backup og meta

Ini Simptom Terkini COVID-19, Mungkin Berbeza Mengikut Varian!

Ini Simptom Terkini COVID-19, Mungkin Berbeza Mengikut Varian!

Sudah hampir dua tahun kita berhadapan dengan wabak COVID-19. Oleh sebab itu, pasti ramai yang sudah arif mengenai gejala dan tanda COVID 19 yang lazim seperti demam, batuk kering, rasa letih dan juga hilang deria bau dan rasa.

Walau bagaimanapun, dengan munculnya COVID-19 dengan varian baru, simptom-simptom yang ditunjukkan oleh wabak ini mula berubah.

Malah, varian baharu ini turut menimbulkan rasa panik dalam kalangan masyarakat. Manakan tidak, varian baharu ini mempunyai simptom atau tanda COVID 19 yang berbeza dan membuatkan ramai menjadi keliru.

Menurut Dr. Tony Moddy dari Duke University Medical Center, simptom yang berbeza disebabkan munculnya varian baharu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Tambah beliau lagi, disebabkan varian ini mempunyai kod genetik yang berbeza, ia dapat mengubah interaksi virus tersebut dengan badan manusia. Sebab itulah simptomnya mungkin sedikit berbeza antara satu sama lain.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Varian baharu, simptom/ tanda COVID 19 juga baharu

tanda covid 19

Menurut sebuah kajian yang dilakukan di England, pesakit yang positif COVID-19 disebabkan varian baharu lebih berkemungkinan mengalami simptom seperti batuk yang berpanjangan, rasa letih, sakit otot, sakit tekak dan demam berbanding mereka yang dijangkiti virus asal.

Tetapi, apa yang menarik ialah pesakit kurang mengalami simptom atau tanda COVID 19 yang popular dan dikenali ramai iaitu hilang deria rasa dan bau.

Mutasi dalam kalangan virus bukanlah sesuatu yang baharu atau tidak dapat diduga.

Menurut pakar, semua virus RNA akan mengalami mutasi dalam satu jangka masa tertentu. Ada juga varian yang boleh bermutasi lebih kerap berbanding varian yang sedia ada.

Tidak dinafikan, varian baharu COVID-19 memang wujud. Malah, ia berbeza dengan versi asal yang dikesan di China satu ketika dahulu.

Sebagai contoh, varian yang dikenali dengan nama B.1.1.7 merupakan varian yang paling lazim di United Kingdom. Malah, varian ini juga merupakan penyebab hampir 60% kes COVID-19 di negara tersebut pada bulan Disember.

Ada juga varian lain yang dapat dikesan di Brazil, California dan sebagainya. Namun, terdapat satu varian yang pertama kali muncul di Afrika Selatan dan lebih berbahaya daripada varian lain.

Varian yang dikenali dengan nama B.1.351 ini bukan sahaja mampu menjangkiti individu yang pernah mengalami COVID-19, ia juga lebih rintang terhadap beberapa jenis vaksin COVID-19 yang sedang dalam pembangunan.

Tanda COVID 19 varian B.1.351 lebih berbahaya?

Salah satu kerisauan utama pakar mengenai varian COVID-19 yang baharu ialah sama ada mutasinya boleh mempengaruhi rawatan yang sedia ada.

Varian yang dikenali dengan nama B.1.351 ini menunjukkan kerintangan terhadap vaksin Oxford-AstraZeneca. Malah, mereka yang telah divaksin masih boleh jatuh sakit dan mengalami simptom yang ringan.

Walau bagaimanapun, tidak ada bukti bahawa varian B.1.351 boleh menyebabkan jangkitan COVID-19 yang lebih serius.

Namun, ada kemungkinan untuk pesakit yang telah sembuh untuk mengalami jangkitan semula COVID-19 pada masa akan datang.

Saintis dari Afrika Selatan telahpun memberikan amaran mengenai varian ini. Menurut mereka, varian ini mempunyai kadar kebolehjangkitan sebanyak 50% lebih tinggi berbanding varian yang sedia ada.

Baca juga:

Kenali gejala dan tanda COVID 19 yang lazim

tanda covid 19
Simptom COVID-19.

Ini merupakan tahun kedua kita berhadapan dengan virus COVID-19. Walaupun simptom lazim penyakit ini diketahui ramai, namun masih ada yang keliru mengenai gejala sebenar dan tanda COVID-19.

Sebenarnya, ada banyak lagi simptom COVID-19 yang perlu anda ketahui. Kita mulakan dengan simptom COVID 19 yang paling lazim iaitu:

  1. Demam.
  2. Batuk kering.
  3. Rasa letih.

Selain itu, terdapat juga beberapa simptom lain yang lebih jarang berlaku seperti:

  1. Hilang deria bau dan rasa.
  2. Hidung tersumbat.
  3. Konjunktivitis (mata merah).
  4. Sakit tekak.
  5. Pening kepala.
  6. Sakit otot dan sendi.
  7. Loya dan muntah-muntah.
  8. Cirit-birit.
  9. Rasa sejuk atau pening kepala.

Tanda COVID 19 yang jarang berlaku pula ialah:

  1. Mudah rasa jengkel.
  2. Rasa keliru.
  3. Tidak sedarkan diri.
  4. Kegelisahan.
  5. Depresi.
  6. Masalah tidur.
  7. Masalah neurologi seperti strok, inflamasi pada kawasan otak, kuat meracau (delirium) dan kerosakan saraf.

Jika anda mengalami simptom seperti demam, sukar bernafas, sakit tekak atau sukar bercakap, pastikan anda mendapatkan rawatan secepat mungkin. Telefon 999 dan nyatakan kebimbangan anda mengenai virus COVID-19.

Kesimpulan

tanda covid 19

Pada waktu pandemik ini, pastikan semua orang boleh mendapatkan rawatan yang bersesuaian secepat mungkin.

COVID-19 merupakan penyakit yang serius dan boleh meragut nyawa. Dengan kadar kematian yang tinggi di negara kita, jangan sesekali pandang rendah mengenai kebolehjangkitan penyakit ini.

Jika kita tidak berhati-hati, mangsa seterusnya mungkin adalah ahli keluarga kita sendiri. Oleh sebab itu, patuhi SOP yang ditetapkan kerajaan dan jaga kebersihan diri untuk elak dijangkiti.

Amalkan pemakaian pelitup muka yang betul dan sentiasa basuh tangan ketika anda berada di luar rumah. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. AARP. 2021. Most Common Symptoms of the U.K. Coronavirus Variant. January 29. Accessed May 31, 2021. https://www.aarp.org/health/conditions-treatments/info-2021/coronavirus-variant-symptoms.html.
  2. CDC. 2021. SARS-CoV-2 Variant Classifications and Definitions. May 25. Accessed May 31, 2021. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/variants/variant-info.html.
  3. CDC. 2021. Variants of the Virus. May 20. Accessed May 31, 2021. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/variants/variant.html.
  4. Johns Hopkins Medicine. 2021. New Variants of Coronavirus: What You Should Know. February 22. Accessed May 31, 2021. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/coronavirus/a-new-strain-of-coronavirus-what-you-should-know.
  5. WHO. 2020. Coronavirus disease (COVID-19). October 12. Accessed May 31, 2021. https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019/question-and-answers-hub/q-a-detail/coronavirus-disease-covid-19.

Versi Terbaru

29/12/2023

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kes Meningkat, Kenali Beza Sakit Tekak Angkara COVID-19 Dengan Jangkitan Biasa!

Jika Alami Hidung Berair, Sesak Nafas & Kerap Bersin, Perlu Ke Buat Ujian COVID-19?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 29/12/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan