backup og meta

AWAS Wanita Penghidap Asma Berisiko Alami Komplikasi Teruk COVID-19! Ambil Langkah Ini

AWAS Wanita Penghidap Asma Berisiko Alami Komplikasi Teruk COVID-19! Ambil Langkah Ini

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Asma bronkial adalah penyakit kronik yang lazim didiagnosis di Malaysia. Apabila dunia kecoh dengan jangkitan virus korona baharu, penghidap asma, mula berasa risau.

Mana tidaknya, kedua-dua masalah tersebut menyebabkan simptom pernafasan yang boleh mengancam nyawa.

Jika tidak diuruskan dengan baik, penyakit asma tidak terkawal boleh meningkatkan risiko komplikasi jika penghidap dijangkiti virus pandemik kelak.

Artikel ini akan membincangkan masalah asma dalam konteks norma baharu akibat wabak pandemik yang melanda.

Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

[covid_19]

Kesan wabak pandemik virus korona terhadap penghidap asma

asma

Asma berlaku akibat proses keradangan pada saluran pernafasan manusia. Mereka yang mengalaminya boleh menunjukkan gejala seperti:

  1. Sakit dada
  2. Nafas berbunyi
  3. Sesak nafas
  4. Batuk

Tahap keterukan asma berbeza mengikut perubahan patologi yang berlaku pada sistem pernafasan selepas seseorang itu terdedah kepada faktor pencetus.

Rawatan yang dipreskripsikan kepada pesakit serta pantauan berkala sangat penting bagi memastikan keadaan terkawal buat pesakit yang menghidap masalah asma.

Apabila COVID-19 menghuru-harakan dunia, interaksi sosial terkesan akibat penjarakan sosial.

Setiap individu juga diarahkan untuk tidak ke hospital melainkan mereka mengalami simptom teruk akibat jangkitan wabak pandemik tersebut.

Ini menimbulkan dilema dalam kalangan pesakit asma memandangkan mereka perlu menghadiri janji temu secara berkala.

Tanpanya, tahap kawalan asma boleh terjejas berikutan doktor tidak dapat membuat pelan tindakan yang sepatutnya jika proses penyakit mereka menjadi bertambah teruk.

Penggunaan topeng muka sepanjang wabak pandemik juga boleh memberikan ketidakselesaan kepada penghidap asma.

Lembapan dan limitasi udara yang disedut masuk boleh menjadi pencetus kepada berlakunya serangan asma.

Begitu juga dengan penggunaan sanitizer terutamanya yang mempunyai bau wangi. Segelintir individu sensitif terhadap bahan yang digunakan untuk menghasilkan sanitizer tersebut.

Ia boleh meningkatkan kebarangkalian asma.

Artikel berkaitan: 

Persekitaran rumah boleh menjejaskan tahap kesihatan pesakit asma

Kerja dari rumah merupakan norma baharu yang diamalkan oleh kebanyakan syarikat di Malaysia bagi meneruskan operasi mereka tanpa perlu mendedahkan pekerja terhadap bahaya COVID-19.

Walau bagaimanapun, apabila sudah lama berkurung di dalam rumah, setiap individu cenderung untuk resah dan mengalami stres.

Perkara ini tidak begitu bagus untuk pesakit asma memandangkan ia boleh mengelirukan simptom.

Mereka yang mengalami tekanan emosi mudah untuk mendapat serangan asma.

Ditambah lagi dengan keadaan rumah yang mungkin tidak kondusif buat penghidap pesakit kronik tersebut, ia boleh meningkatkan kebarangkalian untuk mendapat serangan secara kerap.

Kawalan terhadap proses penyakit asma melalui penggunaan ubat penyedut dan sebagainya penting buat penghidap.

Ia berikutan mereka yang mempunyai kawalan baik tidak berisiko untuk mengalami komplikasi teruk akibat jangkitan COVID-19.

Anda mungkin berminat:

Wanita yang menghidap asma bronkial lebih berisiko mengalami komplikasi masalah pernafasan berbanding lelaki

virus korona

Walaupun terdapat kajian yang menunjukkan lelaki lebih cenderung untuk mengalami komplikasi teruk akibat COVID-19, keadaan berbeza jika mereka menghidap masalah asma.

Menurut kajian yang telah diterbitkan di laman jurnal The Lancet pada tahun 2021, beberapa mekanisme telah dikenal pasti boleh meningkatkan risiko kemasukan ke hospital akibat COVID-19 oleh wanita yang menghidap asma.

Antaranya adalah:

  1. Wanita mempunyai prevalens, kadar kemasukan ke hospital, kos kesihatan, kadar mortaliti dan mengalami tahap keterukan asma yang jauh lebih tinggi berbanding lelaki.
  2. Struktur saluran pernafasan wanita yang mempunyai kaliber yang lebih rendah dan kecenderungan untuk mengalami tindak balas hiper pada saluran bronkial boleh meningkatkan risiko komplikasi teruk COVID-19.
  3. Pendedahan terhadap hormon estrogen boleh meningkatkan lagi tahap keterukan asma dalam kalangan wanita.
  4. Terdapat perbezaan prevalens bagi jenis asma yang didiagnosis dalam kalangan wanita berbanding lelaki. Wanita lebih berisiko mengalami masalah asma bukan atopik (tidak sensitif kepada alergen atas faktor genetik) terutamanya bagi mereka yang berusia 35 tahun ke atas.

Oleh itu sangat penting bagi setiap wanita untuk memahami akan kepentingan mematuhi rejimen rawatan yang telah dipreskripsikan oleh doktor.

Bagi mereka yang perlu menghadiri janji temu di hospital sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), hubungi hospital berkenaan untuk mengetahui protokol terkini berkenaan dengan rawatan susulan.

Konklusi

Perbincangan berkenaan dengan topik asma bronkial dalam norma baharu telah dibentangkan dalam sesi bengkel pengenalan oleh pakar dari pelbagai hospital.

Bengkel tersebut telah ditaja oleh Novartis dan ia bertujuan untuk memperkenalkan konsep pengendalian baharu bagi penyakit bukan berjangkit sepanjang wabak pandemik sedang berlangsung.

Jika anda telah didiagnosis dengan masalah asma, pastikan anda menuruti setiap arahan yang telah diberikan oleh doktor yang merawat.

Jika kawalan terhadap asma anda baik, anda mempunyai risiko yang rendah untuk terancam akibat jangkitan virus korona baharu.

[mc4wp_form id=’115319″]

#HelloHealthGroup #HelloDoktor #HelloHealthCoronaVirus

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Asthma. (https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/asthma/symptoms-causes/syc-20369653). Diakses pada 11 Februari 2021.
  2. Are women with asthma at increased risk for severe COVID-19? (https://www.thelancet.com/journals/lanres/article/PIIS2213-2600(21)00007-2/fulltext). Diakses pada 11 Februari 2021.
  3. Syarahan oleh Dr Helmy Haja Mydin, Konsultan Pakar Pulmonologi, Hospital Pantai Kuala Lumpur pada 21 Januari 2021.

Versi Terbaru

11/06/2021

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Ada Orang Boleh Alergi Pada Cuaca? Ini Simptomnya!

Ada Banyak Punca Penyakit Asma, Salah Satunya Seks?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Disemak pada 11/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan