Denggi: 107 Kes Baru Dengan Peningkatan 300% di Kelantan

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Terkini, Kelantan mencatatkan 107 kes demam denggi sepanjang minggu ke-9 tahun ini menjadikan jumlah keseluruhan 805 kes dengan dua kematian sepanjang dua bulan pertama 2019.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Zaini Hussin berkata, jumlah itu meningkat dengan 618 kes atau 330.5 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Katanya, sepanjang minggu ke 9 hingga 2 Mac, sebanyak 59 lokaliti wabak denggi dilaporkan berbanding tujuh lokaliti wabak denggi pada tempoh sama tahun sebelumnya dengan 22 daripadanya masih aktif ,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, Kelantan turut mencatatkan dua kes terbaru chikungunya sepanjang minggu ke 9 iaitu masing-masing satu di Lorong Masjid Lundang, Kubang Krian dan Jalan Embi di Kota Bharu menjadikan 20 kes demam chikungunya sepanjang tempoh dua bulan ini berbanding 33 kes untuk tempoh sama tahun lepas.

Dr Zaini berkata pihaknya telah melakukan pemeriksaan di 76,021 premis dengan 2,988 premis mempunyai pembiakan jentik-jentik.

“Pihak jabatan telah mengeluarkan 465 kompaun yang dicadangkan dengan nilai RM232,500 di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan 182 Notis Seksyen 8 dikeluarkan bagi arahan kerja pembersihan dan pemusnahan tempat berpotensi menjadi pembiakan aedes, katanya.

Berikut adalah laporan terkini kes demam denggi daripada laman web idengue.

denggi
Sumber ihsan idengue

Kaedah Alternatif Menghalau Nyamuk

Menurut laman idengue, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan masyarakat dan Pihak Berkuasa Tempatan menggunakan kaedah lain untuk mencegah berlakunya jangkitan demam denggi dan zika, iaitu sebagai langkah tambahan kepada aktiviti kawalan sedia ada.

Antaranya adalah penggunaan beberapa tumbuhan yang berfungsi sebagai penghalau nyamuk yang boleh di tanam berhampiran kawasa perumahan. Terdapat beberapa kajian seperti Zaridah et. al (2005) di Kepong, Ferreira et.al (2011) di London, Pattanayak et. al (2015) dan Satpute et.al (2015) di India yang mendapati bahawa tumbuhan ini bukan sahaja boleh menghalau nyamuk malah berkemampuan untuk menghalau serangga-serangga lain.

Antara tumbuhan yang boleh ditanam dan berfungsi sebagai pokokpenghalau nyamuk adalah seperti berikut:

denggi

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    3 Penyakit Berjangkit Utama di Malaysia

    Penyakit dan beban kesihatan utama di dunia pada hari ini sudah beralih dari penyakit berjangkit kepada penyakit tidak berjangkit (NCDs) seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung, dan strok ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Amy
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan 21/12/2018 . 2 minit bacaan

    Qinghaosu: Siapa Pernah Sangka Herba Cina Ini Boleh Jadi Ubat Antimalaria?

    Dahulunya, qinghaosu hanya dikenali sebagai herba sahaja. Namun, keberkesanannya mampu mengangkat ia sebagai ubat demam malaria!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Helma Hassan
    Ubat/Herba A-Z, Herba A-Z 13/08/2018 . 3 minit bacaan

    Sakit Sendi Selepas Rawatan Chikungunya

    Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Bagi yang pernah menghidapinya, pernahkah anda mengalami sakit sendi selepas anda sembuh?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Cikungunya: Apakah yang Anda Tahu?

    Chikungunya bukan satu penyakit baru di Malaysia. Penyakit yang kelihatan seperti demam denggi ini adalah endemik (selalu berlaku) di negara ini. Apakah punca Chikungunya? Seperti denggi, ia adalah sejenis ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

    Artikel lain untuk anda

    demam denggi

    Gelombang Ke-2 Kembali Lepas 5 Tahun? Ini 6 Tip Cegah Demam Denggi, Elak Berulang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 11/06/2020 . 3 minit bacaan
    ketam

    Sup Ketam dan Demam Denggi: Adakah Ianya Membantu?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 09/07/2019 . 8 minit bacaan
    chikungunya

    Wabak Chikungunya Kian Tular di Bahagian Utara Negara

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 27/06/2019 . 4 minit bacaan
    demam denggi

    Denggi: 5 Soalan Lazim Mengenainya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Diterbitkan pada 23/04/2019 . 3 minit bacaan