backup og meta

Suka Makan Seafood? Anda Berisiko Alami Masalah Kesihatan Ini Kesan Asid Urik Tinggi!

Suka Makan Seafood? Anda Berisiko Alami Masalah Kesihatan Ini Kesan Asid Urik Tinggi!

Semua orang suka makan seafood, tetapi ia sebenarnya boleh menjadi punca uric acid tinggi dan menyebabkan masalah kesihatan.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Urologi, sila dapatkannya di sini.

Asid urik dalam badan

Segala makanan yang anda ambil dan prosedur penguraian semula jadi merupakan satu cara biasa untuk mensintesis asid urik.

Buah pinggang adalah organ yang berfungsi menapis asid ini dan ia biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing.

Dalam sesetengah kes yang jarang berlaku, ia mungkin dikeluarkan melalui najis. 

Sekiranya buah pinggang anda tidak berfungsi secara normal atau terlalu banyak asid urik yang terhasil, ia akan menyebabkan peningkatan tahap asid tersebut di dalam darah.

Individu dengan tahap bacaan uric acid tinggi, akan cenderung mengalami pembentukan pepejal kristal pada sendi. Ia adalah penyakit gout.

Masalah gout yang tidak dirawat, akan mengakibatkan kristal ini untuk berkembang pada sendi dan tisu berdekatan. Ia akan membentuk mendapan (deposit) keras dan berketul dipanggil tophi.

Bacaan uric acid tinggi juga boleh menyebabkan berlakunya batu karang atau kegagalan fungsi buah pinggang. 

Masalah gout, punca uric acid tinggi

Individu dengan masalah ini akan berdepan dengan kesihatan yang teruk pada bahagian sendi yang terlibat.

Apabila terjadinya gout, selalunya ia akan menyebabkan pergerakan terbatas disebabkan sendi mengalami keradangan dan bengkak kerana pengumpulan asid urik di kawasan berkenaan.

Gout dianggap sebagai satu masalah yang melibatkan metabolisma disebabkan kehadiran asid yang tinggi di dalam darah. Asid ini akan berkumpul di dalam darah atau di dalam sendi dan pada kepekatan yang tinggi, ia akan membentuk kristal.

makanan punca gout
Tanda anda mungkin mengalami gout.

Kristal asid urik ini sukar untuk terurai pada suhu rendah. Oleh sebab ini, serangan gout selalu terjadi pada bahagian kaki disebabkan suhu pada bahagian tersebut lebih rendah sedikit berbanding sendi yang lain. 

Punca uric acid tinggi disebbakan batu karang

Batu karang boleh terbentuk dalam sistem urinari seseorang individu disebabkan pengambilan dan penghasilan asid urik serta kalsium secara berlebihan.

Pengambilan air yang kurang dari 1.5 liter hingga 2 liter sehari adalah antara faktor penyumbang kepada masalah batu karang.

masalah batu karang
Jenis batu karang.

Pembentukan batu karang boleh berlaku apabila ginjal gagal berfungsi untuk menapis kehadiran bahan seperti kalsium, asid urik dan bakteria – Proteus, Psedomonas dan Klebsiella – terus melekat pada bahagian dinding buah pinggang.

Selain berpunca daripada masalah metabolisme badan, pengambilan makanan penyebab asid urik tinggi seperti makanan laut khususnya kerang, sotong, ikan bilis dan ikan sardin juga boleh menyebabkan peningkatan asid ini di dalam badan.

Tabiat memakan organ dalaman seperti hati, paru-paru dan usus, pelbagai jenis kekacang dan ulaman yang tinggi sumber protein yang dikenali sebagai purine, boleh mengakibatkan pembentukan batu karang. 

Cara mengatasi punca uric acid tinggi

Untuk menghindari risiko peningkatan tahap asid urik dalam badan, anda digalakkan untuk:

punca uric acid tinggi
Petua mengatasi masalah uric acid tinggi.
  • Mengamalkan tabiat minum air kosong bergantung kepada keperluan harian
  • Mengawal pengambilan kalori harian yang seimbang bergantung kepada keperluan badan
  • Mengawal pengambilan makanan penyebab asid urik tinggi

Cara menurunkan asid urik yang terbaik adalah dengan mendapatkan nasihat daripada doktor mahupun pakar pemakanan mengenai kaedah penjagaan kesihatan untuk mengawal peningkatan asid urik di dalam badan anda.

Akhir kata

Jadi untuk mengelakkan peningkatan kecenderungan menghidapi masalah berkaitan kesihatan, anda harus menitik beratkan aspek pemakanan.

Dalam masa yang sama pastikan anda melakukan aktiviti senaman serta menghindari tabiat yang tidak mendatangkan manfaat kepada kesihatan agar dapat mengelakkan punca uric acid tinggi, okay? 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Panduan Kurangkan Gout. http://hkp.moh.gov.my/buletin.item.242/panduan-kurangkan-gout.html /Accessed on Nov 20, 2019
  2. Terapi menurunkan asid urik untuk mencegah atau melambatkan perkembangan penyakit ginjal kronik. https://www.cochrane.org/ms/CD009460/terapi-menurunkan-asid-urik-untuk-mencegah-atau-melambatkan-perkembangan-penyakit-ginjal-kronik  /Accessed on Nov 20, 2019
  3. High Uric Acid Level. https://my.clevelandclinic.org/health/symptoms/17808-high-uric-acid-level, Accessed on Dec 18, 2022
  4. High uric acid level. https://www.mayoclinic.org/symptoms/high-uric-acid-level/basics/causes/sym-20050607, Accessed on Dec 18, 2022
  5. Gout Symptoms, Causes, Diet, and Treatment. https://gouteducation.org/, Accessed on Dec 18, 2022

Versi Terbaru

10/09/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Penyakit Buah Pinggang Kronik: Ketahui Tanda, Punca, Rawatan Dan Pencegahannya

Cyst Pada Buah Pinggang, Bahaya Atau Tidak? Ketahui Simptom Penyakit Ini Sebelum Terlambat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 10/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan