backup og meta

DayQuil

Kegunaan

Apa itu DayQuil?

DayQuil® digunakan untuk melegakan simptom selesema buat sementara waktu:

  • Hidung tersumbat.
  • Sinus tersumbat.
  • Batuk disebabkan ketidakselesaan tekak dan rongga pernafasan.
  • Sakit- sakit badan.
  • Sakit kepala.
  • Demam.
  • Sakit tekak.
  • Laluan hidung membengkak.

Ia juga digunakan untuk melegakan kahak dan mencairkan cecair lendir di rongga pernafasan dan membuat batuk berkahak.

Bagaimanakah kegunaan DayQuil?

Ambil sebagaimana yang diarahkan.

Jangan melebihi 4 dos dalam 24 jam.

Jangan mengambil dos melebihi daripada yang sepatutnya. Dos acetaminophen berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada hati dan boleh membawa maut.

Kanak-kanak di bawah 4 tahun tidak boleh mengambil ubat ini. Mintalah nasihat doktor sebelum memberi ubat batuk dan demam kepada kanak-kanak. Kematian dalam kalangan kanak-kanak boleh berlaku disebabkan penyalahgunaan ubat batuk dan demam.

Bagaimana saya menyimpan DayQuil?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama  yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan DayQuil?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor, seperti herba atau supplemen.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada DayQuil® atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Produk ini mengandungi acetaminophen. Kerosakan hati yang serius boleh berlaku jika anda mengambil:

  • Lebih daripada 4 dos dalam 24 jam, kuantiti maksimum untuk produk ini untuk sehari.
  • Ubat lain yang turut mengandungi acetaminophen.
  • 3 atau lebih minuman beralkohol setiap hari ketika menggunakan produk ini.

Jika sakit tekak berterusan dan semakin teruk lebih dari dua hari, diikuti atau bersama demam,sakit kepala, gatal-gatal kulit, loya, atau muntah, sila berunding dengan doktor anda dengan segera.

Adakah selamat untuk mengambil DayQuil semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan DayQuil® semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil DayQuil®. DayQuil® mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) berada di kategori  bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko.
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian.
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko.
  • D=Terbukti berisiko.
  • X=Kontraindikasi.
  • N=Tidak diketahui.

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Kesan sampingan yang biasa termasuklah:

  • Pening kepala.
  • Lemah badan.
  • Sakit kepala.
  • Loya.
  • Cirit-birit.
  • Perut tidak selesa.
  • Kering mulut,hidung atau tekak.
  • Rasa gementar, tidak senang duduk atau gemuruh.
  • Masalah tidur (insomnia).

Berhenti penggunaannya dan sila berjumpa dengan doktor segera jika anda menyedari:

  • Gemuruh, pening kepala atau tidak boleh tidur.
  • Sakit, hidung tersumbat, atau batuk semakin teruk atau berterusan melebihi 7 hari.
  • Demam semakin teruk atau berterusan melebihi 3 hari.
  • Merah atau membengkak.
  • Simptom baru.
  • Batuk datang kembali atau beserta gatal kulit atau sakit kepala.

Ini mungkin menandakan keadaan semakin serius.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindakbalas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas DayQuil?

DayQuil® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas DayQuil?

DayQuil®mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan DayQuil?

DayQuil® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Dos yang disarankan ialah dua tablet setiap 4 jam.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Kanak-kanak 12 tahun dan ke atas: dua tablet setiap 4 jam.

Kanak-kanak 4-12 tahun: sila rujuk doktor.

Kanak-kanak dibawah 4 tahun. Jangan guna.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

DayQuil® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos DayQuil®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Vicks DayQuil Severe Cold & Flu Caplet. http://www.otcguide.net/product/2209/7733. Accessed January 4, 2017
DAYQUIL™ SEVERE COLD & FLU RELIEF CAPLETS. http://vicks.com/en-us/shop-products/dayquil/dayquil-severe-cold-flu-caplets. Accessed January 4, 2017.

Versi Terbaru

19/12/2019

Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Terlebih Kafein: Simptom, Punca & Faktor Risiko

Tak Boleh Pandai-Pandai Ambil Ubat Tahan Sakit Ponstan, Ada Kesan Sampingan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 19/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan