Setelah sekian lama bekerja dari rumah (WFH), kini anda perlu kembali ke pejabat? Jom ketahui apa perkara penting yang perlu dilakukan untuk kembali bekerja setelah COVID.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Kembali bekerja setelah COVID: Senarai semak
Masuk ke pejabat kembali semasa pandemik COVID-19 tidaklah semudah seperti pembukaan pejabat dalam situasi biasa.
Wabak COVID-19 telah menciptakan beberapa cabaran baharu dan antaranya apabila ingin kembali bekerja seperti biasa.
Umumnya, terdapat beberapa garis panduan dan amalan baharu yang harus diikuti untuk memastikan ruang pejabat selamat buat semua individu.
Berikut 5 perkara utama yang boleh dijadikan panduan bagi menjadikan tempat kerja lebih selamat:
1. Mengenal pasti bahagian berisiko apabila perlu kembali bekerja setelah COVID
Perkara pertama yang perlu dititikberatkan adalah untuk mengenal pasti kawasan dan bahagian yang berisiko berlaku pendedahan dan jangkitan COVID-19.
Antara langkah keselamatan paling biasa yang disarankan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) adalah untuk memastikan pemakaian penutup muka, melakukan penjarakan fizikal serta mempertingkatkan prosedur pembersihan dan pembasmian kuman di tempat kerja.
Panduan CDC juga mengesyorkan untuk mempertingkatkan pengudaraan dan penapisan udara serta menyediakan peralatan perlindungan diri berdasarkan pendedahan risiko pekerja.
CDC turut mencadangkan untuk mengurangkan titik sentuhan dengan memasang lampu yang boleh beroperasi dengan sensor dan memasang pintu yang tidak perlu disentuh tangan.
2. Periksa ruang kerja
Anda juga disarankan untuk menilai ruang kemudahan di dalam pejabat bagi memastikan setiap individu yang akan masuk bekerja selamat daripada wabak COVID-19.
Hadkan kapasiti individu pada ruangan stesen kerja dan juga kawasan umum.
Antara strategi yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan penyusunan semula tempat duduk dan perabot di tempat umum seperti di pantri, bilik mesyuarat, mahupun bilik persalinan dengan cara yang membolehkan penjarakan fizikal berlaku.
Aliran bagi penggunaan tangga boleh diselaraskan dengan menetapkan ruang tangga untuk naik dan turun serta memisahkan pintu sebagai pintu masuk dan keluar.
Untuk mengelakkan melebihi kapasiti yang dibenarkan di dalam pejabat, gunakan jadual penggiliran bagi membolehkan pekerja bergilir-gilir bekerja di pejabat atau dari rumah, sekiranya boleh.
4. Pertingkatkan komunikasi
Komunikasi sangat penting dalam sesebuah institusi pekerjaan. Jika dahulu semasa WFH, segala perbincangan dilakukan secara virtual, bagaimana pula setelah kembali ke pejabat?
Sebaiknya perjumpaan dan perbincangan secara virtual diteruskan walaupun berada dalam pejabat yang sama. Ini membolehkan pendedahan kepada wabak dikawal sebaiknya.
5. Pergi dan balik kerja
Anda harus mengikuti nasihat kesihatan awam dan mematuhi garis panduan penjarakan fizikal jika menggunakan kenderaan persendirian apabila kembali bekerja setelah COVID.
Sekiranya berkongsi kenderaan dengan rakan sekerja, pemakaian penutup muka amat digalakkan.
Manakala, bagi penggunaan pengangkutan awam, sentiasa patuhi garis panduan penjarakan fizikal dan memakai penutup muka.
Baca juga: