Selain itu, tubuh badan anak anda mungkin akan mengalami keletihan, berasa sejuk, atau demam.
Mereka juga berkemungkinan mendapat sakit kepala, sakit otot, loya atau mual pada tekak.
Kesan-kesan sampingan yang berlaku ini merupakan satu perkara yang normal.
Ini menunjukkan bahawa badan anak anda memberikan reaksi dalam membina ketahanan tubuh terhadap jangkitan COVID-19.
Sebagai ibu bapa atau penjaga, anda tidak perlu berasa risau kerana kesan sampingan ini akan mulai hilang dalam masa beberapa hari sahaja.
Anda boleh memberikan mereka ubat penahan sakit bagi mengurangkan kesan sampingan tersebut.
Apa yang perlu dilakukan sebelum membawa anak untuk Program PICK vaksinasi remaja?
Sebagai ibu bapa atau penjaga, anda pastilah mahukan yang terbaik untuk anak-anak anda ketika divaksin. Perlu difahami bahawa keadaan fizikal dan juga mental kanak-kanak mungkin tidak sekuat orang dewasa.
Oleh itu, bagi mengelakkan sebarang masalah atau isu ketika berada di pusat vaksinasi remaja, pastikan anda bersedia dengan perkara-perkara tersebut:
- Pastikan anak anda makan atau minum sedikit bagi memberikan mereka tenaga sebelum ke pusat vaksinasi remaja.
- Pastikan mereka mendapat rehat dan juga tidur yang mencukupi sebelum hari vaksinasi.
- Ajarkan anak anda untuk bertenang ketika hendak divaksin.
- Minta mereka berehat selepas pulang daripada pusat vaksinasi.
- Pantau sebarang kesan sampingan yang mungkin berlaku. Bawa ke hospital secepat mungkin jika kesan sampingan tersebut agak teruk.
Mengapa Program PICK Remaja sangat penting?

Semua individu tanpa mengira peringkat umur amat terdedah untuk dijangkiti dengan virus COVID-19 sekiranya tidak divaksin.
Melalui pengambilan suntikan vaksinasi remaja ini, ia boleh melindungi anak anda daripada dijangkiti COVID-19.
Selain itu, ia juga boleh mengurangkan risiko jangkitan virus ini kepada individu lain.
Bukan itu sahaja, sekiranya anak anda dijangkiti virus COVID-19 selepas divaksin, mereka tidak akan jatuh sakit dengan teruk dan hanya akan mendapat komplikasi yang ringan sahaja.
Oleh sebab itu, setiap individu yang disahkan sihat amat digalakkan untuk mengambil vaksin COVID-19.
Ia bukan sahaja melindungi diri sendiri, tetapi juga melindungi individu lain di sekeliling kita.
Jangan risau untuk memberikan keizinan kepada mereka bagi mendapatkan vaksin COVID-19 di bawah Program PICK Remaja.
[mc4wp_form id=”115319″]
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen