Kegunaan
Apa itu Vitamin B2 (Riboflavin)?
Vitamin B2 (riboflavin) biasanya digunakan untuk kekurangan riboflavin. Vitamin B2 dan vitamin B yang lain membantu badan anda untuk membina sel darah merah dan menyokong fungsi-fungsi sel yang lain yang berperanan menyumbang tenaga.
Ada beberapa keadaan yang boleh meningkatkan keperluan anda untuk riboflavin. Antaranya:
- Alkoholisme;
- Melecur;
- Kanser;
- Cirit-birit;
- Demam;
- Penyakit (illness);
- Jangkitan;
- Penyakit usus;
- Penyakit hati (liver);
- Thyroid terlebih aktif;
- Kecederaan serius;
- Tekanan perasaan;
- Pembedahan pengeluaran bahagian perut.
Di samping itu, riboflavin boleh diberi kepada bayi yang mengalami kandungan bilirubin yang tinggi di dalam darah (hyperbilirubinemia).
Keperluan tambahan bagi riboflavin patut ditentukan oleh ahli perubatan yang professional.
Dakwaan bahawa riboflavin berkesan merawat jerawat, beberapa jenis anemia (kekurangan darah), migraine, dan kekejangan otot masih belum dibuktikan.
Bagaimanakah kegunaan Vitamin B2 (Riboflavin)?
Vitamin B2 perlu diambil bersama makanan dan digunakan sebagaimana arahan pada label, atau preskripsi dari doktor. Jangan gunakan lebih besar atau lebih kecil dari jumlah yang disarankan.
Keperluan yang disarankan bagi penggunaan harian riboflavin meningkat seiring usia. Ikuti arahan doktor.
Bagaimana saya menyimpan Vitamin B2 (Riboflavin)?
Vitamin B2 paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Vitamin B2 di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Vitamin B2 yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang Vitamin B2 ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Langkah berjaga-jaga dan amaran
Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan Vitamin B2 (Riboflavin)?
Tanyakan pad doktor atau ahli farmasi samaada ianya selamat atau tidak bagi anda mengambil ubat ini sekiranya anda mengalami masalah kesihatan, terutamanya penyakit di pundi hempedu; cirrhosis atau penyakit hati yang lain.
Adakah selamat untuk mengambil Vitamin B2 (Riboflavin) semasa mengandung atau menyusukan bayi?
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini.
Kesan Sampingan
Apakah kesan sampingan Vitamin B2 (Riboflavin)?
Biasanya, riboflavin (bahan aktif di dalam Vitamin B2) tidak memberi sebarang kesan sampingan. Rujuk ahli perubatan professional sekiranya anda perasan ada sebarang kesan yang lain selepas penggunaannya. Dapatkan bantuan perubatan kecemasan sekiranya terdapat sebarang tanda alergik: kegatalan; kesukaran bernafas; bengkak bahagian muka, bibir, lidah, atau tekak.
Hubungi doktor jika anda mengalami cirit birit atau kekerapan membuang air kecil semakin meningkat. Ini mungkin gejala bahawa anda mengambil terlalu banyak riboflavin.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan yang dinyatakan. Mungkin ada beberapa kesan sampingan lain yang tidak dinyatakan. Sekiranya anda mempunyai persoalan tentang kesan sampingan, sila rujuk terus pada doktor atau ahli farmasi.
Tindak Balas
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas Vitamin B2 (Riboflavin)?
Vitamin B2 mempunyai tindakbalas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindakbalas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.
Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan Vitamin B2 (Riboflavin)?
Vitamin B2 (Riboflavin) mungkin mempunyai tindakbalas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.
Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Vitamin B2 (Riboflavin)?
Vitamin B2 (Riboflavin) akan bertindakbalas dengan keadaan kesihatan anda. Tindakbalas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda,
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?
Oral
Profilaksis (mengelak) dari kekurangan rioflavin: 1-2 mg harian.
Oral
Kekurangan riboflavin: hingga 30 mg sehari, dos yang telah dibahagikan.
Oral
Anemia mikrositik. Dikaitkan dengan splenomegaly dan kekurangan glutathione reductase: 10 mg harian selama 10 hari.
Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?
Oral
Kekurangan riboflavin: 3-10 mg harian.
Apakah bentuk penyediaan Vitamin B2 (Riboflavin)?
Voltamicin® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:
- Kapsul 5 mg, 10 mg, 25 mg, 50 mg, 100 mg, 250 mg.
- Tablet 5 mg, 10 mg, 25 mg, 50 mg, 100 mg, 250 mg.
- Cecair 5 mg/ml, 10 mg/ml.
Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Voltamicin®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir masa dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
[embed-health-tool-bmi]