Kegunaan
Apa itu Halls Defense® (Vitamin C)?
Halls Defense® digunakan bagi mencegah atau merawat paras Vitamin C yang rendah pada orang yang tidak mendapat vitamin yang cukup dalam diet mereka. Vitamin C memainkan peranan penting dalam badan. Vitamin C diperlukan bagi mengekalkan kesihatan kulit, tulang rawan, gigi, tulang, dan saluran darah. Vitamin C juga digunakan untuk melindungi sel badan anda daripada rosak. Ini dikenali sebagai antioksidan.
Bagaimanakah kegunaan ubat ini?
Jika anda mengambil kapsul lepasan lanjutan, telan kapsul tersebut sepenuhnya. Jangan pecah atau kunyah kapsul lepasan lanjutan atau tablet. Sekiranya anda berbuat sedemikian semua ubat ini akan keluar serentak dan menambahkan lagi risiko kesan sampingan. Selain itu, jangan bahagikan tablet lepasan lanjutan melainkan tablet tersebut mempunyai garisan pemisah dan doktor atau ahli farmasi meminta ada untuk melakukannya. Telan ubat ini sepenuhnya atau bahagikan tablet tanpa dipecahkan atau dikunyah. Ambil produk ini dengan segelas penuh air (8 auns/240 mililiter) melainkan doktor mengarahkan anda yang sebaliknya.
Jika anda mengambil tablet wafer atau boleh kunyah, kunyah kesemua tablet dan kemudian baru telan. Jika anda mengambil lozeng, letakkan lozeng di dalam mulut anda dan biarkan ia larut perlahan-lahan.
Jika anda mengambil dalam bentuk serbuk, campur serbuk itu dengan baik dalam kuantiti cecair yang betul dan kacau dengan baik. Minum terus semua cecair tersebut. Jangan sediakan larutan untuk kegunaan seterusnya. Jika anda mengambil vitamin ini dalam bentuk cecair, berhati-hati dalam menyukat dos menggunakan alat/sudu penyukat khas. Jangan guna sudu dapur kerana anda mungkin tidak dapat dos yang tepat.
Bagaimana saya menyimpan ubat ini?
Halls Defense® paling baik disimpan pada suhu bilik, jauh dari cahaya matahari dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Halls Defense® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin terdapat jenama Halls Defense® yang berbeza dan memerlukan kaedah penyimpanan yang berlainan. Penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk bagi mengetahui arahan tentang kaedah penyimpanan, atau tanya ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda harus menyimpan semua ubat jauh daripada kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang Halls Defense® ke dalam tandas atau tuang ubat ini ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Penting untuk melupuskan produk ini dengan cara yang betul apabila telah tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi untuk maklumat lanjut tentang cara pelupusan produk dengan selamat.
Langkah berjaga-jaga dan amaran
Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?
Sebelum mengambil ubat ini, beritahu doktor anda jika:
- Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya boleh mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
- Anda mengambil sebarang ubat lain termasuk yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan makanan tambahan.
- Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif dalam Halls Defense® atau ubat-ubatan lain.
Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?
Tiada maklumat yang lengkap tentang keselamatan penggunaan Halls Defense® semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila berunding dengan doktor untuk memahami manfaat dan risiko sebelum mengambil Halls Defense®.
Kesan Sampingan
Apakah kesan sampingan ubat ini?
Jika mana-mana kesan berikut berlarutan atau bertambah teruk, segera beritahu doktor atau ahli farmasi:
- Cirit birit.
- Mual.
- Muntah.
- Kejang / sakit pada abdomen.
- Pedih ulu hati.
Segera beritahu doktor anda jika sebarang kesan sampingan yang jarang berlaku tetapi sangat serius ini terjadi:
- Sakit ketika kencing.
- Urin berwarna merah jambu atau berdarah.
Reaksi alahan yang sangat teruk terhadap ubat ini jarang berlaku. Walau bagaimanapun, segera dapatkan perhatian perubatan jika anda menyedari mana-mana simptom reaksi alahan yang serius, termasuk:
- Ruam.
- Gatal / bengkak (terutamanya pada muka/lidah/kerongkong).
- Sukar bernafas.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Tindak Balas
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?
Halls Defense® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang sedang anda ambil, di mana ia boleh mengubah fungsi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Bagi mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat tanpa sebarang kebenaran daripada doktor.
Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?
Halls Defense® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan risiko bagi kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas, sebelum menggunakannya.
Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?
Halls Defense® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Oleh itu, sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi mengenai keadaan kesihatan anda sekarang.
Keadaan kesihatan ini termasuk:
- Penyakit buah pinggang (seperti batu karang buah pinggang).
- Kekurangan enzim tertentu (kekurangan G6PD).
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?
Dos yang disarankan ialah 1 hingga 2 kali sehari.
Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?
Tiada dos dibuat untuk pesakit pediatrik kerana ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ubat ini mungkin tidak selamat untuk anak anda. Penting untuk memahami keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila rujuk doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.
Apakah bentuk penyediaan ubat ini?
Halls Defense® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan berikut:
- Kapsul lepasan lanjutan.
- Tablet boleh kunyah.
- Serbuk.
Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan setempat anda atau pergi ke unit kecemasan di hospital yang berdekatan.
Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Halls Defense®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika sudah menghampiri masa untuk dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas itu dan ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
[embed-health-tool-bmi]