backup og meta

Phosphalugel

Kegunaan

Apakah kegunaan Phosphalugel®?

Phosphalugel® biasanya digunakan untuk rawatan simptom terlalu banyak asid perut seperti sakit perut, pedih ulu hati, dan ketidakcernaan asid.

Apakah kaedah pengambilan Phosphalugel®?

Ambil Phosphalugel® dengan mulut dan seperti yang diarahkan. Jangan mengambilnya kurang atau mengambilnya lebih kerap daripada arahan pada label pakej atau yang disyorkan oleh doktor anda.

Apakah kaedah penyimpanan Phosphalugel®?

Phosphalugel® paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya terus dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Phosphalugel® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Phosphalugel® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Phosphalugel® ke dalam tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Phosphalugel®?

Sebelum mengambil Phosphalugel®, sila beritahu doktor anda:

  • Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif pada Phosphalugel® atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain

Antasid boleh mengurangkan keberkesanan ubat-ubatan lain. Sebagai langkah berjaga-jaga, jangan mengambil antasid pada masa yang sama dengan ubat lain. Ubat lain harus diambil secara berasingan daripada antasid.

Ubat Tetracycline, ubat zat besi, glikosida jantung perlu diambil 2 jam selepas mengambil Fosfalyugel.

Adakah Phosphalugel® selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil Phosphalugel®.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan yang boleh berlaku dari pengambilan Phosphalugel®?

Anda boleh mengalami sembelit apabila menggunakan ubat ini.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mungkin bertindak balas dengan Phosphalugel®?

Phosphalugel® boleh bertindak balas dengan ubat lain yang anda sedang ambil, yang mana boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang potensi tindak balas ubat, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat tanpa preskripsi, dan produk herba) dan kongsikan dengan doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat tanpa kelulusan doktor anda.

Adakah makanan atau minuman beralkohol bertindak balas dengan Phosphalugel®?

Phosphalugel® boleh bertindak balas dengan makanan atau minuman beralkohol dengan mengubah cara ubat berfungsi atau meningkatkan risiko untuk kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang potensi tindak balas makanan atau minuman beralkohol sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah keadaan kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan Phosphalugel®?

Phosphalugel® mungkin bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini boleh memburukkan keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat berfungsi. Adalah penting untuk sentiasa memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi anda tentang keadaan kesihatan yang anda sekarang.

Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Phosphalugel®.

Apakah dos Phosphalugel® untuk orang dewasa?

Sebagai peraturan umum, 1-2 sacet setiap dos 2-3 kali sehari.

Apakah dos Phosphalugel® untuk kanak-kanak?

Belum ada dos yang disyorkan untuk pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia sentiasa penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk ketersediaan Phosphalugel® yang boleh didapati?

Phosphalugel® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:

  • Ampaian oral 20 g

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Phosphalugel®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

19/12/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Terlebih Kafein: Simptom, Punca & Faktor Risiko

Tak Boleh Pandai-Pandai Ambil Ubat Tahan Sakit Ponstan, Ada Kesan Sampingan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 19/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan