backup og meta

Norgesic

Kegunaan

Apakah kegunaan Norgesic® (aspirin / caffeine / orphenadrine)?

Norgesic biasanya digunakan untuk merawat kecederaan atau keadaan lain bagi otot yang sakit.

Bagaimanakah pengambilan Norgesic® (aspirin / caffeine / orphenadrine) dilakukan?

Ambil Norgesic sama seperti yang diarahkan oleh doktor anda. Jika anda tidak memahami arahan ini, tanya ahli farmasi, jururawat, atau doktor untuk menerangkan kepada anda.

Ambil setiap dos dengan segelas penuh air.

Jangan ambil ubat ini lebih daripada apa yang dipreskripsi. Jika kesakitan tidak dirawat dengan secukupnya, beritahu doktor anda.

Apakah kaedah penyimpanan Norgesic® (aspirin / caffeine / orphenadrine)?

Norgesic paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Norgesic di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Norgesic yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang ubat ini ke dalam mangkuk tandas atau menuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum mengambil Norgesic® (aspirin / caffeine / orphenadrine)?

Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif dalam Norgesic atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain

Adakah selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada kajian yang lengkap mengenai risiko apabila menggunakan ubat ini semasa mengandung dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Norgesic. ubat ini termasuk dalam risiko hamil kategori N, menurut Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) US.

Rujukan kategori risiko hamil FDA ialah:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko berdasarkan beberapa kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terdapat bukti positif terhadap risiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan-kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Norgesic® (aspirin / caffeine / orphenadrine)?

Kesan sampingan yang kurang serius boleh berlaku, seperti:

Berhenti daripada mengambil ubat ini jika anda menyedari kesan sampingan ini:

  • Reaksi alahan
  • Degupan jantung tidak sekata atau sangat laju
  • Keliru
  • Halusinasi
  • Tingkah laku abnormal
  • Najis merah, hitam atau berdarah
  • Muntah darah

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Norgesic® (aspirin / caffeine / orphenadrine)?

Norgesic boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.

Antara produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:

  • Antikoagulan seperti warfarin (Coumadin), heparin, enoxaparin (Lovenox), dalteparin (Fragmin), danaparoid (Orgaran), ardeparin (Normiflo), atau tinzaparin (Innohep)
  • Ubat antiradang tanpa steroid (NSAID) seperti ibuprofen (Motrin, Advil, Nuprin, lain-lain), ketoprofen (Orudis, Orudis KT, Oruvail), naproxen (Naprosyn, Anaprox, Aleve), diclofenac (Voltaren, Cataflam), nabumetone (Relafen), oxaprozin (Daypro), piroxicam (Feldene), etodolac (Lodine), fenoprofen (Nalfon), flurbiprofen (Ansaid), indomethacin (Indocin), ketorolac (Toradol), sulindac (Clinoril), atau tolmetin (Tolectin)
  • Salisilat yang lain seperti aspirin (Acuprin, Ecotrin, Ascriptin, Bayer, lain-lain)
  • Choline salicylate dan/atau magnesium salicylate (Magan, Doan’s, Formula Kesakitan Sakit Belakang Pilihan Bayer, Mobidin, Arthropan, Trilisate, Tricosal), atau salsalate (Disalcid)

Adakah makanan atau minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Norgesic® (aspirin / caffeine / orphenadrine)?

Ubat ini mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Norgesic® (aspirin / caffeine / orphenadrine)?

Norgesic akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.

Keadaan kesihatan ini termasuk:

  • Penyakit buah pinggang
  • Penyakit hati
  • Ulser atau sekatan perut atau usus
  • Pendarahan atau gangguan pembeku darah
  • Glaukoma
  • Kelenjar prostat atau sekatan saluran urinari (sukar kencing)
  • Miastenia gravis

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Norgesic®.

Apakah dos Norgesic® (aspirin / caffeine / orphenadrine)  yang sesuai untuk seorang dewasa?

Dos yang disarankan ialah 1 hingga 2 tablet 3 hingga 4 kali setiap hari.

Apakah dos Norgesic® (aspirin / caffeine / orphenadrine)  yang sesuai untuk kanak-kanak?

Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik kerana ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ubat ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah Norgesic® (aspirin / caffeine / orphenadrine)  boleh didapati?

Norgesic boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:

  • Tablet

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Norgesic, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Norgesic®.

https://www.drugs.com/dosage/Norgesic.html. Accessed 24 February 2017.

Versi Terbaru

29/11/2022

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

Terlebih Kafein: Simptom, Punca & Faktor Risiko

Tak Boleh Pandai-Pandai Ambil Ubat Tahan Sakit Ponstan, Ada Kesan Sampingan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 29/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan