Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group
Azithromycin digunakan bagi merawat pelbagai jenis jangkitan bakteria. Ianya ialah antibiotik jenis-macrolide. Ia berkesan dengan menghentikan tumbesaran bakteria.
Ubatan ini tidak akan berkesan bagi jangkitan virus (seperti demam selsema, flu). Penggunaan tanpa keperluan atau penyalahgunaan mana-mana antibiotik akan membawa kepada kurangnya keberkesanan ianya nanti.
Ambil ubatan ini sebagaimana diarahkan oleh doktor anda, biasanya sekali sehari bersama atau tanpa ambilan makanan. Anda boleh mengambil ubatan ini semasa berlakunya masalah perut meragam. Dos adalah berdasarkan keadaaan medikal anda dan tindak balas anda pada rawatan.
Antibiotik paling berkesan sekiranya diambil dengan jumlah yang tetap dalam badan anda. Maka, ambil ubatan ini pada waktu yang sama setiap hari.
Teruskan pengambilan ubatan sehingga jumlah preskribsi penuh dihabiskan, walaupun simptomm hilang selepas beberapa hari. Penghentian ubatan terlalu awal boleh memberi peluang kepada bakteria untuk terus membesar, yang boleh mengakibatkan kembalinya jangkitan.
Antasid mengandungu aluminium atau magnesium boleh merendahkan kadar penyerapan azithromycin sekiranya diambil bersama. Sekiranya anda mengambil ubatan antasid menngandungi aluminiu atau magnesium, tunggu sekurang-kurangnya 2 jam sebelum atau selepas pengambilan azithromycin.
Beritahu pada doktor anda sekiranya keadaan berterusan atau bertambah teruk.
Azithromycin paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Azithromycin di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Azithromycin yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang Azithromycin ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Sebelum mengambil ubatan ini, sila beritahu doktor anda sekiranya:
Beritahu pada doktor anda sekiranya anda pernah mengalami jaundis (kekuningan pada kulit atau mata) atau lain-lain masalah hati semasa pengambilan azithromycin. Doktor anda kemungkinan akan memberitau anda untuk tidak mengambil ubatan ini.
Beritahu doktor anda sekiranya sesiapa dalam ahli qeluarga anda pernah mengalami jarak QT panjang (keadaan masalah jantung yang nadir yang boleh mengakibatkan degupan tidak sekata, pengsan, taua kematian mengejut) atau degupan yang pantas, perlahan, atau tidak tetap, dan jika anda mempunyai kadar magnesium yang rendah atau potassium dalam darah, sekiranya anda mengalami jangkitan darah; kegagalan jantung; fibrosis sistik; AIDS atau jangkitan HIV; myasthenia gravis (satu masalah pada otot dan saraf yang mengawalnya); atau jika anda mempunyai penyakit buah pinggang atau hati.
Sekiranya anda mengambil antasid mengandungi aluminium hidroksida atau magnesium hidroksida (Maalox, Mylanta, Tums, dan lain-lain), anda akan perlu memberi sedikit masa antara masa anda mengambil dos antasid dan masa anda mengambil dos tablet atau cecairr azithromyin. Tanyakan pada doktor atau ahli farmasi tentang berapa jam sebelum atau selepas anda mengambil azithromyin jarak antara anda mengambil ubatan ini. Cecair pelepasan lanjutan boleh diambil bila-bila masa bersama antasid.
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Kadar risiko hamil Azithromycin adalah di bawah kategori B berdasarkan US Food and Drug Administration (FDA).
Rujukan risiko mengandung menurut FDA:
Dapatkan bantuan kecemasan medikal sekiranya anda mengalami mana-mana di antara gejala tindak balas alahan: gegligata; kesukaran bernafas; bengkak pada muka, bibir, lidah, atau tekak.
Hentikan penggunaan azithromycin dan hubungi doktor anda terus sekiranya anda mengalami kesan sampingan serius seperti:
Kesan sampingan yang kurang serius termasuklah:
Bukan semua akan mengalami kesan sampingan ini. Mungkin ada beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Sekiranya anda mempunyai sebarang kerisauan mengenai kesan sampingan, sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi anda.
Azithromycin mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.
Produk yang boleh bertindak balas dengan ubatan ini ialah:
Azithromycin mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.
Azithromycin akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.
Keadaan kesihatan yang mungkin bertindakbalas dengan ubatan ini:
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Infeksi kulit dan tisu lembut – Oral
Dewasa: 500 mg sekali sehari selama 3 hari. Alternative lain, 500 mg sebagai dos tunggal pada hari pertama, diikuti 250 mg sekali sehari selama 4 hari.
Jangkitan salur pernafasan- Oral
Dewasa: 500 mg sekali sehari selama 3 hari. Alternative lain, 500 mg sebagai dos tunggal pada hari pertama, diikuti 250 mg sekali sehari selama 4 hari.
Jangkitan infeksi genital tanpa komplikasi disebabkan Chlamydia trachomatis- Oral
Dewasa: 1 g sebagai dos tunggal.
Gonorrheaa tanpa komplikasi- Oral
Dewasa: 2 g sebagai dos tunggal
Profilaksis penyebaran jangkitan Mycobacterium avium complex (MAC)- Oral
Dewasa: 1.2 g sekali seminggu. Untuk rawatan atau profilaksis kedua: 500 mg sekali sehari dengan antimycobacterial lain.
Kanak-kanak: >6 bulan: 10 mg/kg sekali sehari selama 3 hari.
Granuloma inguinale – Oral
Dewasa: Permulaan, 1 g diikuti 500 mg harian. Secara alternative, 1 g sehari seminggu untuk sekurang-kuranya 3 minggu, sehingga semua lesi sembuh sepenuhnya.
Intravena – Immunisasi aktif melawan jangkitan demam tifoid sesebabkan Salmunella typhi
Adult: 500 mg once daily for 7 days.
Dewasa: 500 mg sekali sehari selama 7 hari.
Infeksi kulit dan tisu lembut – Oral
Kanak-kanak: >6 bulan: 10 mg/kg; 15-25 kg: 200 mg; 26-35 kg: 300 mg; 36-45 kg: 400 mg.
Dos diambil sekali sehari selama 3 hari.
Jangkitan salur pernafasan- Oral
Kanak-kanak: >6 bulan: 10 mg/kg; 15-25 kg: 200 mg; 26-35 kg: 300 mg; 36-45 kg: 400 mg.
Dos diambil sekali sehari selama 3 hari.
Profilaksis penyebaran jangkitan Mycobacterium avium complex (MAC)- Oral
Kanak-kanak: >6 bulan: 10 mg/kg sekali sehari selama 3 hari.
AZO Urinary Pain Relief® (phenazopyridine) boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Azithromycin, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen