Nexafed (Decongestants, Oral)

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 19/12/2019 . 4 minit bacaan
Share now

Kegunaan

Apakah kegunaan Nexafed® (Pseudoephedrine hydrochloride)?

Nexafed® biasanya digunakan untuk melegakan hidung tersumbat dan sakit / tekanan sinus yang disebabkan oleh jangkitan (seperti selesema biasa, flu) atau penyakit pernafasan lain (seperti demam hay, alahan, bronkitis).

Bagaimanakah saya perlu ambil Nexafed® (Pseudoephedrine hydrochloride)?

Untuk pengambilan secara oral anda harus:

  • Ambil Nexafed® dengan mulut seperti yang diarahkan oleh doktor anda mengenai: dos, jadual
  • Baca label dengan teliti sebelum menggunakan Nexafed®
  • Rujuk doktor anda untuk apa-apa maklumat mengenai label yang anda tidak fahami dengan jelas

Bagaimanakah kaedah penyimpanan Nexafed® (Pseudoephedrine hydrochloride)?

Nexafed® paling baik disimpan pada suhu bilik dan jauh dari cahaya langsung serta kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat anda, anda tidak boleh menyimpan Nexafed® di bilik air atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Nexafed® yang berbeza yang mempunyai keperluan storan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak bungkusan produk untuk mendapatkan maklumat arahan mengenai cara penyimpanan, atau bertanyakan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menjauhkan semua ubat-ubatan dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuang Nexafed® ke lubang tandas atau menuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk anda membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga & amaran

Apakah yang saya perlu tahu sebelum mengambil Nexafed® (Pseudoephedrine hydrochloride)?

Sebelum menggunakan ubat ini, maklumkan doktor anda jika:

  • Anda mengandung atau menyusu. Ini kerana, semasa anda menjangkakan kelahiran atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor
  • Anda mengambil sebarang ubat-ubatan lain. Ini termasuk apa-apa ubat yang anda ambil yang dibeli tanpa preskripsi doktor, seperti ubat herba dan supplemen
  • Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif dalam Nexafed® atau ubat-ubatan lain
  • Anda mempunyai sebarang penyakit, kesihatan  terganggu, atau keadaan perubatan yang lain

Adakah selamat digunakan ketika mengandung dan menyusukan bayi?

Tidak terdapat maklumat yang mencukupi mengenai keselamatan menggunakan Nexafed® semasa mengandung dan menyusu. Sentiasalah berunding dengan doktor anda untuk membuat pertimbangan antara manfaat dan risiko sebelum mengambil Nexafed®.

Kesan sampingan

Apakah kesan sampingan pengambilan Nexafed® (Pseudoephedrine hydrochloride)?

Beberapa kesan sampingan adalah seperti disenaraikan di bawah:

  • Reaksi alergik: Geligata (urticarial, kulit ruam merah membengkak); kesukaran bernafas; bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak
  • Degupan jantung laju, berdebar, atau tidak sekata
  • Pening atau rasa cemas
  • Mudah berlaku lebam atau pendarahan
  • Rasa lemah  yang luar biasa
  • Demam
  • Menggigil
  • Sakit badan
  • Simptom selesema
  • Tekanan darah tinggi yang berisiko tinggi (sakit kepala yang teruk, penglihatan kabur, berdesing di telinga, keresahan, kekeliruan, sakit dada, kesukaran bernafas, kadar denyutan jantung yang tidak seimbang, sawan)
  • Hilang selera makan
  • Rasa panas, kederiaan sesemut (tingling sensation), atau kemerahan di bawah kulit anda
  • Merasai gelisah atau tidak duduk diam (terutama pada kanak-kanak)
  • Masalah tidur (insomnia)
  • Ruam kulit atau gatal-gatal

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak balas ubat

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas dengan Nexafed® (Pseudoephedrine hydrochloride)?

Nexafed® mungkin bertindak balas dengan ubat-ubat lain yang sedang anda ambil, ia boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk kesan sampingan yang serius. Untuk mengelakkan sebarang interaksi dengan ubat yang berpotensi bertindak balas, anda harus menyimpan senarai semua ubat yang anda gunakan (termasuk ubat-ubat preskripsi, ubat-ubat  tanpa preskripsi, dan produk herba) dan berikannya kepada doktor dan ahli farmasi anda. Untuk keselamatan anda, jangan mulakan, berhenti atau ubah dos sebarang ubat tanpa kebenaran doktor anda

Produk yang boleh bertindak balas dengan ubat ini adalah:

  • Clorgyline
  • Dihydroergotamine
  • Furazolidone
  • Iproniazid
  • Isocarboxazid
  • Linezolid
  • Moclobemide
  • Nialamide
  • Pargyline
  • Phenelzine
  • Procarbazine
  • Rasagiline
  • Selegiline
  • Toloxatone
  • Tranylcypromine
  • Guanethidine
  • Methyldopa
  • Midodrine

Adakah makanan dan minuman beralkohol mempunyai tindak balas dengan Nexafed® (Pseudoephedrine hydrochloride)?

