Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.
Bukan semua individu positif jangkitan COVID-19 memerlukan rawatan hospital. Namun, jika anda ada mengalami tanda-tanda amaran tertentu, ini bermakna anda perlu segera ke hospital.
Jom kenal pasti apakah tanda amaran tersebut!
Berikut merupakan bilangan semasa kes positif COVID-19 di Malaysia:
Dalam satu perkongsian dibuat menerusi di laman Facebook Public Health Malaysia (PHM) menyatakan, hanya kes-kes tertentu berkaitan jangkitan COVID-19 yang akan dirawat di hospital.
Kes-kes tersebut melibatkan:
Manakala kes-kes jangkitan tahap 1 dan 2, hanya dirawat di rumah dengan pemantauan Covid Assesment Centre (CAC).
Pun begitu bagi pesakit yang menerima rawatan rumah, anda perlu mengenal pasti tanda-tanda amaran tertentu yang menunjukkan keperluan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Pastinya ada di antara kita yang masih lagi keliru mengenai tanda-tanda jangkitan COVID-19 sama ada diklasifikasikan sebagai ringan, sederhana mahupun teruk, kan?
Menerusi perkongsian ini, Hello Doktor akan membantu anda untuk memahaminya.
Kes jangkitan COVID-19 ini secara umumnya boleh dikategorikan kepada 5 kumpulan:
Sebilangan individu yang mengalami jangkitan wabak ini tidak mempunyai simptom atau asymtomatic.
Ini bermakna mereka tidak mempunyai gejala COVID-19 yang diketahui atau simptom berkaitan, seperti bersin.
Individu tanpa simptom ini mungkin menyebarkan virus kepada pihak lain tanpa sedar.
Mereka yang mempunyai keputusan ujian saringan COVID positif tetapi tidak simptomatik masih perlu melakukan penjarakan sosial.
Bahkan, individu yang melakukan kontak rapat dengan mereka yang diuji positif, sama ada menunjukkan gejala atau tidak, juga perlu mengikuti peraturan ini.
Ini kerana masih wujud risiko untuk mereka turut dijangkiti COVID tanpa menyedarinya.
Baca juga:
Adakah Saya Dijangkiti COVID-19? Kenali Simptom Awal Jika Terkena Virus Korona
Alami Kesan Alergi Teruk Selepas Suntikan Vaksin COVID-19? Ini Yang Anda Perlu Tahu
Pesakit dengan jangkitan ringan akan mempunyai gejala seperti selesema. Ini mungkin termasuk batuk kering dan demam ringan. Tetapi biasanya keadaan demam yang dialami tidak mencapai suhu 37.8°C.
Adakalanya ia mungkin disertai dengan batuk.
Tanda lain yang turut akan dialami seperti:
Biasanya simptom ini akan berlarutan untuk tempoh 7 hingga 10 hari.
Sekiranya gejala bertambah buruk berbanding apa yang dikategorikan di bawah keadaan ringan, bermakna anda berada dalam kategori jangkitan COVID-19 sederhana.
Pun begitu, anda masih tidak memerlukan rawatan hospital.
Dengan keadaan jangkitan sederhana:
Gejala jangkitan COVID-19 sederhana ini adalah keadaan biasa. Ia akan berlangsung sekitar 7 hingga 14 hari.
Artikel berkaitan:
Adakah Saya Dijangkiti COVID-19? Kenali Simptom Awal Jika Terkena Virus Korona
Gejala di bawah kategori ini berisiko terjadi bagi individu lebih berusia atau mempunyai masalah kesihatan.
Pun begitu, individu sihat juga masih berisiko untuk mengalaminya, walaupun jarang berlaku.
Dalam jangkitan COVID-19 yang teruk, individu akan:
Sebagai tambahan kepada gejala teruk kesan jangkitan COVID-19 yang dinyatakan di atas, individu di dalam kategori mengancam nyawa ini cenderung mengalami:
Dalam kes-kes kritikal COVID-19 yang memerlukan rawatan hospital ini juga boleh menyebabkan:
Apabila seseorang individu yang mendapat jangkitan COVID-19 mengalami sepsis atau kegagalan fungsi organ, ia dianggap sebagai keadaan yang sangat berbahaya untuk tubuh.
Walaupun kemungkinan situasi tersebut untuk berlaku kepada individu sihat adalah sangat rendah, namun masih ada risiko untuk ia terjadi.
[mc4wp_form id=”115319″]
#HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronaVirus
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen