backup og meta

Nak Beli Nano Spray Untuk Hapuskan COVID-19? Anda Kena Tahu Perkara Ini Dulu!

Nak Beli Nano Spray Untuk Hapuskan COVID-19? Anda Kena Tahu Perkara Ini Dulu!

Terdapat trend terbaharu pada masa kini di mana ramai individu menggunakan penyembur sanitizer atau penyembur nano untuk membasmi virus COVID-19.

Muncul pelbagai iklan daripada para penjual yang menjual alat penyembur ini di laman media sosial dan juga platform membeli-belah online.

Persoalannya, adakah ia satu kaedah yang berkesan untuk menghapuskan virus COVID-19 seperti yang didakwa?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Penyembur sanitizer jadi pilihan ramai

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang lebih berminat untuk menggunakan penyembur sanitizer bagi tujuan sanitasi COVID-19.

Disebabkan peningkatan permintaan terhadap produk tersebut, maka harganya juga naik mendadak sehingga boleh dikatakan tidak masuk akal.

Tinjauan di beberapa laman sosial dan platform membeli-belah online mendapati, penyembur nano tersebut dijual pada harga sekitar RM50 hingga RM90.

Harga tersebut tidak termasuk dengan cecair pembasmi kuman yang perlu dibeli secara berasingan.

Disebabkan ia sudah menjadi trend, ramai yang mula mencari produk ini untuk digunakan di rumah atau dibawa bersama ketika keluar rumah. 

Adakah penyembur sanitizer ini benar-benar berkesan hapuskan COVID-19?

penyembur sanitizer

Pada awal tahun ini, sebuah syarikat berminat untuk mengedarkan 500,000 Antimicrobial Nano-Silver Sanitizer Spray untuk kegunaan hospital dan klinik di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Oleh itu, Ketua Pengarah Kesihatan telah meminta Malaysian Health Technology Assessment Section (MaHTAS) untuk menjalankan kajian lanjut berkenaan keberkesanan penggunaan penyembur nano tersebut.

Hasil kajian MaHTAS mendapati, produk penyembur sanitizer ini tidak mempunyai bukti kukuh berkenaan keberkesanan dan keselamatannya dalam membasmi virus atau bakteria, walaupun terkandung bahan aktif di dalamnya.

Masih terdapat kekurangan bukti kajian yang boleh menyokong keberkesanan ion perak nano (nano silver ion) yang merupakan bahan aktif dalam penyembur nano.

Oleh itu, penyembur sanitizer ini tidak disarankan untuk digunakan dalam kawasan klinikal seperti hospital dan juga klinik. 

Mengapa penyembur nano ini tidak berkesan hapuskan COVID-19?

Berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh pihak MaHTAS, tidak terdapat bukti kukuh bahawa penggunaan penyembur sanitizer ini boleh menghapuskan penyebaran virus COVID-19.

Ini kerana, kajian mengenai keberkesanan, keselamatan dan penjimatan kos alat ini masih amat sedikit.

Walaupun penyembur nano ini mempunyai bahan aktif ion perak nano di dalamnya, tidak terdapat bukti kukuh yang menunjukkan keberkesanannya dalam menghapuskan virus dan juga bakteria.

Tambahan pula, jika anda membeli alat ini, anda mungkin cenderung untuk membancuh cecair pembasmi dengan nisbah yang tidak tepat.

Mungkin ramai yang ingin membancuhnya dengan cara masing-masing bagi menjimatkan penggunaan cecair pembasmi tersebut. Ini akan menjadikan ia sangat tidak berkesan seperti yang anda sangkakan.

Baca juga:

Penyembur nano bukanlah alat yang disarankan

penyembur sanitizer

Dalam strategi mengekang penularan wabak COVID-19 ini, penggunaan penyembur sanitizer bukanlah satu kaedah utama.

Malah ia juga bukanlah satu cara yang boleh dipertimbangkan untuk kegunaan jangka masa panjang.

Sekali lagi ditegaskan, tidak terdapat bukti kajian yang menyatakan bahawa ia berkesan dalam mengekang jangkitan virus COVID-19.

Malah, ia juga bukanlah satu pilihan yang ideal disebabkan harganya yang boleh dikatakan agak mahal berbanding hand sanitizer atau sabun tangan.

Cara yang masih ampuh untuk melawan penyebaran virus COVID-19 adalah dengan mengamalkan tabiat mencuci tangan menggunakan air bersih dan juga sabun.

Selain itu, kita juga disarankan untuk menggunakan hand sanitizer dengan kepekatan kandungan alkohol 65% dan ke atas.

Dalam masa yang sama, kita mestilah mematuhi SOP seperti berikut:

  • Memakai topeng hidung atau mask setiap kali keluar rumah. Disarankan untuk memakai dua lapisan mask iaitu mask pakai buang diikuti dengan mask fabrik
  • Sentiasa jaga jarak anda. Pastikan jarak anda dengan individu lain ketika di luar rumah sekurang-kurangnya 1 meter
  • Elakkan diri daripada mendekati mereka yang mempunyai simptom atau sedang sakit
  • Jauhkan diri daripada menghadiri kawasan yang menjadi tumpuan ramai
  • Sentiasa mematuhi segala SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa setiap masa

Kesimpulan 

Pembelian penyembur nano di kala pandemik ini bukanlah satu tindakan yang bijak.

Pertama sekali, ia ternyata tidak berkesan berbanding penggunaan sabun dan hand sanitizer.

Kedua, harganya juga jauh lebih mahal daripada harga sabun pencuci tangan dan hand sanitizer.

Mahukah anda membeli sesuatu yang tidak berkesan dengan harga yang jauh lebih mahal?

Anda akan mendapat nilai yang jauh lebih tinggi dan lebih baik jika menggunakan sabun atau hand sanitizer. Jadilah pengguna yang bijak!

#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Antimicrobial Nano-Silver Sanitizer Spray. https://covid-19.moh.gov.my/kajian-dan-penyelidikan/mahtas-covid-19-rapid-evidence-updates/04_Antimicrobial_Nano-Silver_Sanitizer_Spray.pdf. Accessed on September 7, 2021.

Can I use fogging, fumigation, or electrostatic spraying or drones to help control COVID-19?. https://www.epa.gov/coronavirus/can-i-use-fogging-fumigation-or-electrostatic-spraying-or-drones-help-control-covid-19. Accessed on September 7, 2021.

Can I use common household substances to kill the novel coronavirus?. https://www.epa.gov/coronavirus/can-i-use-common-household-substances-kill-novel-coronavirus. Accessed on September 7, 2021.

Sprayers Safety Precautions. https://www.cdc.gov/coronavirus/2019-ncov/php/eh-practitioners/sprayers.html. Accessed on September 7, 2021.

Coronavirus disease (COVID-19): Cleaning and disinfecting surfaces in non-health care settings. https://www.who.int/news-room/q-a-detail/coronavirus-disease-covid-19-cleaning-and-disinfecting-surfaces-in-non-health-care-settings. Accessed on September 7, 2021.

Versi Terbaru

22/04/2022

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Hati-Hati Ada Kes Anak Termakan Hand Sanitizer, Jangan Biar Anak Bermain Botol Pembasmi Kuman!

Hand Sanitizer Sudah Jadi Kewajipan Di Musim COVID, Tahukah Anda Ia Ada 7 Fungsi Lain?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 22/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan