Kegunaan
Apa itu Esberitox®?
Esberitox® digunakan sebagai terapi untuk jangkitan saluran respirasi akut & kronik, sebagai penyokong kepada rawatan antibiotik & sistem imun yang lemah sementara waktu dengan jangkitan yang berulang.
Bagaimanakah kegunaan ubat ini?
Esberitox® boleh diambil dengan atau tanpa makanan.
Bagaimana saya menyimpan ubat ini?
Esberitox® paling baik disimpan pada suhu bilik dari cahaya langsung dan kelembapan. Untuk mengelakkan kerosakan ubat, anda tidak boleh menyimpan Esberitox® di bilik mandi atau peti sejuk. Mungkin ada jenama Esberitox® yang berbeza yang mungkin mempunyai keperluan penyimpanan yang berlainan. Adalah penting untuk sentiasa menyemak pakej produk untuk arahan mengenai penyimpanan, atau boleh bertanya kepada ahli farmasi anda. Untuk keselamatan, anda perlu menyimpan semua ubat dari kanak-kanak dan binatang peliharaan.
Anda tidak boleh membuang Esberitox® ke tandas atau tuangkannya ke dalam longkang kecuali diarahkan untuk berbuat demikian. Adalah penting untuk membuang produk ini dengan betul apabila ia tamat tempoh atau tidak lagi diperlukan. Rujuk ahli farmasi anda untuk maklumat lanjut tentang cara membuang produk anda dengan selamat.
Langkah berjaga-jaga dan amaran
Apakah yang perlu saya tahu sebelum menggunakan ubat ini?
Sebelum mengambil Esberitox®, sila beritahu doktor anda:
- Anda mengandung atau menyusu badan. Ini kerana, semasa anda mengandung atau menyusukan bayi, anda hanya perlu mengambil ubat-ubatan atas cadangan doktor.
- Anda mengambil apa-apa ubat lain. Ini termasuk ubatan yang anda ambil yang boleh didapati tanpa preskripsi, seperti ubat-ubatan herba dan supplemen.
- Anda mempunyai alahan dengan bahan aktif atau tidak aktif dalam sberitox® atau ubatan lain.
- Anda mempunyai sebarang penyakit, gangguan, atau keadaan perubatan yang lain.
Adakah selamat untuk mengambil ubat ini semasa mengandung atau menyusukan bayi?
Tiada maklumat yang mencukupi tentang keselamatan menggunakan ubat ini semasa hamil dan menyusukan bayi. Sila sentiasa berunding dengan doktor anda untuk melihat potensi manfaat dan risiko sebelum mengambil Esberitox®.
Kesan Sampingan
Apakah kesan sampingan ubat ini?
Reaksi hipersensitif mungkin berlaku. Bengkak muka, sesak nafas, pening & penurunan tekanan darah mungkin berlaku disebabkan bunga kon.
Tidak semua orang mengalami kesan sampingan ini. Mungkin terdapat beberapa kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai kesan sampingan, sila berjumpa doktor atau ahli farmasi anda.
Tindak Balas
Apakah ubat yang mempunyai tindak balas ubat ini?
Esberitox® mempunyai tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil, di mana ia boleh mempengaruhi prestasi atau meningkatkan risiko kepada kesan sampingan yang lebih serius. Untuk mengelakkan sebarang tindak balas, anda harus menyimpan senarai nama ubat yang anda guna (termasuk ubat yang mendapat preskripsi, tidak berpreskripsi dan produk-produk herba lain) dan kongsikannya bersama doktor dan ahli farmasi. Untuk keselamatan anda, jangan mula menggunakan, berhenti atau mengubah dos ubat anda tanpa sebarang kebenaran daripada doktor anda.
Adakah makanan atau alkohol bertindak balas dengan ubat ini?
Esberitox® mungkin mempunyai tindak balas dengan makanan dan alkohol dengan mengubah cara ia berfungsi ataupun meningkatkan kesan sampingan yang serius. Sila bertanya kepada doktor atau ahli farmasi tentang makanan dan minuman beralkohol yang berpotensi mengakibatkan tindak balas sebelum menggunakannya.
Apakah masalah kesihatan yang mungkin bertindak balas dengan ubat ini?
Esberitox® akan bertindak balas dengan keadaan kesihatan anda. Tindak balas ini akan mengakibatkan keadaan anda semakin teruk atau mengubah cara ubat ini berfungsi. Sangat penting untuk anda memberitahu doktor dan ahli farmasi akan keadaan kesihatan anda.
Penggunaan / Dos
Maklumat yang diberikan tidak menggantikan nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor atau ahli farmasi anda sebelum menggunakan ubat ini.
Apakah dos yang disyorkan untuk dewasa?
Dewasa 3 biji 3 kali sehari.
Apakah dos yang disyorkan untuk kanak-kanak?
Kanak-kanak sehingga 12 tahun 2 biji 3 kali sehari.
Kanak-kanak 2-6 tahun 1 biji 3 kali sehari.
Apakah bentuk penyediaan ubat ini?
Esberitox® boleh didapati dalam bentuk dan kekuatan dos berikut:
- Tablet kunyah.
Apakah yang perlu saya lakukan jika berlakunya kecemasan atau terlebih dos?
Jika terdapat kecemasan atau berlaku terlebih dos, sila hubungi perkhidmatan kecemasan atau pergi terus ke unit kecemasan di hospital yang terdekat.
Apakah yang perlu saya lakukan jika terlepas dos?
Jika anda terlepas atau terlupa mengambil dos Esberitox®, sila ambil ubat ini dengan kadar segera. Walau bagaimanapun, jika ia sudah hampir melebihi separuh masa dos sehingga dos yang baru, anda boleh abaikan dos yang terlepas dan sila ambil dos yang ditetapkan seperti biasa. Jangan ambil dos dua kali ganda sebagai ganti.
[embed-health-tool-bmi]