backup og meta

Rohto® - Titisan Mata Antibakteria

Kegunaan

Apakah kegunaan Titisan Mata Antibakteria Rohto®?

Titik mata antibakteria Rohto® biasanya digunakan untuk anti-infeksi mata dan antiseptik.

Bagaimanakah saya perlu ambil Titisan Mata Antibakteria Rohto®?

Untuk bentuk ambilan topikal, anda harus:

  • Guna titisan mata antibakteria Rohto® di mata anda seperti yang diarahkan oleh doktor anda mengenai: Dos, jadual
  • Bacalah label dengan teliti sebelum menggunakan titisan mata antibakteria Rohto®
  • Rujuk doktor anda untuk sebarang maklumat mengenai label yang anda tidak faham dengan jelas

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Titisan Mata Antibakteria Rohto®?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan ubatan ini di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama ubatan ini yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang ubatan ini ke dalam tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Titisan Mata Antibakteria Rohto®?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubatan ini atau ubat-ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain

Adakah selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Titisan Mata Antibakteria Rohto®?

Apabila menggunakan ubat ini, terdapat kesan sampingan seperti:

  • Pening
  • Mengantuk
  • Kehilangan koordinasi
  • Mulut, hidung, atau tekak kering
  • Sembelit
  • Sakit perut
  • Mata kering
  • Penglihatan kabur
  • Rasa mengantuk siang hari atau “mabuk’ selepas penggunaan waktu malam

Beritahu doktor anda dengan segera jika mana-mana kesan sampingan berikut berlaku:

  • Degupan jantung kencang atau dada anda berombak
  • Kencing yang menyakitkan atau sukar
  • Sedikit atau tidak kencing
  • Kekeliruan, perasaan seperti anda mungkin akan pengsan
  • Ketegangan di leher atau rahang anda
  • Pergerakan lidah anda tidak terkawal

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai sebarang tanda reaksi alergi seperti geligata, pernafasan sukar, bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Titisan Mata Antibakteria Rohto®?

Ubatan ini mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:

  • Asid Aminocaproic
  • Chlorpheniramine Maleate
  • Dipotassium Glycyrrhizinate
  • Sulfamethoxazole Sodium

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Titisan Mata Antibakteria Rohto®?

Ubatan ini mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ianya berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Titisan Mata Antibakteria Rohto®?

Ubatan ini akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Titisan Mata Antibakteria Rohto®.

Apakah dos Titisan Mata Antibakteria Rohto® yang sesuai untuk seorang dewasa?

Dos yang disyorkan untuk orang dewasa ialah 1 atau 2 titis / masa diambil 5-6 kali sehari.

Apakah dos Titisan Mata Antibakteria Rohto® yang sesuai untuk kanak-kanak?

Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk ketersediaan Titisan Mata Antibakteria Rohto®?

Titisan Mata Antibakteria Rohto® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Titisan; Ophthalmic; Asid Aminocaproic 2%; Chlorpheniramine Maleate 0.02%; Dipotassium Glycyrrhizinate 0.1%; Sulfamethoxazole natrium 4%

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos Titisan Mata Antibakteria Rohto®?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos ubatan ini, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir sehingga masa dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Rohto Antibacterial.

http://www.ndrugs.com/?s=Rohto%20antibacterial%20eye%20drops. Accessed March, 1, 2017.

Rohto Antibacterial.

http://drugs-about.com/drugs-r/Rohto-antibacterial-eye-drops.html. Accessed March, 1, 2017.

Rohto Antibacterial.

http://antibacterialdrugdevelopmentsummit.com/. Accessed March, 1, 2017.

Rohto Antibacterial.

http://www.Rohtoeyedrops.com/faqs/. Accessed March, 1, 2017.

Versi Terbaru

19/12/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Terlebih Kafein: Simptom, Punca & Faktor Risiko

Tak Boleh Pandai-Pandai Ambil Ubat Tahan Sakit Ponstan, Ada Kesan Sampingan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan