backup og meta

Terramycin

Kegunaan

Apakah kegunaan Terramycin® (oxytetracycline)?

Terramycin digunakan hanya untuk merawat atau mencegah jangkitan yang disahkan atau diyakini disebabkan oleh bakteria.

Bagaimanakah saya harus mengambil Terramycin® (oxytetracycline)?

Gunakanlah Terramycin sebagaimana diarahkan oleh doktor anda.

Jangan gunakan ubat ini melebihi daripada yang disyorkan.

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Terramycin® (oxytetracycline)?

Ia paling baik disimpan pada suhu bilik yang jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke dalam mangkuk tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambilnya?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada ubat ini atau ubat lain
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain

Adakah ia selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Ubat ini ialah dadah berkategori D dan mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), ia berisiko kepada perempuan yang mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan yang boleh berlaku daripada Terramycin® (oxytetracycline)?

Kesan sampingan mungkin termasuk:

  • Gastrointestinal: anorexia, loya, muntah, cirit-birit, glossitis, sukar untuk menelan, enterocolitis dan penyakit radang (dengan ketumbuhan monilia) di kawasan kemaluan dan dubur
  • Kulit: ruam makulopapular dan erythemathous.  Jangkitan kulit yang menggelupas juga dilaporkan tetapi jarang berlaku. Sensitif terhadap cahaya dibincangkan di atas
  • Tindak balas hypersensitivity: geligata, edema angioneurotix, anaphylaxis, anaphylactoid purpura, jangkita pericordium dan penampakan systemic lupus erythematosus
  • Fontanel yang membonjol pada bayi dan darah tinggi intrakranial benigna pada orang dewasa juga dilaporkan oleh individu yang menerima dos rawatan sepenuhnya. Keadaan ini hilang dengan cepat apabila ubat dihentikan
  • Darah: hemolytic anemia, thrombocytopenia, neutropenia dan eosinophilia juga dilaporkan

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Terramycin® (oxytetracycline)?

Terramycin mungkin mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Terramycin® (oxytetracycline)?

Terramycin mungkin mempunyai tindak balas terhadap makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Terramycin® (oxytetracycline)?

Terramycin mungkin akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Terramycin® (oxytetracycline).

Apakah dos yang sesuai untuk seorang dewasa?

Orang dewasa: Dos harian biasa, 1-2 g dibahagikan kepada 4 dos yang sama, bergantung kepada tahap jangkitan.

Rawatan harus diberhentikan sekurang-kurangnya 24-48 jam selepas simptom dan demam berkurangan.

Untuk rawatan brucellosis, 500 mg oxytetracyclie empat kali sehari  untuk 3 minggu dan harus disertakan dengan streptomycin, 1gm intramuscular dua kali sehari minggu pertama, dan sekali sehari untuk minggu kedua.

Untuk rawatan biasa gonorrhea, apabila penicillin tidak boleh digunakan, tetracycline mungkin digunakan untuk rawatan kepada kedua-dua lelaki dan wanita mengikut dos berjadual yang berikut: 1.5 gm permulaan diikuti 0.5 gm q.i.d untuk dos keseluruhan 9.0 gm.

Untuk rawatan syphillis, kesemua 30-40 gm dibahagikan sama rata kepada jangka masa 10-15 hari harus diberikan. Pemantauan yang rapi, termasuklah ujian makmal adalah disyorkan.

Pengurusan jumlah cecair yang mencukupi bersama-sama ubat berbentuk kapsul dan tablet dalam kelas tetracycline adalah dinasihatkan bagi menyingkirkan ubat daripada badan dan mengurangkan risiko esophageal irritation dan ulceration.

Apakah dos yang sesuai untuk kanak-kanak?

Untuk kanak-kanak atas lapan tahun: dos harian biasa, 10-20 mg per pound (20-50 mg/kg) daripada berat badan dibahagikan kepada empat dos yang sama rata.

Bagaimanakah Terramycin® (oxytetracycline) disediakan?

Terramycin tersedia di dalam bentuk dan dos seperti:

  • Kapsul 300 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

19/12/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Terlebih Kafein: Simptom, Punca & Faktor Risiko

Tak Boleh Pandai-Pandai Ambil Ubat Tahan Sakit Ponstan, Ada Kesan Sampingan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan