Keselamatan Makanan Dunia: Keutamaan Sektor Kesihatan Awam

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/09/2020 . 4 minit bacaan
Share now

Bekalan makanan selamat dapat menyokong ekonomi negara, perdagangan dan pelancongan, menyumbang kepada pembangunan mampan.

Urbanisasi dan perubahan dalam trend pengguna termasuk kekerapan melancong dengan peningkatan orang ramai berbelanja untuk makan dan minum di tempat makan awam. Globalisasi telah mencetuskan permintaan pengguna untuk pilihan makanan yang lebih pelbagai, mengakibatkan peningkatan rantai bekalan makanan global yang lebih rumit dan panjang.

Populasi dunia semakin bertambah, pemodenan dan industrialisasi sektor agrikultur menerima permintaan tinggi untuk bekalan makanan, sekaligus mencipta lebih banyak peluang dan cabaran bagi keselamatan makanan. Perubahan iklim juga diramal memberi impak terhadap keselamatan makanan, di mana perubahan suhu boleh mengubah risiko berkaitan pengeluaran makanan, penyimpanan dan pengedaran.

Cabaran-cabaran ini memberikan lebih banyak tanggungjawab kepada pengeluar dan penyedia makanan untuk memastikan produk mereka terpelihara dan selamat. Insiden keracunan makanan yang berlaku dalam negara boleh merebak dengan sekelip mata menjadi krisis kecemasan/darurat antarabangsa disebabkan kepantasan dan kepelbagaian produk yang diedar. Penularan penyakit bawaan makanan berlaku di serata dunia sepanjang beberapa dekad yang lepas, di mana penularannya disebabkan oleh proses perdagangan global.

Mengambil contoh, pencemaran susu formula bayi dengan bahan kimia melamin yang berlaku pada tahun 2008 (memberi kesan terhadap 300 ribu bayi dan kanak-kanak, di mana 6 kematian dicatatkan di negara China), dan pada tahun 2011, penularan bakteria E.coli di Jerman yang melibatkan sayur-sayuran tercemar di mana banyak kes dilaporkan berlaku di 8 negara Eropah dan Amerika Utara. Ini mengakibatkan 53 maut dan ekonomi terjejas.

Satu keutamaan sektor kesihatan awam

kesihatan awam

Makanan yang tercemar merupakan satu ancaman kepada sektor kesihatan global dan mengancam berjuta nyawa di seluruh dunia terutamnya kepada bayi dan kanak-kanak, wanita hamil, warga emas dan mereka dengan keadaan kesihatan yang berisiko mendapat penyakit akibat keracunan makanan. Setiap tahun, 220 juta kanak-kanak mengalami cirit-birit dan daripada jumlah itu, seramai 96 ribu maut. Ini adalah satu angka yang sangat membimbangkan.

Makanan yang tercemar mengakibatkan satu kitaran penyakit dan malnutrisi yang teruk, meletakkan nilai pemakanan berada dalam keadaan yang membimbangkan. Apabila bekalan makanan tidak terpelihara, orang ramai lebih mengamalkan diet tidak seimbang dan mengmbil lebih banyak makanan yang ‘tidak selamat’ — di mana mereka terdedah kepada risiko bahan kimia, mikrobiologikal dan bahan merbahaya lain yang boleh menjejaskan kesihatan.

Tidak semua pengendali makanan dan pengguna memahami peranan mereka dalam amalan kebersihan asas ketika membeli, menjual dan menyedia makanan. Kesedaran mereka mengenai amalan kebersihan dapat memastikan kesihatan mereka terpelihara dan menyumbang kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Orang ramai boleh menyumbang ke arah keselamatan makanan dengan beberapa cadangan efektif berikut:

Peranan yang boleh dimainkan oleh pembuat dasar:

kesihatan awam

  • membina dan menyenggara kemudahan sistem makanan yang secukupnya (contohnya; makmal kajian) untuk memberi maklum balas dan mengurus risiko keselamatan makanan di sepanjang rantaian termasuk ketika kecemasan/darurat
  • menggalakkan kolaborasi di antara sektor kesihatan awam, jabatan veterinar, jabatan agrikultur dan sektor-sektor lain agar saling berkomunikasi dan melakukan tindakan bersama di bawah sinergi memperkukuhkan keselamatan makanan untuk masyarakat
  • mengintegrasi keselamatan makanan ke dalam polisi dan program awam (contohnya: program kesedaran tahap kesihatan makanan dan nilai nutirisi)
  • menggunapakai pemikiran global dan aplikasinya di peringkat tempatan bagi memastikan keselamatan makanan domestik terjamin

Pengendali makanan dan pengguna boleh:

  • mengetahui dan memahami makanan yang diambil (baca label pada pembungkus makanan, membuat pilihan bermaklumat, dan mengetahui mengenai elemen dan keadaan yang merbahaya kepada makanan)
  • mengendali dan menyedia makanan dengan menjamin kebersihan, menggunapakai panduan 5 Amalan Utama Untuk Makanan Lebih Selamat dan Bersih yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO Five Keys to Safer Food) ketika di rumah mahupun ketika menjaja makanan di tempat makan awam.
  • Bagi petani dan peladang, anda boleh menggunapakai 5 Amalan Utama bagi Penanaman Buah-buahan dan Sayuran Lebih Selamat yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO Five Keys to Growing Safer Fruits and Vegetables) bagi mengurangkan risiko pencemaran mikrob.

