Hari AIDS Dunia: Ketahui Status Anda

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 28/11/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Jika anda tahu rakan anda menghidap jangkitan HIV, adakah anda masih ingin berkawan dengan beliau seperti biasa? Atau anda akan berasa sangsi dan jijik?

Kalau anda jijik, anda masih gagal dalam membantu membanteras jangkitan HIV/AIDS. Mengapa? Perkara utama yang membunuh pesakit HIV/AIDS bukan tuberkulosis, kanser, atau penyakit jantung tetapi stigma masyarakat ke atas mereka!

Mengakhiri AIDS menjelang tahun 2030 – WHO

Pada hari ini, masih ramai pesakit mati disebabkan jangkitan HIV iaitu hampir 1 juta setiap tahun.

1 dari 4 individu yang menghidap jangkitan HIV tidak tahu mengenainya. Majoritinya ialah dalam kalangan kumpulan utama: lelaki homoseksual, banduan penjara, penyalahgunaan dadah, pekerja seks, dan golongan transgender.

Dalam kebanyakan kes, kumpulan utama ini sering menghadapi stigma dan diskriminasi dalam kalangan masyarakat disebabkan perbezaan budaya dan norma setempat serta undang-undang.

Kesannya, kehidupan golongan ini akan terus terbiar dalam kerosakan dan jauh dari masyarakat serta penjagaan kesihatan. Sedangkan, mereka mempunyai hak terhadap fasiliti dan khidmat kesihatan. Akhirnya, saiz komuniti ini akan terus membesar sambil menyebarkan jangkitan HIV.

Jadi, bagaimana penyakit ini akan berakhir?

“Ketahui status anda” – tema Hari AIDS Dunia 2018

1 Disember setiap tahun diperuntukkan sebagai Hari AIDS Dunia sejak 1988. Kali ini pada tahun 2018, temanya ialah “ketahui status anda”.

25% pesakit HIV yang tidak tahu status mereka bukan satu angka yang kecil. Mereka ini perlu dicapai dan itulah cabaran terbesar dalam menangani penyakit ini.

Bagaimana golongan ini boleh dicapai dan diselamatkan?

  • Mengatasi stigma dan diskriminasi melalui pendidikan dan polisi yang sesuai.
  • Meningkatkan ketersediaan ujian HIV di pusat kesihatan dan mempromosi ujian kendiri (self test) melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yayasan, dan syarikat korporat.
  • Menyediakan khidmat kesihatan yang menyeluruh kerana pesakit kebiasaannya menghidap penyakit lain seperti tuberkulosis (1 dari 3 kematian), penyakit jantung (1 dari 3 pesakit menghidap masalah jantung), dan hepatitis viral (5 juta pesakit).

Membudayakan gaya hidup yang sihat dan sejahtera

Kita tidak seharusnya menghukum mana-mana golongan yang melakukan kesalahan (bahkan bukan semua dari mereka bersalah). Sebaliknya, tangan perlu dihulurkan untuk membantu mengeluarkan mereka dari keadaan tersebut.

Kumpulan utama yang terjejas dalam jangkitan HIV ini tidak dinafikan mengamalkan gaya hidup kurang sihat. Tanpa menghukum, mereka perlu diberikan peluang kedua untuk berubah.

Dalam masa yang sama, pendidikan dan pembudayaan gaya hidup yang sihat dan sejahtera hendaklah dipupuk sejak di bangku sekolah. Di Malaysia, kita sangat bertuah kerana masih kaya dengan nilai agama dan moral serta adab ketimuran. Ia boleh menjadi benteng yang utuh dalam mencegah masyarakat dari jangkitan HIV/AIDS.

Amalkan gaya hidup sejahtera dan bantu mereka yang kurang bernasib baik.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ayuh, Mari Hapus Stigma Psoriasis!

    Psoriasis sering dianggap sebagai penyakit berjangkit walaupun ia tidak. Teruskan membaca untuk mengetahui berkenaan dengan penyakit ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Pusat Kesihatan, Penyakit Kulit 25/10/2019 . 2 minit bacaan

    Sejarah Tercipta: Selamat Tinggal Virus Polio Liar Jenis 3!

    Hari Polio Sedunia disambut dengan penuh rasa kemenangan apabila virus polio liar jenis 3 (WPV3) telah diisytiharkan sebagai dibasmi di seluruh dunia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Antarabangsa 25/10/2019 . 2 minit bacaan

    Sekurang-kurangnya 2.2 Billion Alami Masalah Penglihatan – Laporan WHO

    Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan laporan pertama mereka berkaitan masalah penglihatan global. Baca lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 11/10/2019 . 2 minit bacaan

    Ditarik Semula Status ‘Measles-free’: Empat Negara Eropah Dilanda Semula Demam Campak

    WHO telah mengumumkan penarikan semula status ‘bebas demam campak’ di empat negara Eropah berikutan peningkatan mendadak kes demam campak di seluruh dunia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Artikel lain untuk anda

    apa itu sepsis

    Pembunuh Senyap, Jutaan Penduduk Dunia Maut Angkara Keracunan Darah! Jaga-jaga Penyakit Sepsis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 11/09/2020 . 3 minit bacaan

    Tak Nak Lahirkan Anak Dalam Perut? JANGAN Gugurkan Kandungan Sendiri, Jika Tidak BAHAYA Menanti

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/08/2020 . 3 minit bacaan
    isytihar darurat

    Sah, WHO Kini Telah Isytihar Darurat Akibat Novel Coronavirus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 31/01/2020 . 4 minit bacaan
    psoriasis

    Petisyen Muzikal Buat Pesakit Psoriasis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 13/12/2019 . 4 minit bacaan