Kes ‘Measles’ Pertama Di Costa Rica Selepas 5 Tahun Akibat Pelancong Yang Tidak Mengambil Vaksin

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 2 minit bacaan
Share now

Costa Rica merupakan antara negara yang memiliki sistem kesihatan terbaik di Amerika Tengah dan hasil daripada program imunisasi mereka yang menyeluruh, Costa Rica telah diisytiharkan sebagai negara bebas penyakit campak (Measles) selama 5 tahun sejak 2014.

Kenapa 5 tahun sahaja? Kerana pada 18 Februari yang lepas, seorang budak lelaki warga Perancis yang datang ke negara tersebut telah didapati menghidap campak (Measles). Setelah dibawa ke hospital, didapati bahawa kanak-kanak lelaki itu dan juga ibunya tidak pernah mendapatkan suntikan vaksin untuk campak. Laporan yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Costa Rica dua hari kemudiannya telah mengesahkan kejadian ini dan telah mengambil langkah untuk mengkuarantin kanak-kanak lelaki tersebut di Hospital Monseñor Sanabria, Puntarenas, dan juga sedang bertindak untuk mengenalpasti individu-individu yang pernah bertembung dengan keluarga tersebut, termasuk mereka yang berada dalam penerbangan pesawat France Air yang sama.

Kes Campak terakhir di Costa Rica pada tahun 2014 juga merupakan kes import kerana kes asal daripada Costa Rica sendiri telah tidak wujud semenjak tahun 2006 kerana program imunisasi mereka dan juga penerimaan yang baik daripada rakyat mereka.

Campak (Measles) adalah penyakit yang sangat mudah untuk berjangkit bawaan virus dari keluarga paramyxovirus yang disebarkan melalui cecair dalam udara lepasan batuk dan bersin. Simptom yang biasanya berlaku dalam campak adalah:

  • Demam
  • Batuk
  • Mata merah
  • Ruam kulit yang khusus

Penyakit berbahaya ini adalah salah satu penyakit yang sangat boleh dicegah melalui pengambilan Vaksin serendah dua dos sahaja seperti vaksin tiga serangkai di Malaysia, MMR.

Menurut pengumuman Kementerian Kesihatan Costa Rica, “Negara kita telah menikmati liputan imunisasi yang menyeluruh dan baik namun amat penting untuk ibu bapa dan penjaga memastikan bahawa anak-anak mereka mendapat imunisasi yang lengkap dalam usaha untuk mengelakkan penyakit berjangkit berbahaya dan komplikasi yang berkait dengan penyakit itu.”

Menurut statistik yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), pada tahun 2017, sekurang-kurangnya 96% penduduk Costa Rica mereka telah menerima dos pertama suntikan campak dan 93% telah menerima dos kedua.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangkitan Virus Selesema Mudah Merebak, Lindungi Diri Anda Dengan 4 Benda WAJIB Ini Mulai Sekarang!

    Sukar untuk tentukan punca utama selesema, terutamanya jika anda telah mengalaminya secara berpanjangan. Lakukan 4 langkah ini untuk elak dijangkiti!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 08/01/2020 . 3 minit bacaan

    Suntikan Flu Untuk Mencegah Influenza – Penting Ke Untuk Ambil Dan Untuk Siapa?

    Selain perlindungan fizikal, terdapat juga pencegahan melalui pengambilan suntikan flu. Persoalannya, siapa yang perlu mendapatkannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 17/12/2019 . 4 minit bacaan

    Aachuummm… Aachuummm… Kenapa Kita Bersin?

    Aaaaachuuummm…dengar bunyi itu, kita tahu apa yang berlaku. Ia sesuatu yang normal untuk terjadi, waima kepada haiwan sekalipun. Tetapi kenapa kita bersin?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 01/11/2019 . 2 minit bacaan

    Kes Zika Telah Dikenal Pasti Di Perak

    Setelah 4 tahun berada pada jumlah keseluruhan 8 kes (sejak tahun 2016), insiden kali ini meningkatkan bilangan tersebut kepada 9 kes zika.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Tempatan 16/10/2019 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    mukus adalah

    Nampak Sama Tapi Bukan Dia, Ini Kami Jelaskan 4 Perbezaan Kahak & Hingus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 21/07/2020 . 3 minit bacaan
    bagaimana hingus terhasil

    Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus, Kalau Hitam Kena Jumpa Doktor Segera!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/07/2020 . 3 minit bacaan
    bersin sambil mata terbuka

    Kenapa Mustahil Untuk Kita Bersin Sambil Mata Terbuka? – Ini Jawapan Pakar!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 06/05/2020 . 2 minit bacaan
    jangkitan paru paru

    3 Perbezaan Novel Coronavirus Dan SARS Coronavirus Yang Anda Perlu Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 29/01/2020 . 3 minit bacaan