Kegunaan
Apa itu Pelega Batuk, Demam, dan Selsema DayClear?
Pelega batuk, demam dan selsema Dayclear® biasanya digunakan secara sementara untuk melegakan simptom demam biasa dan selsema ini:
- Batuk.
- Hidung tersumbat.
- Sakit atau lenguh biasa.
- Sakit tekak.
- Sakit kepala.
- Demam.
Ia juga membantu mencairkan kahak (mukus) dan rembesan bronkial yang nipis untuk membuang mukus yang menganggu laluan bronkial dan menjadikan batuk lebih produktif.
Bagaimanakah kegunaan Pelega Batuk, Demam, dan Selsema DayClear?
Ubat ini boleh didapati dalam bentuk cecair. Ambil ubat ini melalui mulut dengan segelas penuh air. Tanya doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana saya menyimpan Pelega Batuk, Demam, dan Selsema DayClear?
Pelega batuk, demam dan selsema Dayclear® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan pelega batuk, demam dan selsema Dayclear® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama pelega batuk, demam dan selsema Dayclear® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang pelega batuk, demam dan selsema Dayclear® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.
Langkah berjaga-jaga & amaran
Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Pelega Batuk, Demam, dan Selsema DayClear?
Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:
- Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
- Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
- Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif pelega batuk, demam dan selsema Dayclear® atau ubat-ubatan lain.
- Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
- Anda pernah mengalami reaksi alahan terhadap salisilat (termasuk aspirin) atau mana-mana ubat pelega kesakitan/demam.
- Anda sedang mengambil preskripsi perencat monoamine oxidase (MAOI)(ubat yang digunakan untuk depresi, psikiatrik atau keadaan emosi, atau penyakit Parkinson), atau 2 minggu selepas berhenti daripada mengambil MAOI. Jika anda tidak tahu sama ada ubat preskripsi anda mengandungi MAOI atau tidak, tanya doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil produk ini.
- Anak anda di bawah usia 12 tahun.
- Pendarahan perut.
- Anda mempunyai sejarah masalah perut, seperti pedih ulu hati atau jika anda mempunyai masalah ulser atau pendarahan.
- Anda mempunyai tekanan darah tinggi, penyakit jantung, sirosis hati, penyakit buah pinggang, diabetes atau masalah tiroid.
- Anda mengalami batuk dengan kahak (mukus) yang banyak.
- Anda mempunyai masalah ketika kencing disebabkan oleh kelenjar prostat yang membesar.
- Anda mengalami batuk yang berterusan atau kronik seperti yang berlaku dengan merokok, asma, bronkitis kronik, atau emfisema.
- Anda mempunyai penyakit pulmonari kronik atau sesak nafas.
- Anda mengamalkan diet kurang sodium.
- Anda mengambil diuretik.
Adakah selamat untuk mengambil Pelega Batuk, Demam, dan Selsema DayClear semasa mengandung atau menyusukan bayi?
Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan pelega batuk, demam dan selsema Dayclear® semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil pelega batuk, demam dan selsema Dayclear®.
Kesan Sampingan
Apakah kesan sampingan ubat ini?
Berhenti guna dan tanya doktor jika berlaku reaksi alahan.
Dapatkan bantuan perubatan dengan segera jika:
- Sakit, batuk, atau hidung tersumbat menjadi semakin teruk atau berlaku lebih daripada 3 hari
- Terdapat kemerahan atau bengkak..
- Simptom baharu berlaku.
- Bunyi deringan dalam telinga atau hilang pendengaran.
- Batuk datang kembali atau berlaku dengan ruam atau sakit kepala yang berterusan. Ini boleh jadi petanda kepada keadaan yang serius.
- Tanda-tanda pendarahan perut.
- Rasa mahu pitam.
- Muntah darah.
- Najis berdarah atau hitam.
- Sakit perut yang tidak bertambah baik.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Tindakbalas
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Pelega Batuk, Demam, dan Selsema DayClear?
Pelega batuk, demam dan selsema Dayclear® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.
Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Pelega Batuk, Demam, dan Selsema DayClear?
Pelega batuk, demam dan selsema Dayclear® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.
Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Pelega Batuk, Demam, dan Selsema DayClear?
Pelega batuk, demam dan selsema Dayclear® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?
Orang dewasa dan kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas:
30 mL (2 sudu makan) setiap 4 jam.
Jangan melebihi 180 mL (12 sudu makan) dalam masa 24 jam.
Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?
Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik kerana ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.
Apakah bentuk penyediaan ubat ini?
Pelega batuk, demam dan selsema Dayclear® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:
- Cecair
Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.
Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos pelega batuk, demam dan selsema Dayclear®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
[embed-health-tool-bmi]