Nexafed® boleh bertindak balas dengan makanan atau alkohol dengan mengubah cara ubat bertindak atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Sila berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang apa-apa makanan berpotensi bertindak balas atau interaksi alkohol dengan ubat sebelum menggunakannya.

Apakah keadaan kesihatan yang menyebabkan tindak balas dengan Nexafed® (Pseudoephedrine hydrochloride)?

Nexafed® boleh bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini boleh memperburuk keadaan kesihatan anda atau mengubah cara ubat bertindak. Adalah penting untuk sentiasa memaklumkan kepada doktor dan ahli  farmasi anda tentang segala keadaan kesihatan yang anda sekarang.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan Nexafed® (Pseudoephedrine hydrochloride).

Apakah dos Nefaxed® (diclofenac Na, gentamicin sulfate) yang sesuai untuk seorang dewasa?

Dos yang disyorkan untuk dewasa adalah 30 hingga 60 mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam seperti yang diperlukan. Dos harian maksimum ialah 240 mg / hari.

Apakah dos Nefaxed® (diclofenac Na, gentamicin sulfate) yang sesuai untuk kanak-kanak?

Bagi kanak-kanak dari 2 tahun hingga 5 tahun, dos yang disyorkan ialah 15 mg setiap 6 jam. Dos harian maksimum ialah 60 mg / hari.

Bagi kanak-kanak dari 6 hingga 12 tahun, dos yang disyorkan ialah 30 mg setiap 6 jam. Dos harian maksimum ialah 120 mg / hari.

Bagi kanak-kanak berusia lebih 12 tahun, dos yang disyorkan adalah 30 hingga 60 mg secara oral setiap 4 hingga 6 jam sepertimana diperlukan. Dos harian maksimum ialah 240 mg / hari.

Ketersediaan Nefaxed ® (diclofenac Na, gentamicin sulfate)

Nefaxed® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Tablet 30 mg

Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Bagaimanakah pula jika saya terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Nefaxed®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ada Masalah Botak Dan Rambut Beruban? Jaga-jaga! Anda Mungkin Menghidap Sakit Jantung

    Sakit jantung adalah keadaan kesihatan yang menakutkan. Tabiat merokok, obesiti dan penyakit kronik boleh menyumbang kepada risiko penyakit jantung.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Lelaki 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Wanita Berisiko Sakit Kepala 2x Ganda Berbanding Lelaki? Ini Angkara Hormon Tak Seimbang!

    Tahukah anda, sakit kepala boleh dicetuskan oleh hormon yang tidak seimbang? Sebab itulah ada wanita yang sering pening kepala ketika datang bulan!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 25/09/2020 . 4 minit bacaan

    Dari Rasa Lesu, Terus Jadi Segar! Ini Dia 8 Makanan Yang Akan Buat Anda Kekal Bertenaga

    Pernah tak berasa lesu walaupun baru selesai makan? Bukankah makanan penambah tenaga? Ini kerana makanan kita sering tinggi karbohidrat, terutamanya gula.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Gaya Hidup Sihat, Pemakanan 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Sudah 4 Minggu Hamil? Tahniah, Tapi Hati-hati, Ada 9 Makanan Ibu Tak Boleh Makan Awal Mengandung!

    Bagi seorang wanita mengandung, pemakanan adalah antara aspek penting yang perlu diberikan perhatian. Ini 9 makanan yang dilarang untuk ibu hamil 1 bulan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 25/09/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    sakit pada payudara selepas menopaus

    Risau Payudara Selalu Rasa Sakit Selepas Menopaus? 5 Perkara Ini Mungkin Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tip keibubapaan

    Si Kecil Hiperaktif? Apa Kata Ibu Cuba 11 Tip Didikan Ini, Pasti Membantu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    kesan stres

    Tekanan Boleh Sebabkan Darah Beku? Bahaya Ini! Jangan Selalu Stres Stres Okay!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan
    tips senaman

    Perut Rasa Kejang & Sakit Ketika Berlari? Cuba Lakukan 5 Tip Untuk Elak Masalah Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 25/09/2020 . 3 minit bacaan