Sila beritahu kami apa yang salah.
Sila beritahu kami apa yang salah.
Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.
Penyakit Ginjal Sistik Perolehan (ACKD), adalah keadaan di mana sista renal (ginjal) terbentuk dan ia difahami sebagai perkembangan kantung penuh. Sista ginjal adalah kantung bulat yang mengandungi cecair pada atau dalam buah pinggang. Sista ginjal boleh dikaitkan dengan gangguan serius yang boleh menjejaskan fungsi ginjal. Kebanyakan kes, sejenis sista ginjal yang dikenali sebagai sista ginjal mudah adalah sista tanpa kanser dan jarang menyebabkan komplikasi.
Penyakit ginjal sistik perolehan adalah penyakit yang berlaku pada kedua-dua belah buah pinggang dan ia boleh dianggap sebagai ramalan penting bagi pengesahan klinikal kepada kegagalan buah pinggang peringkat akhir.
Pada peringkat awalnya, tiada simptom dan tanda-tanda ACKD. Ia biasanya ditemui secara tidak sengaja semasa prosedur pengimejan abdomen.
Penyakit ginjal sistik perolehan menjadi lebih banyak berlaku pada seseorang yang berpanjangan mempunyai penyakit ginjal kronik. Kira-kira 7 hingga 22 peratus orang yang mempunyai CKD telah memperoleh penyakit buah pinggang sista sebelum memulakan rawatan dialisis. Hampir 60 peratus orang yang menjalani dialisis selama 2 hingga 4 tahun sudah menghidap penyakit ginjal sistik perolehan. Kira-kira 90 peratus orang yang menjalani dialisis selama 8 tahun mengalami penyakit ginjal sistik perolehan. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sista ginjal mudah biasanya tidak menyebabkan tanda-tanda atau simptom. Jika sista ginjal mudah tumbuh terlalu besar, simptom mungkin termasuk:
Terdapat beberapa simptom lagi yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap sesuatu simptom, sila merujuk dengan doktor anda.
Jika anda mengalami sebarang tanda atau simptom seperti yang dinyatakan di atas mahupun sebarang soalan, sila merujuk dengan doktor anda. Setiap tubuh badan seseorang bertindak secara berbeza. Langkah yang terbaik adalah anda berbincang dengan doktor tentang apa yang terbaik bagi situasi anda.
Penyakit ginjal sistik perolehan mungkin disebabkan oleh hemodialisis. Kajian telah menunjukkan bahawa, walaupun hubungan dialisis dan penyakit ginjal sistik perolehan tidak dapat dipastikan, ia boleh menyebabkan penyakit ginjal sistik perolehan sebenar untuk berkembang.
Kajian telah menunjukkan bahawa produk sisa yang tidak dikenal pasti tidak dapat disingkirkan melalui dialisis dan seterusnya menyebabkan sista terbentuk dalam ginjal. Dialisis itu sendiri tidak menyebabkan sista.
Terdapat banyak faktor risiko bagi ginjal sistik perolehan, seperti:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Ujian dan prosedur digunakan bagi mendiagnos sista ginjal mudah termasuk:
Sekiranya keadaan anda tidak menghasilkan tanda-tanda atau simptom dan tidak mengganggu fungsi ginjal, anda mungkin tidak memerlukan rawatan. Sista buah pinggang mudah kadang-kadang akan hilang dengan sendirinya.
Jika sista ginjal mudah bermula dan menyebabkan sebarang tanda dan simptom, doktor anda boleh mengesyorkan rawatan. Pilihan termasuk:
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut mungkin boleh membantu anda mengatasi ginjal sistik perolehan:
Tiada diet dan pencegahan tertentu akan menghalang atau melambatkan penyakit ginjal sistik perolehan. Secara amnya, diet direka untuk orang-orang yang menjalani hemodialisis atau dialisis peritoneal bagi mengurangkan jumlah buangan yang terkumpul di dalam badan antara sesi dialisis. Pesakit boleh mengikut diet tertentu untuk mengurangkan risiko penyakit ginjal sistik perolehan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Acquired cystic kidney disease.
http://emedicine.medscape.com/article/246888-overview#a6. Accessed February 24, 2017.
Acquired cystic kidney disease.
http://www.kidneyhealthcare.com/2009/09/acquired-cystic-kidney-disease.html. Accessed February 24, 2017.
Kidney cyst.
http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/kidney-cysts/basics/treatment/con-20035205. Accessed February 24, 2017.
Acquired Cystic Kidney Disease.
https://www.niddk.nih.gov/health-information/kidney-disease/acquired-cystic-kidney-disease. Accessed August 7, 2017.
Acquired cystic kidney.
https://www.niddk.nih.gov/health-information/kidney-disease/acquired-cystic-kidney-disease. Accessed February 24, 2017.