backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Nefritis Interstitial - Penyakit Yang Buatkan Ginjal Alami Keradangan Dan Membengkak!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 10/05/2023

Nefritis Interstitial - Penyakit Yang Buatkan Ginjal Alami Keradangan Dan Membengkak!

Nefritis interstisial merupakan sejenis penyakit buah pinggang yang menyebabkan ginjal bengkak. Kawasan di sekeliling tiub ginjal akan membengkak dan menganggu fungsinya.

Buah pinggang berfungsi membuang bahan kumuh dan menyimbangkan cecair badan. Setiap buah pinggang mempunyai 1 milion penapis kecil yang dipanggil nefron.

Nefron adalah tiub kecil bergulung dengan bulbus pada hujung yang lain. Nefron menyalurkan air kencing ke tiub (ureter) yang menghubungkan buah pinggang ke pundi kencing.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Urologi, anda boleh klik di sini.

Definisi

Nefritis ialah keradangan (ginjal bengkak). Nefritis interstisial bermakna penyakit yang memberi kesan kepada ruang di sekitar nefron. Ia boleh mejadi akut atau kronik.

Apakah kebarangkalian ginjal bengkak disebabkan Nefritis Interstitial?

Nefritis interstisial boleh berlaku kepada pesakit tanpa mengira usia, tetapi lebih kerap berlaku dalam pesakit tua.

Nefritis interstisial merupakan 10% – 15% daripada punca semua kes kegagalan buah pinggang. Ia boleh ditangani dengan mengurangkan faktor risiko. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.

Simptom-simptom

Apakah simptom-simptom ginjal bengkak?

Nefritis interstitial

Simptom termasuklah demam dan ruam. Air kencing mungkin mengandungi sel yang abnormal. Sel ini ialah eosinophils, sejenis sel darah putih.

Kebiasaannya, pesakit tidak akan mempunyai simptom melainkan fungsi buah pinggang telah menjadi sangat teruk. Sewaktu itu, simptom kegagalan buah pinggang (lemah, loya, kegatalan, muntah, bengkak kaki, dan rasa metal dalam mulut).

Apabila jangkitan menyebabkan nefritis, pesakit akan mengalami demam, menggigil, sakit belakang, dan simptom masalah saluran kencing (rasa terbakar, kerap membuang air, kesukaran untuk mula kencing dan air kencing berdarah).

Tekanan darah mungkin akan menjadi tinggi dan sukar untuk dikawal.

Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.

Punca

Apakah Punca Nefritis Interstitial?

Nefritis interstisial kebiasaannya berlaku disebabkan ubat, termasuklah antibiotik, ubat anti keradangan, dan diuretik.

Ubat-ubatan lain serta jangkitan dengan bakteria dan virus juga boleh menjadi puncanya. Sangat jarang sekali ia dikaitkan dengan penyakit autoimun sistemik seperti lupus, sarcoidosis dan Sjogren’s syndrome. Kadangkala, penyebabnya tidak diketahui.

Faktor-faktor Risiko

Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap masalah ginjal bengkak?

ginjal bengkak

Terdapat banyak faktor risiko untuk mengalami nefritis interstisial seperti:

  • Orang dewasa yang mengambil ubat tidak mengikut preskripsi doktor
  • Jangkitan dalam kanak-kanak

Diagnosis dan Rawatan

Bagaimana pesakit nefritis interstitial didiagnosis?

Doktor akan melakukan diagnosis berdasarkan sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal dan ujian darah serta ujian air kencing. Doktor juga mungkin akan menggunakan  ultrabunyi, yang menggunakan gelombang bunyi untuk mendapatkan gambaran buah pinggang.

Jika diagnosis masih belum jelas, biopsi buah pinggang mungkin akan dilakukan. Jarum khas akan dimasukkan ke dalam buah pinggang dan sebahagian kecil tisu buah pinggang akan diambil dan diperhatikan di bawah mikroskop.

Baca juga:

Bagaimana pesakit ginjal bengkak dirawat?

Rawatan bertujuan untuk membaiki fungsi buah pinggang yang kian merosot dan masalah metabolik yang terkait dengan kegagalan buah pinggang (tinggi potassium, rendah kalsium, dan tinggi posporus, kadar darah rendah)

Nefrologis (pakar penyakit buah pinggang) dapat membantu dalam penjagaan pesakit. Rawatan juga bertujuan untuk merawat punca di sebaliknya. Jika ubat yang menjadi punca nefritis akut, pengambilan ubat tersebut akan dihentikan.

Jangkitan bakteria akan dirawat dengan antibiotik. Jika pesakit tidak memberi tindak balas kepada rawatan awal, kortikosteroid seperti prednisone mungkin akan diberikan.

Jika kortikosteroid tidak berkesan, ubat yang lebih kuat seperti cyclophosphamide mungkin dicuba.

Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan

Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani ginjal bengkak?

ginjal bengkak

Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut mungkin dapat membantu anda menangani nefritis interstisial:

  • Ketahuilah bahawa kebanyakan masalah akut akan pulih  selepas beberapa hari pengambilan ubat diberhentikan.
  • Ambil ubat seperti yang diarahkan.
  • Fahami bahawa satu pertiga pesakit dengan masalah akut akan memerlukan dialisis buat sementara waktu.
  • Menyedari bahawa pesakit dengan masalah kronik kebiasaannya menghadapi kegagalan buah pinggang dan memerlukan dialisis buat selamanya

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.

Jumpa Doktor

Bila saya harus berjumpa doktor?

Anda patut menghubungi doktor jika anda mengalami:

  • Darah dalam air kencing atau menggigil, demam dan sakit bahagian bawah belakang.
  • Mengalami ruam selepas menggunakan ubat baru, alergik kepada penisilin atau antibiotik lain atau mengalami kesan sampingan ubat.

Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai sebarang soalan, sila hubungi doktor anda.

Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 10/05/2023

advertisement iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

advertisement iconIklan
advertisement iconIklan