Di peringkat antarabangsa, Pertubuhan Kesihatan Dunia memainkan peranan yang begitu besar dalam memberi khidmat nasihat kepada PBB dan masyarakat global dalam menyantuni program pencegahan, mengenalpasti risiko dan memberi maklum balas mengenai ancaman-ancaman berkaitan keselamatan makanan. Memastikan keyakinan pengguna terhadap pihak berwajib, dan keyakinan mereka mengenai rantaian bekalan makanan merupakan antara matlamat yang dicapai oleh agensi dunia tersebut.

Bagi mencapai matlamat tersebut, Pertubuhan Kesihatan Dunia menerusi negara-negara anggotanya membina keupayaan untuk mencegah, mengenalpasti dan mengurus risiko penyakit bawaan makanan dengan:

  • menyediakan penilaian bebas saintifik mengenai mikrobiologikal dan bahan kimia merbahaya yang mengikut piawaian antarabangsa mengenai makanan, panduan dan runding cara yang dikenali sebagai ‘Codex Alimentarius’, memastikan keselamatan makanan terjamin walau dari mana ia dikeluarkan atau dihasilkan
  • menilai teknologi baru yang digunakan dalam pengeluaran makanan seperti modifikasi genetik dan teknologi nano
  • kerjasama bagi meningkatkan tahap sistem makanan di peringkat tempatan dan menyedia rangka kerja serta penggunaan kemudahan sewajarnya bagi mengurus faktor risiko berkaitan makanan. Jaringan Antarabangsa Pihak Berkuasa mengenai Keselamatan Maknan (INFOSAN) ditubuhkan oleh Pertubuhan Keselamatan Dunia dan Pertubuhan Makanan dan Agrikultur Dunia (FAO) bagi mempercepatkan perkongsian informasi ketika keadaan kecemasan/ darurat berkaitan keselamatan makanan
  • mempromosi pengendalian makanan lebih selamat menerusi program kesedaran dan pencegahan penyakit lebih bersistematik dengan mesej dan bahan latihan berdasarkan 5 Amalan Utama Untuk Makanan Lebih Selamat dan Bersih (WHO Five Keys to Safer Food)
  • advokasi untuk keselamatan makanan sebagai satu komponen penting jaminan kesihatan dan integrasi keselamatan makanan ke dalam polisi dan program nasional yang selaras dengan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005)

Pertubuhan Kesihatan Dunia bekerjasama rapat dengan Pertubuhan Makanan dan Agrikultur Dunia dan Pertubuhan Kesihatan Haiwan / Veterinar Dunia serta agensi dunia lain menjamin keselamatan makanan di setiap proses daripada pengeluaran sehingga menjadi makanan di atas meja pengguna.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Keselamatan Makanan Untuk Kesejahteraan Jangka Panjang Penduduk Dunia

Faktor bakteria, virus, parasit, toksin atau bahan kimia berbahaya telah menyebabkan lebih daripada 600 juta manusia jatuh sakit di seluruh dunia

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 13/02/2019 . 6 minit bacaan

Ledakan Teknologi Data dan Manfaatnya Kepada Sektor Kesihatan Awam

Masa depan bagi sektor kesihatan awam sememangnya menjadi satu agenda penting bagi dunia. Dengan kawalan harga terhadap ubat-ubatan, perubahan dalam organisasi korporat bagi sektor swasta kesihatan di mana berlakunya ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
Berita, Berita Antarabangsa 23/01/2019 . 5 minit bacaan

Penglibatan Kumpulan Pelarian dan Imigran dalam Agenda Kesihatan Awam

Setiap hari, Khaleda Begum berjalan kaki ke sebuah telaga bagi mendapatkan air bersih bagi keperluan memasak, sumber minuman serta tujuan mencuci pakaian di kem pelarian Kutupalong, Bangladesh. Dengan hanya beberapa ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Tips Kesihatan 22/01/2019 . 5 minit bacaan

Masa Depan Keselamatan Makanan Dunia (Food Security)

Masa depan keselamatan makanan (food security): Transformasi ilmu kepada tindakan bersama masyarakat, ekonomi dan alam sekitar. Dengan hampir 600 juta kes penyakit bawaan makanan, makanan yang tidak selamat merupakan ...

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Shahrul Izwan Naser
Berita, Berita Antarabangsa 14/01/2019 . 4 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

kesihatan awam

Dunia Berdepan Dengan 4 Isu Kesihatan Awam Tahun 2020, Bukan Cuma COVID-19!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
kesan banjir

Macam Mana Nak Pastikan Kebersihan dan Keselamatan Makanan Ketika Banjir Melanda?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 22/10/2019 . 2 minit bacaan
kesihatan awam

Kesihatan Awam: Kurangnya Akses Terhadap Antibiotik

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 12/04/2019 . 3 minit bacaan
sisa kimia

Pencemaran Sisa Kimia Berbahaya di Pasir Gudang: Langkah Pencegahan Adalah Prioriti

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 15/03/2019 . 5 minit bacaan