backup og meta

Walaupun Hitam, Ubat Ini Ada Banyak Manfaat! 9 Manfaat Yang Anda Perlu Tau

Pernahkah anda mendengar tentang ubat arang? Ubat arang atau lebih dikenali sebagai activated charcoal merupakan antara rawatan tradisional dan moden yang sering digunakan untuk mengatasi masalah pencernaan seperti perut kembung, keracunan makanan, dan cirit-birit.

Walaupun Hitam, Ubat Ini Ada Banyak Manfaat! 9 Manfaat Yang Anda Perlu Tau

Ini sebenarnya yang berlaku di dalam badan anda.

Apabila seseorang makan bahan yang bertoksik, ia akan masuk ke perut mereka. Dengan makan ubat charcoal ia membantu menghalang racun daripada diserap oleh badan. Maka, perkara ini boleh mengelakkan seseorang itu menjadi sakit teruk.

Ubat arang untuk apa?

Di luar situasi kecemasan, produk arang teraktif dipasarkan sebagai suplemen dan ubat bebas kaunter untuk pelbagai keperluan gastrousus (dan banyak lagi). Itu termasuk perkara seperti:

  1. Gas
  2. Kembung perut
  3. Loya dan muntah
  4. Cirit birit
  5. Kesihatan usus
  6. Mengurangkan kolesterol
  7. Pencegahan mabuk

Ubat charcoal makan sebelum atau selepas makan?

ubat arang
Bila boleh makan ubat arang?

Untuk merawat senak atau gas, ubat charcoal ini boleh diambil sejurus sebelum makan atau selepas makan makanan, di mana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan perut.

Pastikan anda menelan tablet atau kapsul keseluruhan dan jangan hancurkan, kunyah atau pecahkan.

Kesan ubat charcoal

Harus diingatkan untuk dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda tindak balas alahan seperti gatal-gatal, sukar bernafas, bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Walaupun tidak semua kesan sampingan diketahui, pill charcoal dianggap selamat untuk kebanyakan orang apabila digunakan untuk jangka masa yang singkat dan jangka panjang.

  1. Sembelit yang teruk
  2. Pedih ulu hati yang teruk atau sakit tekak
  3. Dehidrasi . Akan mengalami pening, kekeliruan, rasa sangat dahaga, kurang membuang air kecil atau berpeluh
  4. Najis hitam
ubat penahan sakit
Ubat first aid yang wajib ada di rumah.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, ubat arang mempunyai pelbagai manfaat terutamanya dalam membantu masalah pencernaan seperti cirit-birit, keracunan makanan ringan dan perut kembung.

Namun begitu, penggunaannya perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana tidak semua keadaan sesuai dirawat dengan ubat charcoal, malah ia juga boleh mengganggu penyerapan ubat lain jika diambil serentak.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Top 10 Activated Charcoal Uses & Benefits https://draxe.com/activated-charcoal-uses/ Accessed March 24, 2017

10 Ways You Can Use Activated Charcoal to Improve Your Health http://www.besthealthmag.ca/best-you/health/10-ways-you-can-use-activated-charcoal-to-improve-your-health/ Accessed March 24, 2017

How to use Activated Charcoal https://wellnessmama.com/247/activated-charcoal/ Accessed March 24, 2017

Should You Take Activated Charcoal for a Stomach Bug (or Any Other Reason)? https://health.clevelandclinic.org/is-it-safe-to-take-charcoal-pills-for-gas-and-bloating Accessed September 24, 2025

Activated charcoal https://www.drugs.com/mtm/activated-charcoal.html Accessed September 24, 2025

Versi Terbaru

24/09/2025

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

5 Khasiat Shilajit, Sumber Semula Jadi Dari Pergunungan Himalaya, No.4 Paling Menarik!

Ada Masalah PCOS? Cuba Ambil 5 Herba Ini Agar Hormon Seimbang!


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Helma Hassan · Dikemas kini 24/09/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?