Kegunaan
Apakah kegunaan Tetrahydrozoline?
Tetrahydrozoline biasanya digunakan untuk melegakan kemerahan yang disebabkan kegatalan mata.
Ubat titis mata tetrahydrozoline adalah dekongestan. Ia berfungsi dengan mengecutkan salur darah yang membengkak di dalam mata, seterusnya mengurangkan kemerahan. Bahan perengsa menyebabkan salur darah untuk membengkak.
Bagaimanakah saya harus mengambil Tetrahydrozoline?
Gunakanlah tetrahydrozoline sebagaimana diarahkan oleh doktor anda. Baca label pada ubat untuk mengetahui dos yang sepatutnya.
Ubat titis mata tetrahydrozoline digunakan pada mata sahaja. Elakkan daripada terkena pada membran mukus.
Jika anda menggunakan kanta lekap, buang mereka sebelum menggunakan ubat titis hydrozoline.
Untuk menggunakan ubat titis hydrozoline, mulakan dengan membasuh tangan. Sengetkan kepala ke belakang. Gunakan jari telunjuk, tarik kelopak mata di bawah keluar untuk membentuk kantung. Titiskan ubat ke dalam kantung tersebut dan perlahan-lahan tutup mata anda. Kemudian cepat-cepat gunakan jari anda untuk mengenakan tekanan pada sudut dalam mata dan teruskan mengenakan tekanan selama satu ke dua minit selepas menggunakan ubat ini. Jangan biarkan mata anda berkelip.
Keringkan ubat berlebihan pada mata dengan menggunakan tisu bersih, berhati-hati supaya tidak menyentuh mata.
Basuh tangan anda untuk menghilangkan ubat pada tangan anda. Untuk mencegah kuman daripada memasuki ubat anda, jangan biarkan bahagian hujung aplikator menyentuh sebarang permukaan termasuklah mata anda.
Pastikan botol ditutup dengan rapat.
Jangan gunakan ubat titis tetrahydrozoline sekiranya cecair telah bertukar warna atau berkeladak.
Bagaimanakah kaedah penyimpanan Tetrahydrozoline?
Ia paling baik disimpan pada suhu bilik yang jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuangnya ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Langkah berjaga-jaga & amaran
Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambilnya?
Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:
- Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
- Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
- Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubat ini atau ubat lain
- Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain
- Anda mengambil furazolidone atau telah mengambil monoamine oxidase inhibitor (MAO inhibitor e.g phenelzine) dalam masa 14 hari
- Anda mempunyai glaukoma bersudut kecil, thyroid yang terlebih aktif, atau tekanan darah tinggi
Adakah ia selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.
Kesan sampingan
Apakah kesan sampingan yang boleh berlaku daripada Tetrahydrozoline?
Semua ubat boleh menyebabkan kesan sampingan, tetapi ramai yang tidak mempunyainya, atau mempunyai kesan sampingan yang minima. Periksa dengan doktor anda jika terdapat sebarang kesan sampingan yang berpanjangan atau mengganggu anda:
- Mata menjadi kabur, meleleh air mata atau berasa sengal
- Anak mata mengembang
Dapatkan bantuan kesihatan dengan segera jika terdapat kesan sampingan yang serius berlaku:
- Tindak balas alergik yang serius (ruam, geligata, sesak nafas, ketat dada, bengkak mulut, muka, bibir atau lidah)
- Perubahan penglihatan
- Mata menjadi merah atau gatal yang berpanjangan
- Sakit mata
- Sakit kepala
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Tindak balas ubat
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Tetrahydrozoline?
Tetrahydrozoline mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.
Produk yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini adalah:
- Furozolidone dan MAO inhibitor (phenelzine) kerana kesan sampingan, seperti sakit kepala, tekanan darah tinggi, dan suhu badan meningkat mungkin berlaku
- Tricyclic antidepressant (amitriptyline) kerana ia mungkin mengurangkan keberkesanan ubat titis mata tetrahydrozoline
- Bromocriptine atau cathecol-O-methyltransferase inhibitor (COMT inhibitor) (contoh: talcapone, St. John’s wort) kerana fungsi dan kesan sampingan mungkin bertambah dengan ubat titis mata tetrahydrozoline
Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Tetrahydrozoline?
Tetrahydrozoline mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.
Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Tetrahydrozoline?
Tetrahydrozoline mungkin akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Tetrahydrozoline.
Apakah dos yang sesuai untuk seorang dewasa?
Dos dewasa yang biasa bagi mata kering / merah:
- Titiskan 1-2 titik ke dalam setiap mata yang dijangkiti 1-4 kali sehari sebagaimana diperlukan
Apakah dos yang sesuai untuk kanak-kanak?
Dos kanak-kanak yang biasa bagi mata kering / merah:
- < 6 tahun: sila berbincang dengan doktor anda sebelum menggunakannya
- 6-18 tahun: titiskan 1-2 titik ke dalam setiap mata yang dijangkiti 1-4 kali sehari sebagaimana diperlukan
Bagaimanakah bentuk Tetrahydrozoline yang disediakan?
Tetrahydrozoline tersedia di dalam bentuk dan dos seperti:
- Ubat titis mata 0.05%
Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
[embed-health-tool-bmi]