backup og meta

7 Sebab Sebenar Di Sebalik Masalah Kencing Malam, Paling Tak Sangka Punca Yang Terakhir!

7 Sebab Sebenar Di Sebalik Masalah Kencing Malam, Paling Tak Sangka Punca Yang Terakhir!

Menurut kepercayaan masyarakat orang lama, masalah punca kencing malam mungkin boleh diselesaikan dengan hanya memakai tangkal yang dililit pada pinggang ketika sedang tidur. Mengarut!

Ya, ia merupakan satu keadaan yang sering berlaku dalam kalangan individu terutamanya kanak-kanak.

Ada kepercayaan yang kata ia adalah disebabkan perbuatan minum air terlalu banyak sebelum masuk tidur.

Persoalannya, apa punca kencing malam yang sebenar? Jom ikuti artikel ini untuk tahu jawapannya!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda boleh dapatkannya di sini.

Apa itu kencing malam?

punca kencing malam
Golongan kanak-kanak yang kencing malam.

Sebelum pergi ke petua hilangkan kencing malam, wajarlah untuk kita semua tahu akan definisi sebenar keadaan yang lebih dikenali sebagai ‘mengompol’ ini terlebih dahulu.

Sesuai dengan namanya, kencing malam adalah satu keadaan di mana individu terbuang air kecil secara tidak sengaja ketika sedang tidur.

Dalam bahasa saintifiknya, keadaan ini dikenali sebagai enuresis nokturnal dan jangan dikelirukan dengan satu lagi kondisi iaitu nokturia.

Untuk pengetahuan anda, nokturia adalah kondisi di mana individu secara sengaja keluar dari kamar tidur untuk pergi kencing di bilik air.

Ada satu lagi kondisi yang tidak harus kalian terkeliru dengan kencing malam iaitu inkontinen desakan (UI) – berjaga pada waktu malam selepas terbangun untuk pergi kencing di tandas tapi tidak sempat sampai ke sana.

Ia boleh terjadi kepada semua orang namun lebih kerap untuk golongan kanak-kanak berusia sekitar 12 tahun ke bawah dan lebih banyak berlaku kepada lelaki berbanding wanita. Kenapa?

Apa punca kencing malam?

Ramai ibu bapa yang berpesan kepada anak supaya jangan minum air terlalu banyak sebelum waktu tidur untuk elak mereka terkencing di atas tilam atau katil kelak.

Sebenarnya, terdapat beberapa lagi kerap kencing malam simptom penyakit yang lain termasuk:

#1. Keturunan dan genetik

Sekiranya salah seorang daripada ibu bapa pernah mengalami masalah yang sama, terdapat 40% kemungkinan anaknya juga mengompol pada waktu malam.

Seandainya kedua-dua mereka pula pernah mengalaminya, peratusan itu akan meningkat ke 70%.

#2. Gangguan hormon

Terdapat satu hormon dalam tubuh badan manusia bernama antidiuretik (ADH) yang berfungsi mengurangkan rasa ingin terkencing pada waktu malam.

Namun dalam beberapa kes ada individu yang kekurangan ADH dalam tubuh badan sekali gus meningkatkan kemungkinan mereka untuk mengompol.

Jadi, kerap kencing malam simptom penyakit gangguan pada hormon dalam badan.

#3. Gangguan tidur

punca kencing malam
Gangguan tidur sebab kencing malam.

Kanak-kanak yang mengalami gangguan tidur seperti apnea tidur obstruktif akan mengakibatkan mereka tidur terlalu nyenyak disertai dengkuran.

Ia kemudiannya akan menyebabkan saluran udara tersumbat dan keseimbangan kimia dalam otak terganggu lantas menjadi kerap kencing malam simptom penyakit.

#4. Gangguan pundi kencing atau buah pinggang

Gangguan pada organ penting untuk proses perkumuhan ini adalah penyebab individu mengalami masalah kekerapan atau kesakitan ketika kencing.

Selain menyebabkan kencing malam, segala penyakit pada organ seperti pundi kencing dan buah pinggang akan menyebabkan masalah semasa membuang air kecil.

#5. Sembelit juga mungkin punca kencing malam

Untuk pengetahuan anda, pundi kencing dan usus besar berada sangat dekat di antara satu sama lain.

Disebabkan itu, sembelit atau kesukaran membuang air besar akan membuat usus besar menekan pundi kencing lantas mengurangkan kemampuannya.

Sekiranya anak anda mengalami sembelit dan mengompol serentak, adalah penting untuk ibu bapa merawat masalah sembelit itu terlebih dahulu.

#6. Ambil kafein terlalu banyak

Ibu bapa perlu tahu bahawa kafein adalah bahan dalam pelbagai jenis minuman yang bersifat diuretik – membuat individu lebih kerap terasa ingin kencing.

Oleh itu, adalah disarankan untuk ibu bapa kurangkan memberi minuman seperti kopi, teh atau soda kepada si kecil sebelum mereka masuk ke kamar tidur.

Punca kencing malam 7: Stres

kencing malam
Punca kerap buang air kecil waktu malam.

Bukan orang dewasa sahaja yang terdedah kepada stres, kanak-kanak juga sama ya!

Antara perkara yang akan meningkatkan tekanan adalah berpindah rumah, bertukar sekolah, penceraian ibu bapa atau kematian orang tersayang.

Kencing malam pula adalah salah satu daripada kondisi yang akan terjadi akibat perkara ini.

Konklusinya, terdapat beberapa punca kencing malam yang lain selain daripada minum air terlalu banyak sebelum masuk tidur.

Ada banyak punca utama anda 'mengompol' pada waktu malam, berikut beberapa yang utama:

  • Keturunan
  • Gangguan hormon
  • Gangguan tidur
  • Gangguan pundi kencing @ buah pinggang
  • Sembelit
  • Kafein
  • Stres

Penting untuk anda tahu sebab sebelum mula mencari apakah jenis ubat kencing malam di farmasi atau ubat kencing malam tradisional yang terbaik.

Sekiranya anak anda mengompol dan tiada satupun penyebab di atas yang dirasakan tepat, maka segera berjumpa doktor untuk berkonsultasi.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Enuresis. https://kidshealth.org/en/teens/enuresis.html. Accessed on March 7, 2023.
  2. Bedwetting (Nocturnal Enuresis). https://www.healthychildren.org/English/health-issues/conditions/genitourinary-tract/Pages/Nocturnal-Enuresis-in-Teens.aspx. Accessed on March 7, 2023.
  3. Bedwetting. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/bed-wetting/diagnosis-treatment/drc-20366711. Accessed on March 7, 2023.
  4. Bedwetting and Sleep. https://www.sleepfoundation.org/articles/bedwetting-and-sleep. Accessed on March 7, 2023.
  5. Nocturnal enuresis. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3348193/. Accessed on March 7, 2023.

Versi Terbaru

02/09/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

6 Cara Terbaik Untuk Elak Kencing Kotor, No. 4 Orang Dah Kahwin Wajib Amalkan!

5 Makanan Perlu Elak Jika Alami Kencing Kotor, Sebaiknya Ambil 5 Makanan Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan