbuka antara pihak pengurusan dan penghuni kediaman.

Ia adalah 1 tindakan kritikal untuk memperolehi maklumat daripada pihak yang boleh dipercayai seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mahupun polis sebelum menyebarkannya.

Apatah lagi jika ia berkaitan dengan penghuni kediaman.

Sekiranya terdapat maklumat sahih mengatakan ada penghuni yang sah dijangkiti COVID-19, maka pihak pengurusan perlu memaklumkannya kepada penghuni lain.

Ia tanggungjawab pengurusan dalam memastikan komunikasi terbuka dan tiada maklumat penting dirahsiakan daripada penghuni.

Ini kerana keadaan pandemik adalah 1 situasi yang tidak boleh dikawal dan penghuni berhak untuk berasa selamat di rumah.

https://www.facebook.com/1634329383494261/videos/3475692265791979/

  1. Tetapkan protokol kebersihan

1 tindakan yang perlu dilakukan pihak pengurusan kediaman dalam membantu mengekang penularan wabak COVID-19 adalah dengan menetapkan protokol kebersihan.

Memandangkan virus ini boleh mencemari sesuatu permukaan untuk tempoh lebih daripada sehari, maka aspek pembersihan permukaan perlu dititikberatkan.

Permukaan yang kerap disentuh seperti butang lif atau pemegang tangga perlu selalu dibersihkan dan disinfeksi.

Pemasangan dispenser gel pembersih tangan pada setiap pintu masuk utama bangunan dan lif adalah penting.

Jika boleh pihak pengurusan juga perlu menugaskan individu untuk memeriksa suhu setiap individu yang keluar masuk melalui pintu utama bangunan bagi mengesan individu yang mempunyai simptom.

Tindakan-pihak-pengurusan-kediaman

  1. Barangan keperluan mencukupi

Dalam tempoh PKP ini, pastinya anda sebagai penghuni kediaman akan cuba untuk mengelak daripada keluar rumah sebagai 1 usaha mengekang jangkitan wabak.

Jadi, pihak pengurusan perlu memastikan setiap keperluan asas yang dijual di kedai runcit di bawah pihak pengurusannya adalah mencukupi setiap masa.

Jika keperluan asas boleh diperolehi di kedai runcit berdekatan, pastinya penghuni tidak perlu pergi jauh untuk membuat sebarang pembelian keperluan seperti makanan.

Keadaan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan risiko jangkitan kepada penghuni.

mencegah penularan wabak covid-19

  1. Pembekal perkhidmatan lain

Pihak pengurusan kediaman juga perlu melakukan perbincangan dengan pembekal perkhidmatan lain seperti keselamatan, kebakaran, elektrikal dan kebersihan.

Ini adalah untuk memastikan pihak pengurusan mengetahui tanggungjawab dan peranan pembekal perkhidmatan lain ketika pandemik berlaku.

Penjagaan diri

Itu adalah apa yang perlu dilakukan oleh pihak pengurusan di kediaman anda.

Namun dalam masa yang sama anda masih perlu menjaga aspek kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan.

Penggunaan gel pembersih tangan boleh digunakan tetapi anda lebih disarankan untuk mencuci tangan dengan sabun terutamanya sebelum dan selepas makan, selepas ke bilik atau apabila terdapat kotoran pada tangan.

Sentiasa memakai topeng pelindung muka terutamanya jika anda ingin pergi ke tempat awam seperti pasar raya atau apabila perlu menaiki pengangkutan awam.

Pastikan anda sentiasa membawa tisu pakai buang sebagai alas untuk anda memegang pintu atau butang lif tanpa perlu menyentuh dengan tangan.

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 11/05/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
x