backup og meta

Hibiclens

Kegunaan

Apa itu Hibiclens® (Chlorhexidine Topical)?

Chlorhexidine ialah antiseptik yang melawan bakteria. Hibiclens® digunakan untuk membersihkan kulit bagi menghalang jangkitan yang disebabkan oleh pembedahan, jangkitan atau kulit yang terluka.

Hibiclens® juga boleh digunakan untuk tujuan selain daripada yang digariskan pada panduan ubatan.

Bagaimanakah kegunaan ubat ini?

Gunakan sama seperti yang diarahkan pada label, atau seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Jangan gunakan dalam jumlah yang lebih besar atau lebih kecil atau lebih lama daripada yang disyorkan.

Jangan makan. Chlorhexidine Topical  hanya untuk disapukan pada kulit.

Bilas kulit sebelum menyapukan Chlorhexidine Topical . Sapukan ubat pada kawasan yang dirawat. Jangan gunakan ubat ini untuk luka kulit yang terbuka.

Untuk menggunakan sabun Chlorhexidine Topical, gunakan pada kawasan yang sedang anda rawat. Basuh luka perlahan-lahan, kemudian bilas dengan air paip. Elakkan menggunakan secara berlebihan.

Ubat ini dibuat di bawah keadaan steril, tetapi kandungannya tidak disterilkan. Bakteria boleh masuk ke dalam produk dan mencemarkannya dan boleh menyebabkan jangkitan. Untuk mengelakkan pencemaran ubat anda dengan bakteria:

  • Gunakan swab atau alatan yang disediakan bersama ubat anda.
  • Jika tiada alatan khas yang disediakan, gunakan kapas untuk sapukan ubat ini.
  • Jangan sentuh hujung botol dengan jari anda atau terkena kulit anda..
  • Jangan cairkan ubat ini dengan air atau cecair lain.
  • Gunakan alatan untuk menyapu (kapas atau benda lain) sekali sahaja. Buang sejurus menggunakannya.

Hubungi doktor anda jika simptom anda pulih, atau jika menjadi lebih teruk semasa menggunakan Chlorhexidine Topical.

Sekiranya ubat ini dibungkus dalam bungkusan khusus atau bekas lain, gunakannya sekali sahaja. Buang selepas penggunaan, walaupun terdapat ubat yang masih ada di dalamnya. Jangan simpan untuk penggunaan kemudian.

Bagaimana saya menyimpan ubat ini?

Hibiclens® paling baik disimpan pada suhu bilik jauh dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpannya di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Chlorhexidine Topical  yang berbeza dan mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.

Anda tidak boleh membuangnya ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.

Langkah berjaga-jaga dan amaran

Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?

Sebelum mengambilnya, sila beritahu doktor anda:

  • Anda sedang hamil atau menyusukan bayi. Ini adalah kerana anda hanya perlu mengambil ubat yang disyorkan oleh doktor sahaja ketika fasa ini.
  • Anda sedang mengambil ubat-ubatan lain. Ini termasuk ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi dari doktor.
  • Anda mempunyai alahan terhadap bahan aktif dan tidak aktif pada Hibiclens®  atau ubat lain.
  • Anda mempunyai penyakit atau keadaan kesihatan yang lain.

Chlorhexidine boleh menyebabkan tindak balas alahan yang jarang tetapi serius yang mungkin mengancam nyawa. Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai: sarang, ruam kulit yang teruk; mengi, bernafas sukar; berpeluh sejuk, rasa ringan; bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Elakkan ubat ini dari mata, telinga, hidung, mulut, rektum, atau vagina. Jika ini berlaku, bilas dengan air.

Elakkan menggunakan ubat-ubat lain di kawasan yang anda dirawat dengan Chlorhexidine Topical kecuali atas arahan doktor.

Elakkan ubat ini dari terkena pakaian atau kain lain. Jangan gunakan peluntur untuk membasuh kain yang terdedah kepada chlorhexidine kerana ubat ini boleh menyebabkan kesan kekal

Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?

Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil ubat ini. Mengikut Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA), ubat ini berada di kategori C bagi risiko mengandung.

Kategori risiko mengandung berdasarkan FDA adalah seperti berikut:

  • A=Tiada risiko
  • B=Tiada risiko dalam sesetengah kajian
  • C=Mungkin terdapat sedikit risiko
  • D=Terbukti berisiko
  • X=Kontraindikasi
  • N=Tidak diketahui

Kesan Sampingan

Apakah kesan sampingan ubat ini?

Chlorhexidine boleh menyebabkan tindak balas alergik yang jarang berlaku dan serius yang boleh membawa maut, sila dapatkan bantuan kecemasan jika anda tanda-tanda tindak balas alergik: gatal; berdehit, susah bernafas, berpeluh sejuk, kepala berasa ringan, bengkak pada muka, bibir, lidah atau tekak.

Hentikan penggunaan Chlorhexidine Topical  dan hubungi doktor anda jika anda mengalami:

  • Rasa terbakar yang teruk, gatal-gatal atau kemerah-merahan.
  • Mengelupas.
  • Bengkak atau gatal gulit yang teruk.
  • Mana-mana kerengsaan teruk yang lain pada kulit yang dirawat.

Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan di atas, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Tindak Balas

Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?

Hibiclens® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.

Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?

Hibiclens® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkat kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindakbalas sebelum menggunakannya.

Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?

Hibiclens® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan terkini anda.

Penggunaan / Dos

Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.

Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?

Bilas, sapukan sedikit ubat pada kawasan yang luka, basuh dan bilas.

Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?

Tiada lagi dos yang disyorkan pada ibubapa pesakit pediatrik. Ia mungkin tidak selamat untuk anak anda. Ia amat penting untuk memahami sepenuhnya keselamatan ubat sebelum menggunakannya. Sila berunding dengan doktor atau ahli farmasi untuk maklumat lanjut.

Apakah bentuk penyediaan ubat ini?

Hibiclens®  boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan:

  • Cecair.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?

Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.

Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?

Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hibiclens®. http://www.empr.com/hibiclens/drug/906/. Accessed October 23, 2017
Hibiclens®. https://www.drugs.com/mtm/hibiclens.html. Accessed October 23, 2017

Versi Terbaru

19/12/2019

Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Terlebih Kafein: Simptom, Punca & Faktor Risiko

Tak Boleh Pandai-Pandai Ambil Ubat Tahan Sakit Ponstan, Ada Kesan Sampingan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Muhammad Basheer Yahya · Disemak pada 19/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan