Kegunaan
Apa itu Zedcal Op?
Zedcal® Op selalunya digunakan untuk merawat kalsium rendah dalam badan, memperlahan atau menghentikan kehilangan kalsium dari tulang bagi osteoporosis (penipisan tulang), merawat mereka yang tidak mendapat kalsium yang secukupnya dalam pemakanan.
Zedcal® Op boleh diberi untuk kegunaan lain juga, sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakah kegunaan Zedcal Op?
Patuhi semua arahan pada label perskripsi.
Jangan ambil ubat ini melebihi atau kurang dari kuantiti yang diarahkan atau lebih lama dari yang disyorkan.
Makan Zedcal® Op bersama segelas air, jangan kunyah atau patahkannya, telan sebiji sekaligus.
Sila bertanya kepada pegawai perubatan jika ada sebarang persoalan tentang cara pengambilan ubat ini.
Bagaimana saya menyimpan Zedcal Op?
Ia paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Langkah berjaga-jaga & amaran
Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Zedcal Op?
Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:
- Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
- Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
- Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubat ini atau ubat lain.
- Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.
Adakah selamat untuk mengambil Zedcal Op semasa mengandung atau menyusukan bayi?
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.
Kesan Sampingan
Apakah kesan sampingan ubat ini?
Zedcal® Op boleh menyebabkan kesan sampingan yang berikut seperti:
- Loya
- Sakit abdomen
- Cirit-birit
- Sembelit
Berhenti mengambil ubat ini dan dapatkan naishat dari doktor jika anda mengalami sebarang gejala alergik: ruam, kegatalan, sukar bernafas, atau bengkak pada muka, bibir, tekak atau lidah.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Tindakbalas
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Zedcal Op?
Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.
Adakah makanan atau alkohol bertindak balas Zedcal Op?
Ia mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.
Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Zedcal Op?
Ia akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.
Keadaan kesihatan yang dimaksudkan ialah:
- Hyperkalsemia
- Ketoksikan vitamin D
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?
Dos yang disyorkan ialah 1 tablet, 2-3 kali sehari
Doktor anda mungkin mengarahkan dos yang lain.
Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?
Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.
Apakah bentuk penyediaan ubat ini?
Zedcal® Op tersedia dalam bentuk dan kekuatan:
- Tablet oral: Calcitriol 0.25 mcg, Calcium (Calcium carbonate) 250mg, Zinc (Zinc Sulfate) 7.5mg
Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
[embed-health-tool-bmi]