backup og meta

12 Warna Air Kencing Tidak Normal Yang Anda Kena Tahu! Hitam Pun Ada?

12 Warna Air Kencing Tidak Normal Yang Anda Kena Tahu! Hitam Pun Ada?

Umumnya, warna urin yang kita semua sering anggap sebagai normal adalah di antara kuning dan jernih. Namun, tahukah anda bahawa ada banyak lagi warna lain?

Ya, air kencing sebenarnya mempunyai pelbagai warna yang berbeza dan ia mungkin akan dipengaruhi oleh faktor lain seperti tahap kesihatan individu itu sendiri.

Warna-warna ini pula mungkin boleh jadi indikator sama ada anda sihat atau tidak. Jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda boleh klik di sini.

Kaitan warna air kencing & kesihatan

Kadangkala, kita semua mungkin tidak perasan akan variasi warna urine kerana kurang peduli mengenai kaitannya terhadap tahap kesihatan tubuh badan.

Pun begitu, anda perlu tahu bahawa ia sebenarnya dipengaruhi oleh makanan yang anda makan, minuman yang anda minum serta ubatan tertentu yang anda ambil.

Persoalannya, apakah warna urin yang dianggap normal dan tidak? Tenang, kami ada jawapannya!

Apa warna urin yang mungkin normal?

Ramai doktor telah mengklasifikasikan warna air kencing yang normal sebagai ‘urochrome’. Berikut merupakan variasi warna urin yang mungkin normal:

warna urin
Ujian air kencing.

#1. Warna kuning jernih

Merupakan warna yang paling umum dan biasa ditemui, ia adalah petanda bahawa urin anda adalah normal dan mungkin tidak ada masalah berkaitan dengannya.

#2. Warna jerami pucat

Jika anda ada warna urin seperti ini, anda boleh dianggap bertuah kerana ia adalah warna yang paling sihat dan menandakan anda terhidrasi dengan sempurna.

Apa warna urin yang tidak normal?

Selain dua warna yang telah kami nyatakan di atas tadi, ada beberapa warna urine lain yang mungkin dikategorikan sebagai tidak normal termasuklah:

Warna urine tidak normal #1. Tidak berwarna

Air kencing yang langsung tidak berwarna mungkin menandakan bahawa tubuh badan anda mengalami terlebih hidrasi kerana minum terlalu banyak air.

Meskipun tidak begitu berbahaya seperti dehidrasi, ia akan membuat anda kerap kencing lantas membuang mineral penting seperti elektrolit dari tubuh badan.

#2. Warna kuning gelap

Sebenarnya, anda masih boleh anggap ia adalah normal kerana masih ada warna kuning namun ini merupakan petanda bahawa anda mungkin ada dehidrasi ringan.

#3. Warna madu ambar

Ia mungkin petanda anda ada dehidrasi. Jika anda ada air kencing berwarna seperti ini, disarankan agar anda minum lebih banyak air.

#4. Warna oren terang

Warna ini mungkin menandakan anda ada ambil makanan atau minuman dengan pewarna, lebihan vitamin B dari darah ataupun ada masalah berkaitan organ hati atau hempedu.

#5. Warna oren

air kencing berwarna hitam
Penyebab air kencing berwarna oren.

Anda mungkin sedang mengambil ubatan tertentu seperti rifampin atau phenazopyridine dan ini adalah kesan sampingan biasa yang tidak perlu terlalu dibimbangkan.

#6. Warna oren gelap

Warna ini mungkin menandakan anda mengalami simptom penyakit jaundis, rhabdomyolysis atau sindrom Gilbert. Segera berjumpa doktor untuk nasihat, ubatan dan rawatan.

#7. Warna merah jambu

Menurut Pakar Nefrologi Dr Dena Rifkin, air kencing berwarna pink mungkin disebabkan oleh pengambilan ubi bit, beri biru atau pokok rhubard yang tidak berbahaya.

Namun, ia juga mungkin boleh jadi petanda masalah lebih besar sekiranya warna urin ini lebih cenderung ke merah. Sila teruskan membaca warna yang seterusnya.

Warna urine tidak normal #8. Merah

kencing berdarah
Punca kencing berdarah.

Warna merah seakan darah pada air kencing (hematuria) yang merupakan petanda masalah kesihatan berikut:

  • Jangkitan
  • Batu karang
  • Tumor di dalam salur kencing
  • Masalah prostat
  • Keracunan merkuri
  • Gangguan porphyrias

#9. Warna putih susu

Air kencing warna putih susu seakan air mani, ia mungkin disebabkan oleh pengambilan mineral seperti kalsium, fosfat atau protein yang berlebihan atau petanda jangkitan salur kencing.

#10. Warna biru

Selain disebabkan oleh beberapa pewarna makanan atau ubatan tertentu, ia juga mungkin petanda gangguan metabolik sindrom blue diaper yang perlu rawatan lanjut.

#11. Warna hijau

Bagi sesetengah individu, makan sayur seperti asparagus mungkin adalah puncanya. Namun ia juga mungkin petanda ada jangkitan bakteria pada salur kencing anda.

Warna urine tidak normal #12. Hitam

Paling menakutkan, ada air kencing yang berwarna hitam akibat keracunan tembaga atau fenol serta kondisi melanoma. Segera berjumpa doktor untuk diagnosis.

Kesimpulan

Kini, anda telah pun mengetahui beberapa jenis warna urine. Jika anda melihat perubahan warna urine yang membimbangkan, anda disarankan untuk segera berjumpa dengan doktor untuk penilaian lanjut. Perubahan warna urine boleh menjadi tanda awal dari kondisi kesihatan yang perlu diberi perhatian lebih lanjut.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 10 Colors That Suggest Urine Trouble, https://health.ucsd.edu/news/features/pages/2014-04-21-colors-that-suggest-urine-trouble.aspx, Accessed Sep 9 2021.
  2. The Meaning Behind the Color of Urine, https://www.urologyhealth.org/healthy-living/care-blog/2018/the-meaning-behind-the-color-of-urine, Accessed Sep 9 2021.
  3. What The Color of Your Pee Says About You, https://health.clevelandclinic.org/what-the-color-of-your-urine-says-about-you-infographic/, Accessed Sep 9 2021.
  4. Urine Color, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/urine-color/symptoms-causes/syc-20367333. Accessed Sep 9 2021.
  5. Urine – abnormal color, https://medlineplus.gov/ency/article/003139.htm, Accessed Sep 9 2021.

Versi Terbaru

10/06/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Air Kencing Berbau Kopi? Ini Petanda Badan Anda Terlebih Kafein

AWAS Jika Anda Kerap Kencing & Air Kencing Bau KUAT, Ia Mungkin Tanda Bahaya Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 10/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan