Anda pernah dengar khasiat shilajit? Apakah memang wujud khasiat shilajit yang sedang viral untuk kesihatan? Jika tidak, teruskan membaca artikel bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai khasiat shilajit!

Anda pernah dengar khasiat shilajit? Apakah memang wujud khasiat shilajit yang sedang viral untuk kesihatan? Jika tidak, teruskan membaca artikel bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai khasiat shilajit!
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Rawatan Tradisional & Herba, anda boleh klik di sini.
Pasti anda tertanya-tanya apa itu shilajit dan manfaatnya bukan? Jangan risau, kami akan kupaskan untuk anda semua.
Shilajit merupakan bahan semula jadi yang berwarna coklat kehitaman yang dibuat melalui penguraian tumbuhan secara beransur-ansur selama beribu-ribu tahun.
Ia biasanya meleleh keluar dari batu gunung tinggi apabila ia panas. Sumber ini boleh ditemui di pergunungan Himalaya antara India dan Nepal, walaupun variasi juga boleh ditemui di Rsuai, Tibet, Afganistan dan utara China.
Penyelidikan moden menunjukkan bahawa ia boleh membantu melawan keletihan, penuaan dan masalah kesihatan yang lain.
Antara khasiat himalayan shilajit yang anda boleh kenal pasti ialah:

Istilah ini digunakan untuk menggambarkan perkara yang berlaku pada otak dan paru-paru apabila seseorang berada pada ketinggian melebihi 2500 meter (kira-kira 8200 kaki ). Gejala biasa terasa seperti mabuk, pening, sakit kepala, sakit otot dan loya.
Para saintis di India telah menjalankan eksperimen dan menyatakan bahawa shilajit boleh membantu. Hal ini kerana, disebabkan kandungan mineral yang tinggi, sifat antioksidan dan anti-radang di dalam shilajit.
Shilajit juga membantu untuk edema pulmonari altitud tinggi (HAPE), keadaan yang berlaku akibat kekurangan oksigen serta tekanan atmosfera yang rendah. Apabila HAPE berlaku, cecair terkumpul di dalam paru-paru badan. Gejala yang berlaku termasuk sesak nafas, sakit dada, demam, lesu dan batuk.
Kapur sehingga asid fulvik. Ia adalah sejenis antioksidan, yang bermaksud ia melindungi sel kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh tekanan oksidatif.
Kajian mendapati shilajit boleh meningkatkan pengeluaran kolagen, mengurangkan keletihan, dan meningkatkan kekuatan dan pemulihan otot. Tetapi, lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan untuk mengesahkan penemuan ini.
Khasiat shilajit lain juga sering kali dipromosikan sebagai suplemen anti-penuaan. Sebuah kajian mendapati bahawa shilajit yang dituai dari pergunungan utara Chile boleh membantu memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer.
Untuk pengetahuan semua, apabila anda menghidap Alzheimer, gumpalan protein yang dipanggil amyloid membentuk plak pada otak. Plak tersebut merosakkan sel-sel otak, menyebabkankehilangan ingatan. Mereka mendapati shilajit telah membantu:
Walau bagaimanapun, ia masih memerlukan banyak lagi kajian bagi mengesahkan lagi perkara ini.
Perubatan Ayurveda mengklasifikasikan shilajit sebagai afrodisiak. Shilajit telah lama digunakan untuk merawat kemandulan lelaki.
Beberapa kajian awal telah mencadangkan bahawa suplemen shilajit boleh meningkatkan tahap testosteron dan meningkatkan jumlah sperma. Tetapi kajian ini telah berusia lebih daripada satu dekad dan mempunyai saiz sampel yang sangat kecil.
Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menentukan kesan shilajit terhadap hormon seks lelaki dan kesuburan.

Shilajit kaya dengan magnesium yang mana ia boleh membantu melegakan kebimbangan yang dialami.
Khasiat shilajit mampu mengurangkan tahap hormon tekanan kortisol dalam badan dan menenangkan sistem saraf anda.
Dos: Mulakan dengan sedikit resin shilajit seperti sebesar kacang, kira-kira 100 mg hingga 300 mg setiap hari.
Campurkan dengan air suam: Larutkan resin dalam segelas air suam, susu atau teh. Air suam membantu mengaktifkan mineral dan nutrien lalu menjadikannya lebih mudah untuk diserap oleh badan anda.
Waktu makan: Ambil shilajit semasa perut kosong pada waktu pagi untuk tenaga dan kecergasan maksimum sepanjang hari. Anda juga boleh mengambilnya pada waktu malam anda ingin bersantai dan mendapat kualiti tidur yang lebih baik.
Dos: Ikut dos yang disyorkan oleh pengilang. Biasanya, ia diantara antara 250 mg hingga 500 mg setiap hari.
Waktu makan: Kapsul atau tablet boleh diambil bersama air, sama ada semasa perut kosong atau selepas makan, bergantung pada arahan pengilang.
Kekerapan: Untuk hasil yang optimum, makan kapsul shilajit setiap hari untuk mengekalkan tahap nutrien di dalam badan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
6 Benefits of Shilajit: Dosage & Safety. https://botanicalinstitute.org/shilajit/. Diaskes pada 17 April 2025
A Quick Introduction to Shilajit. https://health.clevelandclinic.org/shilajit-benefits. Diakses pada 17 April 2025
Strategi yang pelbagai untuk mencegah penyakit altitud tinggi https://www.cochrane.org/ms/CD013315/EMERG_strategi-yang-pelbagai-untuk-mencegah-penyakit-altitud-tinggi. Diakses pada 17 April 2025
Andrade, V., Wong-Guerra, M., Cortés, N., Pastor, G., González, A., Calfío, C., Guzmán-Martínez, L., Navarrete, L. P., Ramos-Escobar, N., Morales, I., Santander, R., Andrades-Lagos, J., Bacho, M., Rojo, L. E., & Maccioni, R. B. (2023). Scaling the Andean Shilajit: A Novel Neuroprotective Agent for Alzheimer’s Disease. Pharmaceuticals (Basel, Switzerland), 16(7), 960. https://doi.org/10.3390/ph16070960 . Diakses pada 17 April 2025
Meena, H., Pandey, H. K., Arya, M. C., & Ahmed, Z. (2010). Shilajit: A panacea for high-altitude problems. International journal of Ayurveda research, 1(1), 37–40. https://doi.org/10.4103/0974-7788.59942 . Diakses pada 17 April 2025
Methods of Consuming Shilajit: Tips for Oral Consumption and More https://www.geneticnutrition.in/blogs/genetic-life/methods-of-consuming-shilajit-tips-for-oral-consumption-and-more#:~:text=Here’s%20how%20to%20consume%20it%3A,for%20your%20body%20to%20absorb. Diakses pada 17 April 2025
A Complete Guide to Consuming Shilajit for Maximum Benefits https://www.deepayurveda.in/blogs/news/guide-to-consuming-shilajit-for-maximum-benefits?srsltid=AfmBOopGsM8OuRiK62jUv4Z02SMygtTpKSMXLDpQ5xY2y6uCLDXPg5RX . Diakses pada 17 April 2025
Versi Terbaru
10/07/2025
Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa